Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tong.ga/] | ت-وڠ-ݢق

Definisi : 1. kayu yg panjang dan dipasang tegak (tiang telegraf dll), pal; 2. tiang rumah (jambatan dll); 3. ukuran jauh yg bersamaan dgn 4901 kaki atau 1500 meter, pal; 4. pangkal batang kayu yg masih tegak berdiri (tunggul), sisa batang kayu yg sudah ditebang atau yg ada dlm air dll; 5. ki orang yg tidak suka bercakap, orang yg sangat pendiam; 6. ki asas, dasar, pokok (pegangan, kepercayaan, dll): agama Islam sbg ~ masyarakat; tawakal adalah ~ kepercayaan kita; ~ gantung tiang rumah yg hanya sampai ke lantai (tidak sampai ke tanah); ~ tua tiang rumah yg mula-mula didirikan; bagai mengatai ~ prb perihal memberi nasihat kpd orang yg hanya diam sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong.ga/] | ت-وڠ-ݢق

Definisi : ;menonggak menuangkan air dll ke mulut dr cerek (kendi dll), menuangkan ubat dll ke mulut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong.ga/] | ت-وڠ-ݢق

Definisi : Pr dongak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong.ga/] | ت-وڠ-ݢق

Definisi : 1 kayu yg panjang dan dipasang tegak (spt tiang telegraf). 2 pangkal batang kayu yg masih tegak berdiri; tunggul. 3 asas atau dasar se­suatu kepercayaan, pegangan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tong.ga/] | ت-وڠ-ݢق

Definisi : ; menonggak menuang sesuatu ke mulut dr cerek, kendi dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tonggak (kata nama)
1. Bersinonim dengan pancang: tiang, turus, pacak, turas, tunggul, patok,

2. Bersinonim dengan asas: dasar, tapak, sendi, lunas, teras, pangkal, pokok, akar, umbi, tunjang, rukun, tiang, sandaran, pegangan, prinsip.,


Peribahasa

Menyelami air dalam tonggak.

Bermaksud :

Amat sukar menyelami hati manusia.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ice pedestaltonggak aisGeografiTiadaTonggak ais yang berbentuk runcing di bahagian glasier di mana dua buah krevas bersilang, biasanya bila glasier bertemu dengan cerum curam.
earth pillartonggak tanahGeografiTiadaSejenis tonggak bahan peroi yang lemah biasanya lempung yang dilitupi oleh bulder bagi melindunginya daripada hakisan.
ice pillartonggak aisGeografiTiadaSebuah tonggak ais bertukupkan sebuah batu tongkol.
ice columntonggak aisGeografiTiadaSebuah tonggak ais bertukupkan sebuah batu tongkol.
bollard pulltarikan tonggakPelayaranTiadaTarikan yang diukur pada tonggak bot pada halaju tunda.
bastion (figurative)tonggak; turusSejarahTiadaSesuatu yang menjadi teras atau tonggak kekuatan negara atau kumpulan
ballard lightlampu tonggakLandskapTiada1. Lampu yang berbentuk seperti tonggak. 2. Lampu bertiang yang berfungsi sebagai penyekat atau pemisah laluan.
bitts (stopper)tonggak (penahan kabel)PelayaranTiadaTali atau rantai pendek yang digunakan untuk menahan tali ulup daripada bergerak semasa proses mengikatnya kepada tonggak.
management ethicsetika pengurusanPentadbiranPentadbiran AwamAmalan yang menjadi tonggak pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi. Etika pengurusan biasanya dilihat dari aspek disiplin, budaya organisasi, pematuhan terhadap peraturan, kaedah kepimpinan yang diguna pakai, hubungan majikan dengan kakitangan, kebajikan dan keselamatan pekerja, serta matlamat dan wawasan organisasi. Pekeliling Perkhidmatan Awam, Kempen Kepimpinan Melalui Teladan, Tonggak 12 dan Penerapan Nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam menjadi garis panduan kepada pembentukan etika pengurusan. Contohnya, kaedah pengambilan kakitangan baru yang berlandaskan keupayaan dan kelayakan seseorang individu dan bukannya berdasarkan kepentingan peribadi.
oberlisttonggak bumiGeografiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas