Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tran.skrip.si] | ترنسکريڤسي

Definisi : 1. (penyediaan) skrip atau teks yg penuh atau lengkap berdasarkan catatan-catatan trengkas dll atau drpd rakaman ucapan dll; 2. penukaran bahan bertulis drpd sesuatu bentuk ke dlm bentuk lain (mis yg meng­gunakan sistem fonetik, huruf dlm abjad lain, dll); ~ fonemik (Lin) transkripsi yg menggunakan lambang fonem, mis /pokok/ dan /nyanyi/; ~ fonetik (Lin) transkripsi yg menggunakan lambang fonetik, mis [poko/]; mentranskripsikan membuat (menyediakan) transkripsi (sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata transkripsi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coupled transcription-translationtranskripsi-terjemahan bergandingBiologiGenetikProses yang berlaku pada organisma prokariot apabila transkripsi dan terjemahan berlaku serentak tanpa menunggu transkripsi selesai.
transcriptiontranskripsiMuzikTiada

1.Gubahan karya muzik berasaskan adaptasi daripada skor asal. Transkripsi ini digubah untuk sebarang alat muzik lain, selain alat atau ensembel asal. Contohnya, karya piano Mussorgsky, iaitu Pictures at an Exhibition yang ditran-skripsikan untuk orkestra oleh Ravel dan Lieder Schubert yang ditranskripsikan untuk piano solo oleh Liszt.

2.Catatan muzik berdasarkan rakaman atau persembahan secara langsung untuk penghasilan skor muzik karya yang dirakamkan atau dipersembahkan. Transkripsi juga ialah catatan dan terjemahan muzik daripada satu sistem notasi kepada sistem notasi yang lain.

divergent transcriptiontranskripsi tercapahBiologiGenetikTranskripsi yang berlaku dalam dua arah daripada satu kawasan pusat yang mengandungi dua promoter yang bertentangan arah.
enhancer regionkawasan penggalakBioinformatikBioinformatik MolekulSatu segmen DNA pendek (50 – 1500 bp) yang dapat diikat oleh protein pengaktif atau biasanya disebut sebagai faktor transkripsi, untuk meningkatkan kadar transkripsi gen tertentu. Segmen DNA pendek ini terletak sehingga 1 Mbp (1,000,000 bp) dari tapak permulaan sesuatu gen.
transcription factorfaktor transkripsiBiologiGenetikProtein yang terlibat dalam proses transkripsi.
computer-aided transcription (CAT)transkripsi terbantu komputerPentadbiran PerniagaanTiadaKomputer yang membuat transkripsi bunyi yang telah dirakam di dalam pita magnet.
transcribing machinemesin transkripsiPentadbiran PerniagaanTiadaMesin untuk memainkan semula secara elektronik rencana yang telah dirakam untuk transkripsi.
transcription equipmentkelengkapan transkripsiPentadbiran PerniagaanTiadaAlat yang digunakan oleh pentranskripsi untuk memindahkan rencana dalam bentuk aksara seperti mesin transkripsi, fon telinga, fon kepala dan pedal kaki.
complementary RNARNA pelengkapBiologiGenetikTranskripsi sintetik daripada DNA klon yang dihasilkan melalui sistem transkripsi in vitro. cRNA.
transcriptiontranskripsiBioteknologiTiadaPemindahan maklumat dari jujukan nukleotida DNA ke dalam jujukan RNA berkomplemen. Pemindahan ini berlaku dalam nukleus melalui pemadanan pasangan bes. Transkripsi menghasilkan salinan yang tepat bagi jujukan DNA. Tindak balas ini dimangkinkan oleh polimerase DNA bersandarkan RNA.
12345678910...

Kembali ke atas