Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tua.la] | توالا

Definisi : 1. = ~ makan kain kecil utk member­sihkan tangan (mulut) selepas makan dll, serbet; 2. = ~ mandi sj kain tebal pengesat tubuh selepas mandi, anduk; ~ wanita sj cawat (yg lembut, boleh menyerap dan boleh dibuang) yg dipakai semasa datang haid atau nifas; bertuala 1. mempunyai atau ada tuala; 2. memakai tuala: ketika itu dia hanya ~ mandi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tua.la] | توالا

Definisi : kain yg dpt menyerap air (ber­bentuk empat segi dsb) yg digunakan utk mengelap badan dll: ~ mandi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuala

Puisi
 

Papariala papariaman,
     Papariala di dalam peti;
Tinggal kampung tinggal halaman,
     Tinggal tuala pembalut hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Karimah pergi ke dapur sambil mencapai tuala di atas lantai. Apakah maksud frasa kerja mencapai tuala dan maksud ayat ini? Terima kasih.Mencapai bermaksud memegang atau mengambil, mengambil tuala.Tatabahasa09.03.2015
Tuan, Bolehkah saya tahu apakah istilah atau perkataannya meletakkan tuala pada leher? Mengalungkan? Melilitkan? atau perkataan lain ang lebih tepat. Apakah pula istilahnya 'Tukang gunting itu __________sehelai tuala pada bahu pelanggannya sebelum mula menggunting rambut.' Sekian, terima kasih.

Perkataan yang sesuai bagi ayat tersebut ialah meletakkan tuala di atas bah. Jika tuala tersebut dililit di lehernya, perkataan yang sesuai ialah lilit.

Tatabahasa04.06.2010
Abu (menggosok/mengelap) badannya dengan tuala selepas mandi.Perkataan yang betul ialah mengelap.

Abu mengelap badannya dengan tuala selepas mandi.
Tatabahasa23.08.2013
adakah ceraian suku kata untuk perkataan-perkataan di bawah ini betul? 1. tiap = ti + ap 2. naik = na + ik 3. tiup = ti + up 4. tuala = tu + a + la 5. menaiki = me + na + ik + i 6. meniup = me + ni + up terima kasihPenggalan suku kata seperti contoh perkataan yang tuan berikan adalah betul. 1. tiap = ti + ap 2. naik = na + ik 3. tiup = ti + up 4. tuala = tu + a + la 5. menaiki = me + na + ik + i 6. meniup = me + ni + up .Tatabahasa02.04.2015
dia langsung tidak bimbang tentang risiko yang bakal dihadapinya. Munsyi, adakah langsung betul digunakan? TK

Saudara/saudari,

Langsung menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, 1. terus dan tidak berantara; lantas:Dia mencapai tuala mandi ~ ke perigi. 2. tidak tergendala; jadi: Pertandingan itu tidak ~ kerana hari hujan. 3. tepat dan tidak menyimpang:Dlm pertikaian ini, kami terlibat secara ~. 4. sedikit pun; sama sekali:Dia tidak mengambil berat ~ ttg hal rumah tangganya.

Merujuk pada konteks ayat di atas, penggunaan perkataan langsung merujuk kepada 'sedikit pun, sama sekali'. Oleh itu, penggunaan perkataan langsung dalam ayat di atas adalah betul.

Tatabahasa01.09.2012
ingin pasti pemenggalan suku kata untuk : makanan - ma.kan.an, sayur-sayuran-sa.yur-sa.yur.an, buah-buahan-bu.ah-bu.ah.an, beruang-be.ru.ang, bermain-ber.ma.in, membuang-mem.bu.ang, dia-di.a, laut-la.ut, siang-si.ang, bayaran-ba.yar.an, soal-so.al, buaya-bu.a.ya, tuala-tu.a.laPemisahan suku kata yang diberikan adalah betul:

makanan                   ma-kan-an
sayur-sayuran            sa-yur-sa-yur-an
buah-buahan             bu-ah-bu-ah-an
beruang                    be-ru-ang  
bermain                    ber-ma-in
membuang               mem-bu-ang
dia                           di-a
laut                          la-ut
siang                        si-ang
bayaran                    ba-yar-an
soal                          so-al
buaya                       bu-a-ya
tuala                         tu-a-la
Ejaan23.03.2012
DBP yg dihormati, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai vokal berganding seperti 'ua'. Apabila dua vokal berganding menghasilkan dua bunyi, betul? perkataan 'tua' dieja 't-u' 'tu, 'a' 'a'=tua, tapi bukankah kita menyebutnya sama spt 'tuwa' dan bkn 'tu-a'.. Bolehkah saya mendapatkan penerangan bagi kes di atas DBP? sy mengalami kekeliruan dlm mengenalpasti bilangan suku kata yg terdapat dlm sesuatu perkataan spt 'tua', 'dua', 'piala', 'tuala' dll. Terima kasih DBP yg dikasihi.

Perkataan tua dan dua mempunyai satu suku kata. Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang suku kata tersebut dan suku kata perkataan yang lain.

Lain-lain22.07.2010
DBP yg dihormati, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai konsonan berganding seperti 'ua'. Apabila dua konsonan berganding menghasilkan dua bunyi, betul? perkataan 'tua' dieja 't-u' 'tu, 'a' 'a'=tua, tapi bukankah kita menyebutnya sama spt 'tuwa' dan bkn 'tu-a'.. Bolehkah saya mendapatkan penerangan bagi kes di atas DBP? sy mengalami kekeliruan dlm mengenalpasti bilangan suku kata yg terdapat dlm sesuatu perkataan spt 'tua', 'dua', 'piala', 'tuala' dll. Terima kasih DBP yg dikasihi.

Perkataan tua dan dua mempunyai satu suku kata. Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang suku kata tersebut dan suku kata perkataan yang lain.

Lain-lain22.07.2010
Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sdikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip asas kerangka agama.Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikir secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri.Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama. adakah betul setiap perkataan dan ayat yang saya guna?Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sedikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip agama. Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikirkan secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri. Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama.Tatabahasa20.11.2011

Kembali ke atas