Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tong.géng] | توڠݢيڠ

Definisi : (tonggéng) I; menonggeng 1. membongkok dgn kepala ke bawah dan punggung ke atas; 2. tenggelam dgn buritan ke atas (perahu, dll) atau bahagian depan ke bawah dan bahagian belakang ke atas; 3. menjunam (kapal terbang dll); 4. tertiarap (gelas dll); menonggengkan 1. menyebabkan menong­geng, meletakkan (memegang dll) sesuatu hingga menonggeng; 2. menjunam­kan; 3. ki menjatuhkan atau menggulingkan (pemerintah dll); tertonggeng (jatuh, terlepas, dll) menong­geng (gelas, periuk, dll); ~ bagai kodok dlm lubang prb perihal orang miskin dlm kesusah­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong.géng] | توڠݢيڠ

Definisi : (tonggéng) sl hari ketiga sesudah esok, tubin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong.géng] | توڠݢيڠ

Definisi : /tonggéng/; menonggeng membongkok dgn kepala ke bawah dan punggung ke atas; bahagian depan ke bawah dan bahagian belakang ke atas. menonggengkan meletakkan sesuatu menonggeng: Ia ~ periuk itu supaya lekas kering. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tonggeng
Kata Terbitan : menonggeng, menonggengkan, tertonggeng,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Beberapa buah buku yang dibelinya itu. tonggeng terbalik muka suratnya. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TK SEKALUNG BUDI ATAS BANTUAN MUNSYIKesalahan dalam ayat tersebut ialah penggunaan kata tonggeng terbalik yang tidak tepat dari segi semantik dalam ayat tersebut. Sila rujuk kamus untuk maklumat lanjut.Sastera16.04.2012

Kembali ke atas