Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata transgender


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan bantuan dalam terjemahan ke dalam bahasa Melayu untuk perkataan "transgender". Saya dahului dengan ucapan terima kasih.Untuk makluman, istilah "transgender" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep istilah tersebut agar kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah24.06.2013
Assalamualaikum. Apakah istilah melayu bagi menggantikan perkataan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT)? Adakah bahasa Melayu turut akan meminjam istilah ini daripada bahasa Inggeris? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah lesbian, gay, bisexual dan transgender ialah lesbian, gay, dwiseksual dan transjantina.Istilah01.08.2022
Apakah terjemahan bagi perkataan-perkataan berikut? Gay, lesbian, bisexual, non-binary, queer, genderqueer, intersex, transgender, cisgender, gender, sexPadanan bahasa Melayu bagi istilah gay ialah homoseks, lesbian ialah lesbian, bisexual ialah dwiseksual, non-binary ialah bukan binari, queer ialah kuira, genderqueer ialah genderkuira, intersex ialah interseks, transgender ialah transjantina, cisgender ialah cisgender, gender ialah jantina atau gender, dan sex ialah jantina. Padanan kesemua istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah11.02.2024
Saya mohon pihak DBP untuk menyemak berhubung terjemahan tajuk penyelidikan yang saya dan ahli kumpulan penyelidikan saya terjemahkan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu seperti yang dinyatakan berikut: Tajuk penyelidikan dalam Bahasa Inggeris: “Perceptions on risk behaviours and health seeking associated with HIV/STD among transgender women and men have sex with men (MSM)” Terjemahan tajuk penyelidikan ke dalam Bahasa Melayu: Persepsi berhubung tingkahlaku berisiko dan pencarian maklumat kesihatan yang dikaitkan dengan HIV/STD dalam kalangan wanita transgender dan lelaki yang mempunyai hubungan seks dengan lelaki (Men have sex with men)"Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan tuan, kami mencadangkan tajuk penyelidikan ini diterjemahkan kepada:

Persepsi terhadap risiko tingkah laku dan kesihatan yang mempunyai kaitan dengan HIV/STD dalam kalangan transgender dan homoseksual.
Penyemakan dan penterjemahan24.01.2020
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang tepat dalam Bahasa Melayu untuk tajuk penyelidikan saya yang berbunyi "Perceptions on risk behaviours and health seeking associated with HIV/STD among transgender women and menhave sex with men (MSM)". Mohon bantuan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menawarkan khidmat terjemahan daripada bahasa asing ke bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, encik boleh menterjemahkan tajuk tersebut dan menghantar kepada kami untuk semakan penggunaan bahasa Melayu.Lain-lain17.01.2020
Saya ingin mendapatkan maksud "Key Population" dalam Bahasa Melayu. Key population biasanya merujuk kepada masyarakat terpinggir, dalam konteks penyelidikan yang sedang saya lakukan "Key population" merujuk kepada komuniti "Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender". Mohon maklumbalas segera dari pihak tuan/puan. Terima kasih.Cadangan padanan perkataan "key population" ialah masyarakat berisiko tinggi. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung pada konteks ayat.Istilah17.01.2020

Kembali ke atas