Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tri.ni.ti] | ترينيتي

Definisi : keesaan dr tiga wujud Tuhan (Bapa, Anak dan Roh Kudus) menurut kepercayaan Roman Katolik, tritunggal, trimurti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata triniti


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARIANISME

Arianisme ialah pandangan teologi Kristian awal

yang diajarkan oleh Arius, paderi di Iskandariah,

Mesir. Kira-kira pada tahun 318 M., Arius dan

pengikutnya menolak doktrin bahawa ketiga-tiga

orang dalam Triniti Kristian–Bapa, Anak dan Roh

Kudus – adalah sama. Arius menafikan bahawa

Jesus Christ sebagai Anak adalah benar-benar

tidak pernah berbuat salah. Arius mengajar

bahawa Anak dicipta oleh Tuhan sebagai Bapa

dan lebih rendah daripada-Nya. Mengikut Arius,

Jesus tidak kekal tetapi seorang yang mulia yang

dicipta oleh Tuhan untuk menebus dosa manusia.

Arius percaya bahawa Bapa dan Anak lebih mulia

daripada Roh Kudus.

UMUM 
SHAMROCK

Shamrock ialah sejenis herba kecil yang

daunnya terdiri daripada tiga anak daun. Ia ialah

simbol kebangsaan Ireland. Mengikut legenda,

Saint Patrick menanam Shamrock di Ireland kerana

ketiga-tiga anak daunnya menggambarkan Triniti

Suci. Ramai orang Ireland memakai shamrock pada

Hari Saint Patrick. Shamrock berasal daripada

perkataan Irish yang bermakna trefoil (tiga daun).

UMUM 
ARIUS

Arius (256?–336 M.) ialah pendeta di Iskandariah,

Mesir yang mengasaskan pandangan teologi

Kristian awal yang dikenali sebagai Arianisme . Pada

tahun 318 M., Arius mencabar doktrin bahawa

ketiga-tiga orang dalam Triniti Kristian–Bapa, Anak

dan Roh Kudus – adalah sama. Arius mengajar

bahawa Tuhan sebagai Bapa adalah lebih tinggi

kedudukannya daripada Tuhan sebagai Anak iaitu

Jesus Christ, dan kedua-duanya lebih tinggi

daripada Roh Kudus.

UMUM 

Kembali ke atas