Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tran.skrip.si] | ترنسکريڤسي

Definisi : 1. (penyediaan) skrip atau teks yg penuh atau lengkap berdasarkan catatan-catatan trengkas dll atau drpd rakaman ucapan dll; 2. penukaran bahan bertulis drpd sesuatu bentuk ke dlm bentuk lain (mis yg meng­gunakan sistem fonetik, huruf dlm abjad lain, dll); ~ fonemik (Lin) transkripsi yg menggunakan lambang fonem, mis /pokok/ dan /nyanyi/; ~ fonetik (Lin) transkripsi yg menggunakan lambang fonetik, mis [poko/]; mentranskripsikan membuat (menyediakan) transkripsi (sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata transkripsi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera! Di dalam proses transkripsi, jika diberikan perkataan "ianya", haruskan "ia" dan "nya" dipisahkan? Saya difahamkan bahawa penggunaan perkataan "ianya" adalah salah. Oleh yang demikian, apakah transkripsi yang paling sesuai? Sekian, terima kasih.Ianya tidak boleh digunakan dalam ayat kerana ia dan nya ialah kata ganti nama diri ketiga. Perkataan yang boleh digunakan ialah ia yang merupakan kata ganti diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk bukan manusia. Lain-lain12.08.2020
Saya menukarkan penjelasan audio menjadi teks bercetak. Mohon nyatakan istilah yang tepat untuk usaha itu, sama ada transliterasi/mentransliterasikan, transkripsi/mentranskripsikan, atau alih bentuk/mengalih bentuk. Mungkinkah ada istilah lain yang persis? Terima kasih saya ucapkan kepada pihak tuan atas jawapan-jawapan yang terdahulu dan jawapan terhadap soalan ini. Wassalam.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, transkripsi bermaksud 1. (penyediaan) skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan-catatan trengkas dan lain-lain, atau daripada rakaman ucapan dan lain-lain 2. penukaran bahan bertulis daripada sesuatu bentuk ke dalam bentuk lain (misalnya yang meng­gunakan sistem fonetik, huruf dalam abjad lain, dan lain-lain).  Oleh itu, istilah yang betul ialah transkripsi.Istilah09.05.2012
1) sebutan baku kata pinjaman dari bahasa arab dalam istilah agama 2) transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokal1. Untuk makluman puan tidak ada satu keluaran khusus tentang sebutan baku kata pinjaman daripada bahasa Arab dalam istilah agama dalam pangkalan data kami. Untuk maklumat lanjut, puan boleh menyemak Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi dan menyemak helaian demi helaian buku tersebut bagi mencari kata pinjaman daripada bahasa Arab.
2. Tidak ada maklumat tentang transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokal  dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan.
Lain-lain23.01.2013
Saya ingin mencari transkripsi fonetik bagi Bahasa Melayu, di manakah saya boleh mendapatkannya ? Terima kasih.Sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu di DBP untuk mencari bahan rujukan termasuklah buku, majalah dan kertas-kerja seminar atau perpustakaan lain seperti di UM, UKm dan UPM.Lain-lain18.07.2009
Salam sejahtera, Dalam proses transkripsi dialog, bagi ayat berikut: ku kira masuk, haruskah, ku kira dicantumkan menjadi kukira? Sekian, terima kasih!Cara penulisan yang betul ialah “kukira” kerana perkataan “ku” merupakan singkat bagi perkataan “aku”. Singkatan tidak boleh berdiri sendiri dan perlu dieja rapat dengan perkataan yang mengikutinya.Tatabahasa22.03.2022
Salam. Dalam industri penyarikataan, adakah "tapi/tetapi" dibolehkan digunakan di awal ayat? Sari kata merupakan transkripsi/terjemahan ayat percakapan. Apabila "namun" digunakan di tempat "tapi" dalam sari kata perbualan harian, bunyinya sungguh canggung. Kalau guna "akan tetapi", masih canggung, malah terlalu panjang pula kerana sari kata ada had aksara per baris dan per saat. Mohon nasihat.Bidang sari kata juga tertakluk pada rumus tatabahasa. Tetapi tergolong dalam kategori kata hubung dan hadir pada pertengahan ayat. Contohnya, Ahmad lulus ujian itu tetapi adiknya gagal. Berbeza dengan namun yang berfungsi sebagai penanda wacana yang menghuraikan pernyataan berbeza daripada ayat sebelumnya. Kami berpandangan dalam konteks yang dinyatakan kata namun lebih sesuai digunakan.Tatabahasa22.08.2021
Adakah setiap perkataan yang wujud dalam bahasa Melayu Klasik mempunyai sebutan fonetik yang sama sepenuhnya dengan perkataan-perkataan bahasa Melayu Moden dalam kamus-kamus terbitan DBP?Transkripsi fonetik hanya disediakan dalam kamus terkini terbitan DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana (2020). Kamus ini memanfaatkan maklumat yang terkandung dalam Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu yang terakam dalam Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua (2008).

Hampir semua kata entri dan terbitannya menggunakan lambang fonetik antarabangsa (IPA) SIL Manuscript yang dieja dengan sebutan baku, termasuklah kata daripada bahasa Melayu klasik. Setakat hari ini, kamus terbitan DBP tidak membezakan sebutan bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden.
Lain-lain10.04.2023
Assalamualaikum. Saya hendak bertanya tentang sebutan sebenar bagi perkataan "adjung", seperti yang terdapat dalam perkataan "Profesor Adjung". Bolehkah pihak DBP sahkan sebutan sebenar bagi perkataan "adjung" dengan menyertakan transkripsi fonetik untuk memudahkan saya menyebutnya nanti. Sekian, terima kasih. Salam hormat.Merujuk Kamus Dewan Perdana, sebutan "adjung" ialah ad·dƷun.Lain-lain31.05.2021
Apakah perbezaan antara penggunaan kata tiada dengan tidak ada?

Saya jumpa perkataan tiada lebih banyak digunakan dalam bahasa bersurat, dan tidak ada lebih banyak digunakan untuk transkripsi bahasa lisan. Namun tidak kurang juga ada individu yang menggunakan kedua-dua tiada dan tidak ada dalam satu ayat.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tiada bermaksud tidak ada. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. Makna29.06.2022
Bolehkan perkataan "inklusif" digunakan walaupun tiada rekod dalam kamusBoleh. Kata "inklusif" telah terakam dalam kamus terkini terbitan DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 830). Saudara boleh menyemak makna dan kata terbitannya berserta ejaan Jawi, transkripsi fonetik, kelas kata dan contoh penggunaan kata tersebut dalam naskhah bercetak.Lain-lain26.06.2023
12

Kembali ke atas