Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tong.kat] | توڠکت

Definisi : sekerat rotan (kayu dll) yg dipegang ketika berjalan (utk menyokong dll): apabila berjalan-jalan ia selalu membawa ~ semam­bunya; ~ ampai sj tongkat yg dipakai utk mencari mata air (sumber minyak dll), joran ampai; ~ kail batang (baur) kail; ~ membawa rebah prb orang yg diamanah­kan membuat sesuatu dia sendiri merosak­kannya; lagi ~ lagi senjata prb perihal seorang yg mendapat dua macam pertolongan dlm satu pekerjaan; patah ~ bertelekan (berjere­mang), habis hulubalang bersiak prb terus berusaha (tidak pernah putus asa); bertongkat memakai (membawa, memegang, dll) tongkat: yg capik datang ~; ~ lidah sumbing dan lebar mulutnya; ~ lutut (duduk, membongkok) bertelekan, berteleku pd lutut; ~ tangan (ruas) berteleku;~ jarum prb sesuatu yg mustahil diperoleh (ejekan); ~ senduk (tempurung) Mn, prb sudah tua sekali (orang); ~ tebu Mn, prb berjalan bersama-sama isteri atau kekasih; patah sayap ~ paruh prb tidak putus asa mengerjakan se-suatu dgn sehabis-habis usaha; bertongkatkan menggunakan sesuatu sbg tongkat: Tuk Penghulu berdiri dgn ~ sebatang kayu panjang sedepa; tidak beberapa lama kemudian tampillah seorang lelaki tua yg ~ sebatang lembing; menongkat 1. menopang, menunjang: ~ dagu menopang dagu; 2. ki menganjung-anjung, mempertinggi; ~ langit a) ki hidup di dunia seolah-olah sampai bila-bila atau selama-lamanya: masakan dia hendak ~ langit; b) berada dlm kedudukan yg tegak berdiri dan tinggi seolah-olah menopang langit: pohon-pohon nyiur yg ~ langit kian kabur pd pan-dangan; menara berkembar Petronas yg terpacak ~ langit; menongkatkan menurunkan tongkat sesuatu: ~ basikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong.kat] | توڠکت

Definisi : ; ~ ali sj tumbuhan (pokok), Grewia umbellata; ~ baginda sj tumbuhan (pokok renek), Eurycoma longifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong.kat] | توڠکت

Definisi : sekerat kayu, rotan dll yg di­pegang ketika berjalan utk menyo­kong dll. bertongkat menggunakan atau membawa tongkat: ~ lutut duduk membongkok dgn bertelekan lutut. menongkat menopang; me­nun­jang: ~ dagu menopang dagu. ~ langit ki lama atau selama-lamanya (ttg hidup). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tongkat (kata nama)
Bersinonim dengan angkus, angkusa, kusa, toya, toyah, toyak, belantan, pentungan, gada, tembung;,
Kata Terbitan : menongkat,

Puisi
 

Barat daya kencang semalam,
     Tongkat patah titian roboh;
Apalah daya bujang semalam,
     Mengembang bunga di wajahnya subuh.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lagi tongkat lagi senjata.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi lauk lagi nasi).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah nama alat 'tongkat' yang digunakan oleh orang yang terseliuh?Sila nyatakan nama tongkat tersebut dengan lengkap untuk kami dapatkan padanan dalam bahasa Melayu yang betul. Berdasarkan carian di Internet, tongkat yang digunakan untuk kaki yang terseliuh ialah tongkat aksila dan puan boleh menggunakan nama ini sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan.Makna02.06.2021
Ejaan nama pokok yang berasaskan nama orang, contohnya tongkat ali, kacip fatimah dan ceri terengganu; adakah perlu ditulis huruf besar pada pangkalnya (cth., Tongkat Ali). Mohon bantu.Nama pokok tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali di awal ayat kerana nama pokok merupakan kata nama am. Dalam pangkalan data kami, tongkat ali, kacip fatimah dan ceri ditulis dengan huruf kecil. Istilah ceri Terengganu tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Oleh sebab Terengganu merujuk kepada nama negeri, iaitu nama khas, ejaan yang kami cadangkan ialah ceri Terengganu.Ejaan16.05.2012
Salam. penjodoh bilanagn --- 4 kaki tongkat kaki --guna "kaki" atau "buah" Terima kasih.Tidak semua benda perlu diberikan penjodoh bilangan kerana penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda, konteks penggunaan dan kesesuaian dalam ayat.  Walau bagaimanapun, tongkat kaki empat biasanya disebut atau dikira dalam bentuk unit, contohnya satu tongkat kaki empat atau dua tongkat kaki empat.Tatabahasa18.04.2023
Salam sejahtera. Apakah bezanya bongkok sabut dgn bongkok udang? Jwp yg mana betul? 1. Orang tua itu terpaksa berjalan menggunakan tongkat sebab dia _______. A. Bongkok udang. B. Bongkok sabut. Grafik menunjukkan org tua yg bongkok sedikit dgn memegang tongkat. Apakah jwp yg tepat? Terima kasih.Bongkok udang ialah bongkok di bahagian tengah belakang; melengkung badannya spt udang. Manakala, bongkok sabut ialah (orang yg) bongkok spt sabut kelapa (kerana tua dll). Penjelasan tentang grafik kurang jelas, mohon tuan lampirkan gambar untuk kami lihat dengan lebih menyeluruh.Makna20.08.2014
Apakah padanan yang sesuai untuk "night stick" yang merujuk kepada a police officer's club or billy.? Batang malam? Tongkat malam? Terima kasihIstilah night stick masih belum ada dalam data kami. Cadangan padanan yang sesuai bagi night stick ialah cota. Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat keterangan bagi cota ialah kayu pendek dan berat yang digunakan sebagai senjata, tongkat waran, belantan, martil. Merujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua pula ialah kayu pendek seperti yang digunakan oleh polis sebagai senjata.Makna17.10.2017
Saya masih keliru: 1. Ejaan bagi pokok "Jelutong", "Chengal" dan "Nyatoh" bolehkah diubah kepada "Jelutung", "Cengal" dan "Nyatuh"? 2. Adakah nama-nama pokok seperti tongkat ali, kacip fatimah, jelutung, cengal, meranti sarang punai, meranti tembaga dll. ditulis dengan huruf besar (huruf pertama) jika ia berada di dalam teks? Adakah nama-nama pokok ini dianggap nama khas? Contoh ayat: Pak Ali sedang mengusahakan ladang pokok tongkat ali untuk dikomersialkan.

1. JELUTUNG -  tumbuhan (pokok), Dyera costulata; ~ badak sj tumbuhan (pokok renek), Ervatamia corymbosa; ~ laut sj tumbuhan (pokok), Euphorbia atoto; rotan ~ sj rotan, rotan segera (kerai, gelang, kemunting), Daemonorhops geniculatus. CENGAL- ~ batu = ~ emas = ~ sabut = ~ siput sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras dan elok utk dibuat rumah dll), Balanocarpus heimii; ~ kampung = ~ pasir sj tumbuhan (pokok besar), Hopea odorata. NYATUH - sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), tabah putih, Palaquium obovatum; 2. = ~ beringin = ~ sondai sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), Payena Lavilandii.

2. Nama-nama pokok tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali di awal ayat kerana nama-nama pokok tersebut merupakan kata nama am.

Tatabahasa16.04.2008
Assalamualaikum. Mohon pengesahan DBP: Papan tanda motosikal: "Sila letakkan motosikal secara bertongkat dua." Papan tanda pintu utama : "Selamat datang ke ILIM. Anda berada di dalam kawasan amalan 5'S. Sila patuhi arahan yang ditetapkan." Terima kasih diucapkan. Wassalam.1. "Sila letakkan motosikal menggunakan tongkat dua" atau "sila letakkan motosikal dengan tongkat dua".
2. Ayat tersebut betul.
Tatabahasa15.03.2013
Tuan, Ayat berikut adalah Kata Kerja Transitif atau Kata kerja tak transitif: 1. Pak Ali berkakikan tongkat. Terima kasih. Cik OngKata Kerja TransitifTatabahasa23.04.2018
Assalamualaikum, Ejaan yang betul bagi pokok bunga siti zubaidah (nama pokok) ialah "Siti Zubaidah" atau "siti zubaidah" (semua huruf kecil) jika berada di tengah ayat? Begitu juga dengan kacip fatimah, buluh burma dan tongkat ali? Terima kasih.Nama pokok tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali pada awal ayat kerana nama pokok merupakan kata nama am. Dalam pangkalan data kami, tongkat ali dan kacip fatimah ditulis dengan huruf kecil. Oleh yang demikian, nama pokok siti zubaidah juga ditulis dengan huruf kecil jika berada di tengah ayat.Ejaan26.06.2019
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Emak (mengalas) kari itu dengan rempah-ratus. (b) Orang buta itu menggunakan tongkat supaya (laku) berjalan. (c) Daging lembu itu menjadi (larut) setelah dimasak. (d) Durian itu (diputuskan) untuk mendapatkan isinya.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
123

Kembali ke atas