Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.péng] | توڤيڠ

Definisi : (topéng) 1. sesuatu yg dipakai utk menutup muka yg berupa muka orang atau binatang dll (dibuat drpd kertas, kulit, dll), kedok; 2. penutup muka (supaya jangan di­kenali dll); 3. = main ~ sj pertunjukan wayang yg seluruh pelakonnya memakai topeng; 4. ki perkataan (perbuatan dll) yg muluk-muluk utk mengabui mata orang: dgn ~ simpati dan cintakan orang Melayu mereka hendak men­jajah; ~ gas alat bantu pernafasan yg dipakai utk melindungi seseorang drpd tersedut gas beracun; bertopeng menutup muka dgn topeng, memakai topeng, berkedok; bertopengkan, mempertopeng ki memakai sesuatu sbg topeng, memperkedok: dgn ~ tujuan mahu membela ekonomi bangsa, mereka memeras orang kampung; menopeng bermain topeng; menopengi 1. memberi (menjadikan) ber-topeng; 2. ki menyelindungkan (menyem­bunyikan) maksud sebenar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.péng] | توڤيڠ

Definisi : /topéng/ 1 penutup muka yg dibuat drpd kertas dll yg biasanya berupa muka orang, muka binatang dll. 2 ki perbuatan, kata-kata dll utk mengabui mata orang. ~ gas alat bantu pernafasan yg dipakai utk melindungi seseorang drpd tersedut gas beracun. bertopeng menutup muka dgn topeng. bertopengkan memakai sesuatu sbg topeng. menopeng memakai topeng. menopengi 1 memberi bertopeng; membubuh topeng pd: ~ muka. 2 ki melindungi maksud, perkara dll yg sebenarnya: Perlakuan yg sopan hanyalah utk ~ perbuatan tidak baik yg pernah dilakukannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
topeng (kata nama)
Bersinonim dengan kedok, penutup muka;,
Kata Terbitan : bertopeng,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGLIPUR LARAPENGLIPUR LARA, nama umum untuk tukang cerita dalam tradisi lisan Melayu.  Penglipur lara mendapat panggilan ini kerana cerita rakyat yang disampaikannya menghiburkan hati pendengar dan menghilangkan duka lara bukan sahaja bercerita  tetapi melakonkan aksi watak-watak dalam ceritanya, mengajuk ucapan dialog dan bangun menari, bersilat, berjalan dan bergerak di pentas untuk menghidupkan ceritanya.  Dia juga menggunakan topeng-topeng untuk menggambarkan lebih jelas rupa sesuatu watak, terutama watak utama dan watak jahat.  Kadang-kadang penglipur lara menyarungkan pakaian seperti baju layang atau sesuatu jubah yang longgar dengan cepat di atas pentas bagi mengindahkan lagi penceritaannya.  SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
MAJLIS TARIAN BERTOPENG

Majlis tarian bertopeng ialah nama suatu

majlis sosial atau tari-menari di mana topeng dan

kostum yang beraneka ragam dipakai.

UMUM 
MORGAN, GARRET AUGUSTUS

Morgan, Garret Augustus (1877–1963) ialah

pencipta Amerika. Dia mencipta beberapa jenis

alat termasuk versi topeng gas dan lampu isyarat

jalan raya.

UMUM 
BARONGANBarongan, baju topeng yang merupakan kostum untuk watak dalam sejenis tarian yang terdapat di Johor, Malaysia dan Jawa, Indonesia. BUDAYAKonsep
REDSTART

Redstart ialah burung hutan jarang di Eropah

dan Afrika Utara. Burung ini membesar sehingga

lebih kurang 14 sentimeter panjangnya. Burung

jantan mempunyai ekor dan dada berwarna

perang kemerah-merahan, topeng muka hitam,

dan dahi putih. Burung betina berwarna perang

di sebelah atas, manakala bahagian bawahnya

pucat tetapi warna ekornya sama seperti yang

jantan.

UMUM 
PAPIER-MÂCHÉ

Papier-mâché ialah campuran kertas dengan gam

yang digunakan untuk kerja tangan dan seni halus.

Papier-mâché merupakan bahan yang kuat untuk

membuat barangan seperti perabot, barang kemas,

topeng, patung, dan barang mainan. Artis

menggunakannya untuk membuat arca.

UMUM 
SENI ARCA

Seni arca adalah satu daripada seni yang paling

kompleks. Walaupun perkataan seni arca pada

asalnya bermakna memotong dan melibatkan

teknik mengukir, tetapi objek yang dibentuk

dikenali sebagai arca. Contoh arca berbeza-beza

daripada arca yang berkuasa oleh Michelangelo

hingga kepada topeng upacara orang Afrika, dan

daripada patung batu yang menghiasi katedral

hingga kepada gegantung (mobile) logam yang

berayun gemalai apabila ditiup angin.

UMUM 
ARDEN, JOHN

Arden, John (1930– ), penulis skrip Inggeris

yang menjadikan pertentangan antara seorang

rakyat biasa yang tidak mempunyai daya imaginasi

dengan seorang individu yang penuh dengan

imaginasi tetapi hidup dalam keadaan kucar-kacir

sebagai tema utamanya. Dia mengembangkan tema

itu dalam dramanya Live Like Pigs (1958) dan

Serjeant Musgrave’s Dance (1959). Arden lahir di

London. Dia terkenal kerana daya cipta teknik

dramanya. Dalam The Happy Haven (1960) semua

pelakon memakai topeng dan naratifnya dicelahi

dengan lagu dan tarian. Dramanya yang lain ialah All

Fall Down (1955), Armstrong’s Last Goodnight (1964),

The Bag Man (1970), Pearl (1978) dan To Put It

Frankly (1979).

UMUM 

Kembali ke atas