Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tri.go.no.mé.tri] | تريݢونوميتري

Definisi : (trigonométri) ilmu mengenai sudut dan sempadan segi tiga (digunakan dlm astronomi, ilmu ukur, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata trigonometri


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TRIGONOMETRIAkan dikemaskiniMATEMATIKKonsep
NAPIER, JOHN

Napier, John (1550–1617), Laird Merchiston, ialah

ahli matematik Scotland. Dia membina cara

pengiraan pantas yang digunakan dalam bidang

astronomi, trigonometri, pelayaran, pembuatan

peta dan pengukuran. Napier menemui cara

mendarab nombor dengan mudah, iaitu

mencampurkannya dengan nombor lain, serta

menyamakan nombor yang dinamakannya

logaritma (lihat Logaritma ). Logaritma digunakan

untuk menjelaskan secara matematik banyak

fenomena semula jadi. Napier juga mencipta “rod”

atau “tulang” yang boleh disusun untuk pengiraan

aritmetik. Dia lahir berhampiran Edinburgh,

Scotland.

UMUM 
DARJAHDarjah ialah nama bagi pelbagai unit kecil

ukuran. Dalam geometri dan peta, darjah ialah unit

ukuran bagi sudut dan arka bulatan. Sudut 1 darjah

(1° ) bersamaan 1 /90 sudut tegak. Arka 1° bersamaan

dengan 1 /360 bulatan penuh. Oleh sebab garisan

lintang (latitud) dan garisan bujur (longitud)

ialah bulatan, maka ia dikira dalam unit darjah.

Darjah dalam geometri dibahagikan kepada 60

unit yang dikenali sebagai minit. Satu minit pula

dibahagikan kepada 60 saat. Dalam sesetengah

cabang matematik seperti trigonometri, sudut

diukur dalam unit yang dikenali sebagai radian.

UMUM 

Kembali ke atas