Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tom.ba/] | تومبق

Definisi : sj senjata spt lembing yg bermata dan bergagang panjang; jenis-jenisnya: ~ benderang (menderang), ~ rambu, ~ sagang, ~ serampang, dll; bertombak menggunakan atau membawa tombak sbg senjata, bersenjatakan tombak: Panglima segera memekik agar pasukan yg ~ menuju ke hadapan menghalang musuh; bertombak-tombakan saling bertikam dgn tombak: maka Tun Tuah pun menyembah raja lalu mengambil tombak, berjalan turun berhadapan dgn Pateh Karma Wijaya ~, terlalu ramainya; menombak, menombaki sl merodok dgn tombak: maka mereka pun datang lalu ~ Hang Jebat; mereka duduk di balai larangan ditombaki orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tom.ba/] | تومبق

Definisi : ukuran panjang yg bersamaan dgn 12 kaki atau 3.6 meter, cengkal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tom.ba/] | تومبق

Definisi : sj tumbuhan (herba), akar sembuh, Blumea chinensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tom.ba/] | تومبق

Definisi : senjata spt lembing yg bermata dan bergagang panjang. bertombak-tombakan saling bertikam dgn tom­­­bak. menombak merodok dgn tombak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tombak (kata nama)
Bersinonim dengan lembing, cempuling, tempuling, seruit, tohok, arit, kujur, rontak, serampang, sikari, ganjur, jogan, temara, serunjang, tekpi, trisula, tiruk;,
Kata Terbitan : bertombak-tombakan, menombak,

Puisi
 

Pecah tombak Ulu Tembeli,
     Mari letak di tapak tangan;
Dah bertolak saya di sini,
     Tinggal tapak di tengah laman.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Seligi tajam bertimbal,
     tak hujung pangkal mengena.

Bermaksud :

Orang yang mempunyai dua pencarian; pendirian yang bertentangan. seligi = tombak yang dilemparkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh ayat. 1. Amirul meniup / menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. Meniup dan menghembus manakah yang lebih tepat serta apakh ulasannya. 2. Sebatang tombak atau sebilah tombak 3. Rendang ayam itu sungguh lazat sekali. (betul atau salah)

1. Meniup dan menghembus kedua-duanya boleh digunakan. Namun 'menghembus' lebih cenderung digunakan untuk perkara-perkara yang menjurus kepada pengakhiran sesuatu. Contohnya: menghembuskan nafas yang terakhir dsb. Sebaliknya 'meniup' pula lebih cenderung kepada perkara-perkara menghidupkan sesuatu seperti meniup seruling untuk mengeluarkan bunyi-bunyian, meniup semangat dll.

2. Sebatang tombak 

3. Rendang ayam itu sungguh lazat sekali. - Betul. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 244-247.

Tatabahasa19.07.2009
Apa penjodoh bilangan untuk tombak? Bilah atau batang.Penjodoh bilangan untuk tombak ialah sebatang.Istilah17.08.2009
Apakah penjodoh bilangan bagi 'tombak'?Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebatang tombak.Tatabahasa26.07.2009
Salam. Tuan, bolehkah berikan sebab mengapa penjodoh bilangan bagi tombak ialah batang, bukannya bilah. Dalam jawapan pihak tuan sebelum ini, konsistennya batang. Ramai di luar sana dan dalam kebanyakkan buku penjodoh bilangan yang mengatakan bilah sebagai penjodoh bilangan bagi tombak. Mohon jasa baik pihak tuan menjelaskan kekeliruan ini.Penggunaan penjodoh bilangan yang betul bagi tombak ialah batang. Hal ini disebab batang merujuk kepada penjodoh bilangan untuk benda-benda yang panjang seperti rokok dan cangkul, manakala bilah pula digunakan untuk penjodoh bilangan bagi benda-benda yang tipis dan panjang seperti pisau, keris dan pedang.Tatabahasa30.07.2015
Apakah penjodoh bilangan yang tepat untuk lembing dan tombak? Ada sesetengah buku menyatakan sebilah lembing dan ada yang menyatakan sebatang lembing. Boleh pihak tuan beri penjelasan?Penjodoh bilangan untuk tombak dan lembing ialah sebatang.Tatabahasa31.08.2014
Beberapa _________ tombak peninggalan datuk telah dijadikan hiasan dinding di rumah pak cik saya. A. pucuk B. laras C. bilah D. puntung Jawapannya ? Terima kasihPenjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan pilihan jawapan yang ada ialah sebilah tombak.Tatabahasa06.01.2014
saya ingin meminta tolong dr pihak tuan,utk memberi maksud ttg ayat dibwh,sya berharap sgt pihak tuan dpt membantu sya dlm mnyiapkan tesis saya... 1.tubuh langsir batang menjelai. 2.jari halus tombak serai. 3.tumit seperti telur burung. 4.besarnya bagai telur itik. 5.muka bujur daun sirih 6.dahi sehari bulan 7.hidung kuntum seroja 8.telinga telepuk layu 9.pipi pauh dilayang 10.bibir pati 11.gigi delima merkah 12.dada bidang awak 13.lengan baur panah 14.paha seperti paha belalang 15.betis bunting padi 16.Selama enggan mengeram 17.Selangkas betik berbuah 18.bagai pucuk dilancarkan 19.bagai kumbang putus tali 20.umpama belut diketil ekor 21.Selenjang kuda berlariUntuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. Saudara juga boleg menggunakan prpm.dbp.gov.my untuk rujukan kesesuaian penggunaan bahasa dalam tugasan/tesis tuan.Tatabahasa25.02.2013
Saya tertarik dengan Tweet DBP tentang konsep kecantikan wanita dalam budaya Melayu, tetapi saya tidak tahu cara penggunaannya. Dahi (Sehari bulan), kening (awan ditulis), hidung (kuntum melur belum kembang), mata (bintang timur), telinga (telepuk kayu), dagu (lebah bergantung) dan jari (tombak serai). Bolehkah diberikan contoh ringkas penggunaannya dalam ayat dan mengapakah tidak saya jumpa istilah - istilah ini dalam Kamus Dewan?

Semua perkataan tersebut tergolong dalam perumpamaan. Perumpamaan bermaksud sejenis peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain (umumnya mengandungi ajaran).

Sebagai contoh, dahi sehari bulan bermaksud dahi yang elok bentuknya. (Contoh ayat: Kecantikan Aminah disebut-sebut anak teruna kampung bagai dahi sehari bulan.)
Sastera22.06.2018
Saya torig khunlat sedang belajar bahasa melayu dasar. di Univesiti Fatoni salatan Thailand, ingin bertanya DBP tentang tatabahasa. apakah kata canda itu ? terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, canda bermaksud 1. kelakuan 2. gurauan, kelakar (Jakarta) 3.  rupa (Minangkabau) 4. sejenis tombak pendek (sastera lama)Makna10.12.2013
Apakah perbezaan cara menggunakan penjodoh bilangan kuntum dan tangkai.


Saudara,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat  kuntum merujuk kepada bunga yang hampir kembang penjodoh bilangan untuk bunga, berkuntum tumbuh (berada) dalam bentuk kuntum: Bunga mawarnya baru menguntum menjadi kuntum atau sebagai kuntum (mula berkembang).

Manakala tangkai membawa maksud bahagian tempat melekatnya buah, bunga.Batang pokok dan tumbuhan yang kecil-kecil. Bahagian daripada sesuatu untuk dipegang; gagang. Penjodoh bilangan untuk bunga, tempat memegang sesuatu alat misalnya cangkul, tombak.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Nahu Melayu Terakhir (hlmn.310)

Istilah03.08.2012
12

Kembali ke atas