Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tom.ba/] | تومبق

Definisi : sj senjata spt lembing yg bermata dan bergagang panjang; jenis-jenisnya: ~ benderang (menderang), ~ rambu, ~ sagang, ~ serampang, dll; bertombak menggunakan atau membawa tombak sbg senjata, bersenjatakan tombak: Panglima segera memekik agar pasukan yg ~ menuju ke hadapan menghalang musuh; bertombak-tombakan saling bertikam dgn tombak: maka Tun Tuah pun menyembah raja lalu mengambil tombak, berjalan turun berhadapan dgn Pateh Karma Wijaya ~, terlalu ramainya; menombak, menombaki sl merodok dgn tombak: maka mereka pun datang lalu ~ Hang Jebat; mereka duduk di balai larangan ditombaki orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tom.ba/] | تومبق

Definisi : ukuran panjang yg bersamaan dgn 12 kaki atau 3.6 meter, cengkal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tom.ba/] | تومبق

Definisi : sj tumbuhan (herba), akar sembuh, Blumea chinensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tom.ba/] | تومبق

Definisi : senjata spt lembing yg bermata dan bergagang panjang. bertombak-tombakan saling bertikam dgn tom­­­bak. menombak merodok dgn tombak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tombak (kata nama)
Bersinonim dengan lembing, cempuling, tempuling, seruit, tohok, arit, kujur, rontak, serampang, sikari, ganjur, jogan, temara, serunjang, tekpi, trisula, tiruk;,
Kata Terbitan : bertombak-tombakan, menombak,

Puisi
 

Pecah tombak Ulu Tembeli,
     Mari letak di tapak tangan;
Dah bertolak saya di sini,
     Tinggal tapak di tengah laman.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Seligi tajam bertimbal,
     tak hujung pangkal mengena.

Bermaksud :

Orang yang mempunyai dua pencarian; pendirian yang bertentangan. seligi = tombak yang dilemparkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
casing speartombak selongsongKejuruteraanTiadaPerkakas berbentuk tombak untuk memancing rentetan selongsong.
pikemenaskar tombakSejarahTiadaPasukan tentera yang bersenjatakan tombak sebagai alat mempertahankan diri, digunakan pada zaman dahulu.
lance doorpintu tombakKejuruteraanKejuruteraan MekanikPintu yang dipasang pada sebuah relau dandang sebagai laluan tombak tangan yang digunakan untuk membersihkan bahagian dalaman relau atau untuk menyelerakkan campuran bahan api pepejal bagi menyemarakkan lagi pembakaran.
styletstiletBiologiPatologiAlat tajam yang menyerupai tombak kecil pada nematod parasit yang digunakan untuk mencucuk masuk ke dalam perumah.
hastatehastatHerbaBotani dan BioteknologiBentuk daun yang bahagian pangkalnya seperti tombak dan tepinya menonjol keluar. Contohnya, bentuk daun keladi candik (Alocasia denudata) dan keladi belang (Xanthosoma sp.).
artefactartefakKesusasteraanTiada1. Benda-benda buatan manusia purbakala seperti kapak batu, tombak dan sebagainya.
bouillabaisse a la Provencalebouillabaisse ala ProvencalePentadbiran PerniagaanTiadaSup ikan daripada campuran ikan merah, halibut, ikan tombak, witing, belanak dan kerapu.
blue marlinmersuji biruPerikananTiadaSejenis ikan daripada famili Istiophoridae, spesies Makaira mazara. Mersuji biru bermuncung tajam seperti tombak, bersisik halus serta bahagian atas badan berwarna biru gelap. Ikan ini hidup di laut lepas, bersifat pelagik, aktif bergerak, berhijrah jauh dari satu kawasan ke kawasan yang lain mengikut musim serta menyambar mangsa yang terdiri daripada sotong dan pelbagai jenis ikan. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan rekreasi bersaiz besar dan mempunyai kekuatan yang lebih kuat berbanding mersuji hitam. Ikan ini memberikan pertarungan yang sengit semasa bertarung dan biasanya memerlukan tenaga berkumpulan untuk mendaratkannya ke atas bot.
black marlinmersuji hitamPerikananTiadaSejenis ikan daripada famili Istiophoridae, spesies Maikara indica yang mempunyai muncung tajam seperti tombak, bahagian belakang berwarna biru gelap dan bahagian bawah berwarna putih keperak-perakan. Mersuji hitam hidup di laut lepas dan bersifat pelagik, aktif bergerak, berhijrah jauh dari satu kawasan ke kawasan yang lain mengikut musim dan suka menerkam mangsa seperti sotong dan ikan. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan rekreasi bersaiz besar yang memberikan pertarungan sengit kepada pemancing dan biasanya ditangkap menggunakan kaedah mengerek (mengolak).
bone industryindustri alat tulangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang diperbuat daripada tulang untuk dijadikan senjata dan perhiasan. Alat ini terdiri daripada anak panah, tombak, sudip, sudu, pisau, pencungkil tanah, jarum, manik, kalung, gelang dan sebagainya. Cara penghasilan alat ini adalah dengan menebuk pada bahagian tulang atau dibilah sebahagian daripada tulang tersebut. Kebanyakan alat ini dijumpai pada Zaman Neolitik. Antara tulang yang kerap digunakan terdiri daripada tulang ikan, monyet, khinzir dan rusa.
12

Kembali ke atas