Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tro.li] | ترولي

Definisi : 1. = ~ bas sj kenderaan spt bas yg dijalan­kan dgn kuasa elektrik; 2. sj meja kecil beroda yg digunakan utk menyajikan makanan (minuman dsb); 3. sj kereta sorong yg diguna­kan utk memuatkan barang semasa membeli-belah di pasar raya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tro.li] | ترولي

Definisi : 1 meja kecil yg beroda dan di­gunakan utk membawa makanan, buku dll. 2 bekas atau bakul beroda tempat mengisi barang-barang semasa membeli-belah dsb. 3 = bas ~ kenderaan spt bas yg digerakkan dgn kuasa elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata troli


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pramugari itu meletakkan pelbagai cenderamata di atas troli lalu ditolak di dalam pesawat. Betulkan penggunaan perkataan "di dalam pesawat" itu? Atau ke dalam pesawat? Yang mana satukah ayat yang lebih tepat? Mohon pencerahan daripada pihak DBP? Terima kasih.Frasa ke dalam lebih sesuai digunakan untuk frasa nama yang menunjukkan pergerakan kepadanya. Oleh itu, ayat yang sesuai ialah Pramugari itu meletakkan pelbagai cenderamata di atas troli lalu ditolak ke dalam pesawat. Tatabahasa30.10.2020
Bagaimanakah hendak perbetulkan ayat-ayat berikut : 1) Murid-murid khusyuk membaca buku cerita di perpustakaan. 2) Seorang murid menolak troli yang berisi penuh dengan buku-buku cerita. 3) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. 4) Kita haruslah bersikap prihatin terhadap orang lain.1) Murid-murid membaca buku cerita di perpustakaan dengan khusyuk.
2) Seorang murid menolak troli yang penuh berisi buku-buku cerita.
3) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
4) Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.
Tatabahasa25.06.2012
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai terjemahan yang bersesuaian untuk perkataan bahasa Inggeris, "shopping cart" dalam laman web pembelian dalam talian. Saya berpendapat bahawa terjemahan yang sesuai ialah "troli beli-belah". Namun begitu, saya ingin meminta pendapat pakar bahasa di DBP sekiranya terdapat terjemahan yang lebih baik. Terima kasih. Farez Syinon

Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi perkataan “shopping cart”.  Walau bagaimanapun, terdapat istilah “tray-delivery cart” yang dipadankan sebagai troli penghantaran dan “shopping” sebagai beli-belah. Oleh itu, cadangan tuan bagi padanan “shopping cart” iaitu troli beli-belah boleh diterima.

Makna01.04.2019
Saya ingin check translation dari English ke Bahasa Malaysia, adakah betul? International Premium Grocer > Pasar Raya Premium Antarabangsa First Supermarket To Provide Trolley Valet > Pasaraya Pertama Menyediakan Troli Valet Record Title Presentation Ceremony By The Malaysia Book Of Records > Sijil Penyampaian Rekod Oleh The Malaysia Book Of RecordsBerikut merupakan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan:

1. International Premium Grocer: Pasar Raya Premium Antarabangsa
2. First Supermarket To Provide Trolley Valet: Pasar Raya Pertama yang Menyediakan Troli Valet
3. Record Title Presentation Ceremony By The Malaysia Book Of Records: Pengiktirafan Pemegang Rekod oleh The Malaysia Book Of Records
Makna16.08.2023
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah 'housekeeping cart'. Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah troli pengemasan.Istilah22.06.2016
1. Bagaimanakah mengkategorikan kosa kata kepada kosa kata umum dan kosa kata istilah ? 2. Kosa kata berikut , yang manakah merupakan kosa kata umum atau kosa kata istilah ? promosi, lelong, stok, kaunter, troli, bangga dan prihatin. Sekian, terima kasih.Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang me­nyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik.

Contoh yang saudara berikan ialah kosa kata umum yang lazimnya digunakan dalam konteks umum (tidak dikaitkan dengan mana-mana bidang ilmu). Istilah lazimnya digunakan dalam wacana ilmiah atau wacana khusus seperti yang berkaitan dengan ekonomi, kujuruteraan, pertanian dan sebagainya. Pengguna seperti kita lazimnya menggunakan kosa kata umum dalam komunikasi seharian atau dalam penulisan umum.
Makna20.08.2015
Adakah ayat-ayat seperti berikut betul dari segi tatabahasa? 1) Murid-murid yang rajin bekerjasama membersihkan kawasan sekolah. 2) Murid-murid khusyuk membaca buku cerita di perpustakaan. 3) Seorang murid menolak troli yang berisi penuh dengan buku-buku cerita. 4) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. 5) Kita haruslah bersikap prihatin terhadap orang lain.Ayat-ayat yang diberikan tidak gramatis termasuklah pemilihan kata kerja, kata hubung dan kata sendi nama yang tidak tepat. Contohnya ayat pertama ayat ini perlu diubah menjadi "Murid-murid rajin bekerja membersihkan kawasan sekolah.

Tatabahasa20.06.2012
Salam sejahtera. Tuan, bolehkah tuan memberitahu saya kosa kata yang berikut yang mana satukah kosa kata istilah dan yang mana satu ialah kosa kata umum? Kosa kata seperti harga promosi, stok, harga lelong, kaunter, troli, bangga dan prihatin. Bagaimanakah kita hendak membezakannya. Sekian terima kasih.Contoh yang saudara berikan ialah kosa kata umum yang lazimnya digunakan dalam konteks umum (tidak dikaitkan dengan mana-mana bidang ilmu). Istilah lazimnya digunakan dalam wacana ilmiah atau wacana khusus seperti yang berkaitan dengan ekonomi, kujuruteraan, pertanian dan sebagainya. Pengguna seperti kita lazimnya menggunakan kosa kata umum dalam komunikasi seharian atau dalam penulisan umum.Tatabahasa28.04.2013
Salam Sejahtera, Berdasarkan Kamus Dewan; 1. eskalator = tangga bergerak utk. membawa orang naik atau turun antara tingkat bangunan. 2. travelator = laluan pejalan kaki yang bergerak mendatar Soalan ; Di sesetengah pasar raya, ada kemudahan laluan untuk pelanggan bergerak naik atau turun antara tingkat yang tidak bertangga supaya boleh diletakkan troli. Sekiranya eskalator, tidak bertangga. Sekiranya travelator, tidak bergerak secara mendatar kerana naik atau turun antara tingkat. Apakah istilah yang sesuai ? Terima kasihKami mencadangkan istilah "travelator" digunakan bagi maksud tersebut kerana konsep tidak bertangga dan laluan pejalan kaki.Istilah12.11.2013
Merujuk kepada soalan saya sebelum ini, istilah "kart beli-belah" yang dimaksudkan adalah untuk kegunaan tapak web e-dagang. Saya tidak pasti sama ada ia boleh digunakan bagi terjemahan istilah Inggeris "shopping cart". Saya memilih untuk menggunakan perkataan "kart" kerana ia sangat sinonim dengan e-dagang berbanding perkataan alternatif iaitu "troli" dan "beg". Kegunaan lain adalah seperti berikut: kart beli-belah anda kosong (your shopping cart is empty), lihat kart (view cart). Harap dapat membantu. Terima kasih.

Encik Azmin,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan "cart" dalam bahasa Inggeris mengikut rujukan yang ada ialah kereta sorong; kereta roda; kereta tolak dan juga kart. Oleh yang demikian padanan bahasa Melayunya bolehlah dipilih daripada beberapa padanan yang ada mengikut kesesuaian dan konteks penggunaan.  

Istilah21.12.2010
12

Kembali ke atas