Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tra.di.si] | تراديسي

Definisi : sesuatu kebiasaan (adat, kepercayaan, dll) yg kekal turun-temurun, sesuatu yg sudah menjadi amalan yg sudah sebati dgn sesuatu masyarakat (golongan, kumpulan, dsb): suatu ~ orang Islam di Malaysia ketika menyambut Hari Raya ialah saling menziarahi; saya sangat bimbang apabila melihat masyarakat kita yg tidak ada ~ membaca; bertradisi mempunyai tradisi; mentradisi menjadi tradisi: ada pemba­haruan itu yg telah ~; mentradisikan menjadikan sesuatu (faham­an, pemikiran, dll) sbg tradisi: Islamlah yg ~ kita; pentradisian proses mentradisikan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tra.di.si] | تراديسي

Definisi : sesuatu kebiasaan, kepercayaan dll yg kekal turun-temurun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tradisi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan adat, adat-istiadat, budaya, kebiasaan, kelaziman, amalan, resam, upacara, lembaga, peraturan, leluri.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
academic artseni akademikKesenianSeni LukisKesenian yang patuh kepada tradisi-tradisi akademi.
bimusicaldwimuzikalMuzikTiada

 Kemahiran dalam dua tradisi muzik. Contohnya, pemuzik yang mahir dalam muzik tradisi Barat dan tradisi Melayu.

traditiontradisiKesusasteraanTiadaKhazanah kesusasteraan atau adat kepercayaan yang diterima oleh sesuatu bangsa sebagai warisan dari zaman silam. Tradisi mungkin berupa idea, ciri, bentuk, gaya, konvesi, dan lain-lain yang diperlhatkan oleh sekumpulan karya pada sesuatu zaman, contohnya tradisi hikayat dan tradisi epik.
wau tradisi negeriwau tradisi negeriKesenianTiada, wau kemetek atau wau labi.
traditional use zonezon penggunaan tradisiPerikananTiadaKawasan pesisir pantai yang hanya dibenarkan untuk aktiviti penangkapan ikan dengan peralatan menangkap ikan tradisi. Kebenaran untuk beroperasi dalam zon ini diberikan kepada orang tempatan sebagai pertukaran untuk menjaga dan mengurus kawasan tersebut. Contohnya, kawasan laut yang kurang daripada 5 batu nautika dari pantai hanya dibenarkan untuk aktiviti perikanan tradisi dengan menggunakan peralatan tradisi seperti pancing, pukat tarik pantai, pukat hanyut, bubu dan kelong.
eposeposKesusasteraanTiadaPuisi epik yang wujud dalam tradisi lisan. Epos merupakan karya yang awal dalam tradisi kesusasteraan kebanyakan masyarakat di dunia, khususnya mengungkapkan kisah kepahlawanan wira tempatan. Contohnya, karya Gilgamesh merupakan epos agung dalam tradisi Sumeria. Lihat juga barda.
genteel traditiontradisi santunKesusasteraanTiadaTradisi yang mengutamakan kebenaran atau ketepatan.
polyphonic traditiontradisi aneka bunyiSejarahTiadaTradisi yang mengamalkan aneka bunyi atau berbagai-bagai bunyi khasnya dalam persembahan muzik.
indirect traditiontradisi tak langsungKesusasteraanTiadaSesuatu tradisi yang masuk ke dalam kesusasteraan Melayu tidak dari sumber asal tetapi dari sumber lain. Contoh: cerita-cerita India yang masuk ke alam Melayu melalui Arab Parsi.
apostolic traditiontradisi hawariSejarahTiadaAmalan atau kebiasaan yang menjadi tradisi dalam agama Kristian yang mengikut dasar pengajaran Kristian yang asas yang diajar oleh Nabi Isa a.s.
12345678910...

Kembali ke atas