Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.réh] | توريه

Definisi : (toréh); bertoreh telah digores dgn agak dalam (pd kulit kayu dll): pokok getah di kampungnya banyak yg tidak ~; menoreh 1. menggores dgn agak dalam (pd kulit kayu, badan dll): ~ getah; 2. meretas (membelah) supaya terbuka: ~ buah nangka; torehan 1. luka yg agak dalam (pd kulit pokok), takik (yg agak dalam); 2. belahan, retasan; penorehan perihal (proses, perbuatan, usaha dsb) menoreh: disebabkan tiada pekerja, ~ pokok getah muda di ladang getah itu masih belum dapat dijalankan; penoreh 1. alat dll utk menoreh; 2. orang yg menoreh getah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.réh] | توريه

Definisi : /toréh/; menoreh menggores kulit kayu dll dgn tidak berapa dalam: ~ getah menggores kulit pokok supaya keluar getahnya. torehan luka yg tidak berapa dalam (pd kulit pokok). penorehan perbuatan atau hal menoreh. ~ parah penorehan pokok getah dgn tujuan utk mendapatkan pengeluaran susu yg sangat banyak (cara ini akan merosakkan pokok getah). penoreh 1 alat yg digunakan utk me­noreh. 2 orang yg menoreh: Bapanya ~ getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
toreh
Kata Terbitan : menoreh, penoreh,

Peribahasa

Lemah (= lunak) tersudu,
     keras tak tertakik.

Bermaksud :

Orang yang teguh pendiriannya. takik = toreh pada kayu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'duduk inding enggang tap' Mengenai baris pantun di atas, saya faham enggang ialah sejenis burung. Tapi apakah maksud perkataan 'inding' dan 'tap'? Apakah maksud baris tersebut keseluruhannya? Tolong jelaskan. Terima kasih.

Inding membawa dua maksud iaitu 1. mengawas dan memandang dgn harapan utk mendapat sesuatu, memasang telinga kerana hendak mendengar sesuatu (rahsia dll) 2. mengecek, meminta-minta (bkn kanak-kanak). Tap ialah sadap, toreh, ketukan, ulir dalam dan tamparan. Manakala untuk mendapatkan makna kesuluruhan rangkap sila rujuk buku yang berkaitan.

  •  

Makna02.12.2008

Kembali ke atas