Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tuan] | توان

Definisi : 1. orang tempat menghambakan diri: orang kulit putih di Amerika masa itu banyak yg menjadi ~ kpd hamba abdi drpd bangsa Negro; ~ hamba sl tuan; 2. a) = ~ punya pemilik (kedai, perusahaan, dll): jika kereta yg dipandu itu tidak mempunyai lesen, ~ punya kereta itu akan didakwa; b) kepala atau pengurus (pejabat, perusahaan, dll); ~ kebun pengusaha (pengurus) kebun; 3. orang laki-laki (yg dihormati): ~ yg datang semalam datang lagi pagi tadi; sepeda ~ Id basikal utk orang laki-laki; 4. a) panggilan bagi orang laki-laki yg berpangkat atau yg patut dihormati: ~ doktor; ~ hakim; T~ Syed Nasir; b) sl panggilan (sebutan) bagi wanita bangsawan: ~ puteri; mengapatah maka ~ hamil maka dibuangkan; 5. kata ganti yg halus bagi orang laki-laki atau perempuan yg dilawan bercakap (engkau atau awak yg lebih halus): ~ sendiri sudah tahu asal saya dr Kampung Balimbing; 6. panggilan bagi orang laki-laki bangsa Eropah: ~ dan memnya tidak meninggalkan pesan apa-apa ketika mereka keluar tadi; ~ besar a) ketua perusahaan (ladang dll); b) Id ark Gabenor Jeneral; ~ kecil a) = ~ muda anak sulung laki-laki dlm sesuatu keluarga atau adik laki-laki tuan rumah; b) penolong (wakil) tuan besar (perusahaan dll); ~ rumah a) orang yg memiliki rumah, ketua rumah (keluarga); b) orang yg meraikan tetamu (biasanya pd majlis yg diadakan di rumahnya atau yg dianjurkannya); ~ tamu ark tuan rumah; ~ tanah pemilik tanah; tuan-tuan 1. orang laki-laki (sekalian yg hadir): ~ yg dihormati, silalah duduk; 2. sl orang bangsawan, ningrat: maka ~ itu pun nak ke darat dgn segala persembahannya, lalu berjalan ke Bukit Siguntang; anak ~ anak raja-raja; bertuan 1. ada tuannya (pemiliknya), mem-punyai penguasa: semua tanah yg dulunya hutan di kawasan itu sekarang sudah ~ dan akan diusahakan; 2. bertindak (bersikap) sbg tuan: semenjak kematian bapanya dia ~ di sini; 3. memanggil atau menyebut tuan (kpd): janganlah ~ lagi kpd saya, panggillah saya ‘abang’ sahaja; bertuankan 1. mempunyai sbg tuan, ber-ketuakan: kalaulah ini benar bermakna bukan sahaja kita masih ~ mereka dr segi teknologi bahkan juga dr segi pengurusan; 2. meng-hamba kpd, menganggap sbg tuan kpd: pd bicara dinda tiada mahu dinda ~ lain drpd Yang Dipertuan; janganlah kita ~ anak raja seorang ini; menuani menguasai, memiliki; menuankan menjadikan tuan, memanggil tuan (kpd orang yg dilawan bercakap): Tuan Bob dituankan oleh orang-orang suruhan­nya, diayahkan oleh peringkat anak-anak; mempertuan, mempertuankan meng­anggap (mengakui) tuan: yg mana baik berkenan ke bawah duli tuanku akan ganti duli tuanku itulah patik sekalian sembah dan pertuan; dipertuan; bangsa yg ~ bangsa yg meng-anggap dirinya lebih tinggi atau mulia drpd bangsa lain; hak yg ~ hak atau kedaulatan ke atas sesuatu daerah (negeri); mempertuani ark menguasai; tuanan bangsawan, ningrat; anak ~ anak tuan-tuan; ketuanan hak menguasai dan memerintah sebuah (negeri, daerah, dll), kedaulatan: utk menjamin ~ politik Melayu, maka dunia politik Melayu harus dirombak; ketuan-tuanan spt seorang tuan (ketua, orang berpangkat, dll): “Saya pegawai Kera­jaan”, Encik Ramli berkata ~; pertuanan 1. golongan orang bangsawan, kaum ningrat: tatkala itu Bendahara pun hendak masuk menghadap baginda diiring-kan oleh segala pegawai dan ~; Dewan P~ dewan yg dianggotai oleh orang bangsawan dlm parlimen Inggeris; 2. kuasa pemerintahan (ke atas negara dll): dgn itu pemerintahan atau ~ Siam di atas kedua-dua negeri itu pun diiktiraf; 3. = hak ~ kedaulatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tuan] | توان

Definisi : 1 panggilan bagi orang lelaki yg berpangkat atau yg patut dihormati: ~ hakim. 2 panggilan bagi wanita bangsawan (spt puteri raja): ~ puteri. 3 kata ganti nama diri bagi orang lelaki atau orang perempuan yg di­lawan bercakap: ~ hendak ke mana? 4 yg empunya; pemilik: Siapa ~ kedai ini? 5 orang tempat seseorang meng­hambakan diri; lw hamba: ~ saya baru saja keluar. ~ rumah a. pemilik rumah. b. orang yg meraikan tetamu. tuan-tuan sekalian orang yg hadir dlm sesuatu keramaian, majlis dll: Saya mengucapkan berbanyak-banyak te­rima kasih atas kerjasama ~. bertuan ada tuannya atau ada pemiliknya; mem­­­punyai penguasa: Rumah ini belum ~ lagi. bertuankan menerima atau mengakui seseorang sbg tuan. menuani berlaku sbg tuan terhadap (sesuatu atau seseorang); menguasai; memiliki. menuankan menjadikan sbg tuan; memanggil tuan kpd orang yg dilawan berbicara. ketuanan hak memerintah; kekuasaan: Kublai Khan mendesak Singhasari menerima ~ Mongol. pertuanan 1 golongan bangsawan. 2 pemerintahan. dipertuan dimuliakan. Yang di-Pertuan Agong ketua negara Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tuan punya: pemilik, empunya, pemunya, majikan, tauke,

2. Bersinonim dengan encik: saudara

Kata Terbitan : bertuankan, menuani, mempertuani, tuanan, ketuanan, pertuanan,

Puisi
 

Semalam ada mimpiku tuan,
     Mimpi kelapa patah tandan;
Semalam ada mimpiku tuan,
     Tuan kuriba sebelah tangan.


Lihat selanjutnya...(671)
Peribahasa

Senjata makan tuan.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu dengan maksud untuk mencelakakan orang tetapi berbalik mengenai diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dispossessedadj telah dirampas harta [sso]: the ~ landowners, tuan-tuan tanah yg telah dirampas harta mereka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
recordI can tell you, off the ~, that the vote was close, saya boleh beritahu tuan-tuan, secara tdk rasmi, bahawa perbezaan undi kecil; on ~, tercatat: it is on ~ that last Monday was the coldest day of the year, tercatat bahawa hari Isnin yg lalu ialah hari yg paling sejuk tahun ini; /get, keep, put, set/ the ~ straight, membetulkan yg tersalah faham;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
centralize, centralisevi berpusat: power ~d in the hands of wealthy landowners, kuasa berpusat pd tuan-tuan tanah yg kaya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
screw6. extort, extract by intimidation (money, property, etc) memeras: landlords, who ~ high rentals out of their tenants, tuan-tuan tanah yg memeras sewa yg tinggi drpd penyewa-penyewa mereka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bear2~ with , bersabar: if you all will ~ with me for a while, I will explain everything, kalau tuan-tuan semua bersabar sebentar, saya akan menjelaskan semuanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
conspirevi 1. plot, berkomplot: they ~d (with the landowners) to overthrow the regime, mereka berkomplot (dgn tuan-tuan punya tanah) utk menggulingkan rejim; to ~ against the government, berkomplot menentang kerajaan; 2. (of events) act together, bergabung: these events seemed to ~ to thwart his plans, peristiwa-peristiwa ini seolah-olah bergabung menggagalkan rancangannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
standcome to a ~, terhenti; make a ~ /against, for/ st, /menentang, mempertahankan/ sst: the peasants made a ~ against the oppressive landowners, petani-petani itu menentang tuan-tuan tanah yg menindas mereka; he should have made a ~ for his principles, dia sepatutnya mempertahankan prinsipnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
walk~ up, a. (imper), (used as an invitation to enter a circus, show, etc) mari: ~ up, ~ up ladies and gentlemen!, mari, mari, tuan-tuan dan puan-puan!; b. approach, /mendekati, menghampiri/: he ~ed up to me and asked me the time, dia mendekati saya utk bertanyakan waktu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tyrannize, tyrannisevt also ~ over, menzalimi: the step mother who ~s the children, ibu tiri yg menzalimi budak-budak itu; the landlords who ~d over the peasants, tuan-tuan tanah yg menzalimi petani-petani.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aristocraticadj 1. of, pertaining, belonging to the aristocracy, (golongan) /bangsawan, aristokrat/: an ~ family, keluarga bangsawan; ~ prejudices, prasangka golongan bangsawan; the so-called ~ group, the landlords, tuan-tuan tanah yg kononnya golongan bangsawan; 2. favouring aristocracy, kebangsawanan: ~ leanings, condong ke arah kebangsawanan; ~ sympathies, bersimpati thdp kebangsawanan; 3. like an aristocrat, spt orang bangsawan; (of person) mempunyai lagak spt orang bangsawan: he has an ~ bearing,dia berpembawaan spt orang bangsawan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas