Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tong.kat] | توڠکت

Definisi : sekerat rotan (kayu dll) yg dipegang ketika berjalan (utk menyokong dll): apabila berjalan-jalan ia selalu membawa ~ semam­bunya; ~ ampai sj tongkat yg dipakai utk mencari mata air (sumber minyak dll), joran ampai; ~ kail batang (baur) kail; ~ membawa rebah prb orang yg diamanah­kan membuat sesuatu dia sendiri merosak­kannya; lagi ~ lagi senjata prb perihal seorang yg mendapat dua macam pertolongan dlm satu pekerjaan; patah ~ bertelekan (berjere­mang), habis hulubalang bersiak prb terus berusaha (tidak pernah putus asa); bertongkat memakai (membawa, memegang, dll) tongkat: yg capik datang ~; ~ lidah sumbing dan lebar mulutnya; ~ lutut (duduk, membongkok) bertelekan, berteleku pd lutut; ~ tangan (ruas) berteleku;~ jarum prb sesuatu yg mustahil diperoleh (ejekan); ~ senduk (tempurung) Mn, prb sudah tua sekali (orang); ~ tebu Mn, prb berjalan bersama-sama isteri atau kekasih; patah sayap ~ paruh prb tidak putus asa mengerjakan se-suatu dgn sehabis-habis usaha; bertongkatkan menggunakan sesuatu sbg tongkat: Tuk Penghulu berdiri dgn ~ sebatang kayu panjang sedepa; tidak beberapa lama kemudian tampillah seorang lelaki tua yg ~ sebatang lembing; menongkat 1. menopang, menunjang: ~ dagu menopang dagu; 2. ki menganjung-anjung, mempertinggi; ~ langit a) ki hidup di dunia seolah-olah sampai bila-bila atau selama-lamanya: masakan dia hendak ~ langit; b) berada dlm kedudukan yg tegak berdiri dan tinggi seolah-olah menopang langit: pohon-pohon nyiur yg ~ langit kian kabur pd pan-dangan; menara berkembar Petronas yg terpacak ~ langit; menongkatkan menurunkan tongkat sesuatu: ~ basikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong.kat] | توڠکت

Definisi : ; ~ ali sj tumbuhan (pokok), Grewia umbellata; ~ baginda sj tumbuhan (pokok renek), Eurycoma longifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong.kat] | توڠکت

Definisi : sekerat kayu, rotan dll yg di­pegang ketika berjalan utk menyo­kong dll. bertongkat menggunakan atau membawa tongkat: ~ lutut duduk membongkok dgn bertelekan lutut. menongkat menopang; me­nun­jang: ~ dagu menopang dagu. ~ langit ki lama atau selama-lamanya (ttg hidup). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tongkat (kata nama)
Bersinonim dengan angkus, angkusa, kusa, toya, toyah, toyak, belantan, pentungan, gada, tembung;,
Kata Terbitan : menongkat,

Puisi
 

Barat daya kencang semalam,
     Tongkat patah titian roboh;
Apalah daya bujang semalam,
     Mengembang bunga di wajahnya subuh.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lagi tongkat lagi senjata.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi lauk lagi nasi).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Local nameNama tempatanPertanianTiadaNama tumbuhan yang dikenali oleh masyarakat setempat seperti kampung, daerah, negeri dan negara. Tumbuhan juga boleh mempunyai satu atau lebih nama tempatan. Contohnya Tongkat ali (Eurycoma longifolia) juga dikenali sebagai setunjang bumi (Terengganu), bedara pahit, tongkat baginda dan pasak bumi (Malaysia dan Indonesia). Terdapat juga satu nama tempatan yang gunakan oleh lebih daripada satu jenis pokok. Contohnya tongkat ali hitam (Polyalthia bullata dan Eurycoma apiculata).
local namenama tempatanHerbaBotani dan BioteknologiNama tumbuhan yang dikenali oleh masyarakat setempat seperti kampung, daerah, negeri dan negara. Tumbuhan juga boleh mempunyai satu atau lebih nama tempatan. Contohnya, tongkat ali (Eurycoma longifolia) juga dikenali sebagai setunjang bumi (Terengganu), bedara pahit, tongkat baginda dan pasak bumi (Malaysia dan Indonesia). Terdapat juga satu nama tempatan yang digunakan oleh lebih daripada satu jenis pokok. Contohnya, tongkat ali hitam (Polyalthia bullata dan Eurycoma apiculata).
sceptretongkat kebesaran rajaSejarahTiadaTiada
wiggle sticktongkat nujum airGeografiTiadaTiada
dipping rodtongkat dugaGeografiTiadaTiada
dowsing rodtongkat nujumGeologiTiadaTiada
divining rodtongkat nujumGeologiTiadaTiada
oil dipsticktongkat pengukur minyakKejuruteraanTiadaTiada
Prismatomeris malayanaTongkat haji samadPertanianTiadaTumbuhan renek dalam famili Rubiaceae yang tumbuh semula jadi dalam hutan. Tumbuhan ini mempunyai batang bersegi empat yang keras, daunnya tersusun bertentangan, buahnya bersaiz kecil yang keluar di dahan. Akarnya berwarna merah. Akar yang telah dikeringkan dimakan mentah bersama pinang dan sireh. Air rebusan diminum untuk afrodisiak dan penyakit radang.
Polyalthia bullataTongkat ali hitamPertanianTiadaTumbuhan jenis renek dalam famili Annonaceae. Tumbuhan ini tumbuh di hutan semula jadi Daunnya panjang dan berbulu perang terutama di bahagian tangkai dan batang muda. Bunganya kecil, berbentuk corong berwarna kuning muda. Buahnya bulat dan berwarna merah apabila masak. Batang dan akarnya berwarna hitam dan beraroma. Air rebusan akar diminum untuk memanaskan badan, melancarkan perjalanan darah, meransang pengeluaran peluh, mengembalikan tenaga, mengubati demam, sakti perut, sakit sendi, tonik wanita lepas bersalin dan membaiki sistem peranakan.
123456789

Kembali ke atas