Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tra.di.si] | تراديسي

Definisi : sesuatu kebiasaan (adat, kepercayaan, dll) yg kekal turun-temurun, sesuatu yg sudah menjadi amalan yg sudah sebati dgn sesuatu masyarakat (golongan, kumpulan, dsb): suatu ~ orang Islam di Malaysia ketika menyambut Hari Raya ialah saling menziarahi; saya sangat bimbang apabila melihat masyarakat kita yg tidak ada ~ membaca; bertradisi mempunyai tradisi; mentradisi menjadi tradisi: ada pemba­haruan itu yg telah ~; mentradisikan menjadikan sesuatu (faham­an, pemikiran, dll) sbg tradisi: Islamlah yg ~ kita; pentradisian proses mentradisikan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tra.di.si] | تراديسي

Definisi : sesuatu kebiasaan, kepercayaan dll yg kekal turun-temurun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tradisi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan adat, adat-istiadat, budaya, kebiasaan, kelaziman, amalan, resam, upacara, lembaga, peraturan, leluri.,


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sole[s.lE]kata namasejenis permainan tradisi yang menggunakan bola dan ketul batu (bata) dan cara permainannya seperti sofbol pada masa kini.Genap-genap petang depa maen sole kat tanah lapang tu.[g«.nAp.g«.nAp p«.tAN dE.pA mAen s.lE kAt tA.nAh lA.pAN tu]Setiap petang mereka bermain sole di tanah lapang itu.
kembang[kEm.bAN]kata namasejenis kuih tradisi daripada tepung beras dan gula yang digoreng menggunakan acuan tembaga yang berbentuk bunga kiambang, kuih loyang, kuih ros; kiambang, sarang tebuan.   
dikiaq[di.ki.jAâÖ]kata namalagu tradisi Melayu di Kedah yang dinyanyikan secara berkumpulan (biasanya orang lelaki). Liriknya daripada kitab Syaraful Anam (kitab berzanji). Dinyanyikan pada malam hari (biasanya hingga hampir pagi) pada majlis perkahwinan, berkhatan, berkhatam QurOrang bedikiaq kena minum banyak srebat campoq bijik selaseh.[.ÒAN b«.di.ki.jAâÖ k«.nA mi.num bA.øA/ sÒ«.bAt tSAm.pâÖ bi.dZi/ s«.lA.seh]Orang yang berdikir perlu banyak meminum air sirap tanpa ais yang dicampur dengan biji selasih.
kiambang[ki.jAm.bAN]kata namasejenis kuih tradisi daripada tepung beras dan gula yang digoreng menggunakan acuan tembaga yang berbentuk bunga kiambang, kuih loyang, kuih ros; kembang, sarang tebuan.   
sarang tebuan[sA.ÒAN t«.bu.wAn] sejenis kuih tradisi daripada tepung beras dan gula yang digoreng menggunakan acuan tembaga yang berbentuk bunga kiambang, kuih loyang, kuih ros; kembang, kiambang.   
mengaleh[m«.NA.leh]kata kerjamenyisir sawah kali kedua selepas proses membongkar, merupakan satu daripada kaedah tradisi dalam kerja-kerja penanaman padi.Kalu ujan tak turon, ayaq tak dak, nak mengaleh pon tak buleh.[kA.lu u.dZAn tA/ tu.Òon A.jA)Ö tA/ dA/ nA/ m«.NA.leh pon tA/ bu.leh]Kalau hujan tidak turun, air tiada, kerja mengalih pun tidak boleh dilakukan.
gunung[gu.nuN]kata namagundu atau ibu daripada cebisan batu, kayu, kaca dan sebagainya yang digunakan dalam permainan tradisi Melayu (sambut-sambut, lompat teng-teng dan sebagainya).Tangan dia lekaq sunggoh, tiap-tiap kali taok gunung masok petak.[tA.NAn di.jA l«.kAâÖ suN.goh ti.jAp.ti.jAp kA.li tAo/ gu.nuN mA.so/ pE.tA/]Dia begitu handal, setiap kali melontar, gundunya memasuki ruang petak.

Kembali ke atas