Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj cawat (yg lembut, boleh menyerap dan boleh dibuang) yg dipakai semasa datang haid atau nifas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
wanita (kata nama)
Bersinonim dengan perempuan, wadun, betina, kaum Hawa, kaum ibu;,
Kata Terbitan : kewanitaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tuala wanitasj cawat (yg lembut, boleh menyerap dan boleh dibuang) yg dipakai semasa datang haid atau nifas;Kamus Dewan Edisi Keempat
tuala1. = ~ makan kain kecil utk member­sihkan tangan (mulut) selepas makan dll, serbet; 2. = ~ mandi sj kain tebal pengesat tubuh selepas mandi, anduk; ~ wanita sj cawat (yg lembut, boleh menyerap dan boleh dibuang) yg dipakai semasa datang haid atau nifas; bertuala 1. mempunyai atau ada tuala; 2. memakai tuala: ketika itu dia hanya ~ mandi.Kamus Dewan Edisi Keempat
bertudungkanmemakai atau menggunakan sesuatu sbg tudung: wanita itu hanya sempat ~ sehelai tuala mandi utk menyelamatkan diri dr rumah yg sedang terbakar itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
tabir1. kain dll yg digantung utk menyekat (melindungi dll) sesuatu, tirai: bilik tempat Mahat itu sama dgn bilik-bilik lain, tetapi di tengah-tengahnya digantung ~ merah mu­da; 2. ki sesuatu yg menutupi (melin­dungi): saya tahu apa yg ada di sebalik ~ perju­angannya; ~ asap asap utk melindungi kapal perang (gerakan pasukan dll); ~ besi sempadan yg memisahkan negara-negara blok Soviet drpd negara-negara Eropah yg lain; ~-mabir ber­bagai-bagai jenis tabir;bertabir 1. memakai tabir: bahagian amben ~, dan di atas tabir itu tersidai pula kain-kain pelekat dan tuala; 2. ki bertutup dgn, berselindung, berdindingkan; bertabirkan menggunakan atau memakai sesuatu sbg tabir, bertiraikan: kami duduk di sebelah ruang yg ~ bidai buluh; menabiri 1. menjadi tabir pd: kain yg tebal ~ ruang solat wanita; 2. melindungi (dgn), menutupi (dgn): dia pun ~ dirinya dgn surat khabar; awan larat ~ langit.Kamus Dewan Edisi Keempat
tudung Isesuatu yg digunakan utk menutup bahagian sebelah atas (kepala, lubang, dll), tutup, penutup: maka tuan puteri pun segera­lah menarik ~ ke atas hulunya berselubung muka; kain ~ kain penutup kepala atau muka perempuan, selendang; tali ~ bulu (rambut) di pipi, cambang, jambang; ~ belanga penutup belanga; ~ kepala a) penutup kepala (songkok, topi, dll); b) = ~ muka kain selubung (utk menutup kepala atau muka); ~ lampu penutup lampu, terendak lampu; ~ lingkup kain penutup kepala dan muka (bagi perempuan); ~ meja kain alas meja; ~ rahap kain penutup mayat sebelum ia dimandikan; ~ saji = ~ hidang = ~ sarang Sr = ~ tapak penutup makanan (drpd pandan dll) supaya jangan dihinggapi lalat; bertudung memakai tudung, bertutup dgn tudung: gadis-gadis itu ~ lingkup dgn kain berwarna pinang masak; bertudungkan memakai atau menggunakan sesuatu sbg tudung: wanita itu hanya sempat ~ sehelai tuala mandi utk menyelamatkan diri dr rumah yg sedang terbakar itu; menudung menutup dgn tudung, memberi bertudung: dia ~ mukanya dgn tangannya; keris itu dibubuh di atas ceper perak dan ditudung dgn tetampan; menudungi menjadi sbg tudung pd, menutupi; menudungkan menutupkan sesuatu sbg tudung: kain itu ditudungkan pd mukanya; tertudung tertutup dgn tudung: mukanya tidak kelihatan kerana ~ dgn kain; penudungan perihal menudung (menudung­kan); penudung sesuatu yg dipakai utk menudung (menudungi), penutup.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas