Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tri.go.no.mé.tri] | تريݢونوميتري

Definisi : (trigonométri) ilmu mengenai sudut dan sempadan segi tiga (digunakan dlm astronomi, ilmu ukur, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata trigonometri


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mau tau penngunaan analisa dalam tajuk tesis saya. ANALISA KESILAPAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH TRIGONOMETRI DALAM KALANGAN PELAJAR SUKU KAUM KADAZANDUSUN. Adakah penggunaan analisa itu tepat atau tidak, tqPerkataan/ejaan yang betul ialah analisis - Analisis Kesilapan dalam Penyelesaian Masalah Trigonometri dalam Kalangan Pelajar Suku Kaum Kadazandusun.Tatabahasa16.03.2010
Assalamualaikum pihak DBP, di sini ingin saya mengajukan soalan berhubung dengan tulisan jawi dan bidang matematik. Bagaimanakah kita ingin menjawikan istilah matematik? Misalnya dalam bab algebra, logaritma, trigonometri, bulatan, pengamiran dan lain-lain. Mohon pihak DBP memberi respons yang memuaskan.Untuk menyemak ejaan Jawi dalam pelbagai bidang termasuklah istilah Matematik, seperti ejaan algebra, logaritma dan trigonometri, tuan boleh merujuk www.prpm.gov.my. Sila tulis dengan huruf kecil dan ejaan Jawi akan terpapar bersama-sama entri berkenaan. Sekiranya istilah tersebut tidak ditemukan dalam PRPM (bermakna tulisan Jawi juga tidak ditemui), tuan boleh menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.Ejaan28.02.2024
Dalam Matematik, istilah "arctan", "arccos" dan "arcsin" digunakan untuk menerangkan songsangan nisbah trigonometri tan, kos dan sin. Apakah istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk arctan, arccos dan arcsin ini?Padanan bahasa Melayu bagi istilah arc tan - lengkuk tan, arc cos - lengkuk kosinus dan arc sin - lengkuk sin.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah28.11.2022

Kembali ke atas