Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tsu.na.mi] | تسونامي

Definisi : (Jepun) ombak laut yg besar dan ganas yg disebabkan oleh gempa bumi atau letupan gunung berapi di bawah laut dsb, biasanya sering menyebabkan kemusnahan teruk kpd harta benda, nyawa dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tsu.na.mi] | تسونامي

Definisi : ombak (laut) besar yg disebab­kan oleh gempa bumi atau letupan gunung berapi bawah laut dsb, biasanya menyebabkan kemusnahan teruk pd harta benda, banyak mengorbankan nyawa dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tsunami


Pantun

PantunSumberTema
Ombak Tsunami melanggar Kedah, Ayam itik lari ke hutan; Ranap rumah ranap sekolah, Musnah segala sumber kehidupan.Pantun Melayu SarawakAgama
Ombak Tsunami datang menyerbu, Tiada kawalan tiada sempadan; Angka kematian beratus ribu, Habis musnah punca kehidupan.Pantun Melayu SarawakRampai Tsunami
Kail tersangkut di pohon pedada, Batu belah batu durhaka; Ambil iktibar bencana melanda, Badai Tsunami bawa petaka.Pantun Melayu SarawakRampai Tsunami
Gempa bumi di Banda Aceh, Ombak Tsunami sampai ke India; Mohon ampun Maha Pengasih, Hamba-Mu daif tidak berdaya.Pantun Melayu SarawakAgama
Bagaimana Bengkulu begitu Semarang, Orang Aceh dilanda Tsunami; Bagaimana dulu begitu sekarang, Kasih berkasih tetap bersemi.Pantun Melayu SarawakKasih
Kami hendak pergi mengail, Tutup rumah kain kasa; Tsunami ibarat kiamat kecil, Cukup sudah seksa dirasa.Pantun Melayu SarawakAgama
Kasih kami kepada ibu, Kasih kami kepada ayah; Kesan Tsunami sudah berlalu, Kesan sejarah tidak berubah.Pantun Melayu SarawakAgama
Belajar jawi belajar rumi, Sakit terguris terkena duri; Ombak Tsunami gemba bumi, Langit menangis tidak terperi.Pantun Melayu SarawakAgama
Ada baju tidak dipakai, Ada sarung warna merah; Sekali Tsunami melanda pantai, Sekali pantai berubah wajah.Pantun Melayu SarawakAgama
Kala senja mencari kerang, Adik menunggu tidak berbaju; Bila Tsunami datang menyerang; Mangsa kehilangan arah tuju.Pantun Melayu SarawakAgama
123

Kembali ke atas