Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pemilik (kedai, perusahaan, dll): jika kereta yg dipandu itu tidak mempunyai lesen, ~ punya kereta itu akan didakwa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : yg memiliki, pemilik: tolong kembalikan buku ini kpd tuan ~nya; manusia sejati yg ~ segala kemungkinan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tuan punya: pemilik, empunya, pemunya, majikan, tauke,

2. Bersinonim dengan encik: saudara

Kata Terbitan : bertuankan, menuani, mempertuani, tuanan, ketuanan, pertuanan,

Puisi
 

Orang Cina pergi ke China,
     Datang ke China berdagang babi;
Tuan punya saya pun punya,
     Sekerat seorang kita berbahagi.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pindah

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud pindah ialah bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan merugikan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman web DBP.

Makna24.01.2010
Tuan/Puan, Saya ingin bertanya mengenai menterjemahkan satu buku kejuruteraan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Tuan punya buku kejuruteraan tersebut telah setujui dalam penterjemahan ini. Saya ingin mengetahui prosedur yang perlu saya ikuti dan buku ini hanya akan dijual oleh tuannya. Terima Kasih, JohnsonTuan/Puan perlu mendapat izin daripada penerbit karya asal (bahasa Inggeris) buku itu terlebih dahulu sebelum boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu.Lain-lain18.09.2012
Apakah perkataan BM untuk "Proprietary". Contoh: "Proprietary technology", konteks adalah teknologi buatan sendiri/hak milik syarikat. Adakah "proprietari" boleh digunakan dalam BM?

Istilah "proprietary" dalam bahasa Melayu ialah “proprietari” (Perubatan), “tuan punya” (Undang-undang) dan “hak milik” (Kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan Pentadbiran Perniagaan). Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang ilmu. 

Untuk mengetahui ejaan, makna kata atau istilah, pengguna boleh membuat semakan melalui laman sesawang:  www.prpm.dbp.gov.my. 

 



Istilah06.09.2023
Adakah "proprietary technology" dalam BM menjadi "proprietary hak milik sendiri" ? (milik syarikat) contoh ayat: "Repairs using our proprietary technology." menjadi "Pembaikan menggunakan tenologi hak milik sendiri" ?

Istilah "proprietary" dalam bahasa Melayu ialah “proprietari” (Perubatan), “tuan punya” (Undang-undang) dan “hak milik” (Kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan Pentadbiran Perniagaan). 

 

Dalam konteks bidang Pentadbiran Perniagaan, istilah "proprietary technology" dalam bahasa Melayu ialah “teknologi hak milik”. Walau bagaimanapun, padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang ilmu.

 

Untuk mengetahui ejaan, makna kata atau istilah, pengguna boleh membuat semakan melalui laman sesawang:  www.prpm.dbp.gov.my. 
Istilah11.09.2023
Assalamualaikum... Saya ingin mengetahui tentang undang-undang hak cipta, terutamanya yang berkaitan dengan penterjemahan bahan. Terima kasih.

Akta Hak Cipta 1987 melindungi sesuatu karya daripada sebarang pengeluaran semula dalam apa bentuk atau versi sekalipun. Ini bermakna sebarang pengeluaran semula (termasuklah penterjemahan bahan tersebut) perlulah mendapat keizinan daripada tuan punya hak cipta karya tersebut terlebih dahulu sebelum sesuatu karya itu boleh diterjemah untuk apa tujuan sekalipun. Terima kasih.

Lain-lain11.11.2009
APAKAH DEFINISI BAGI DIALOG DALAM TULISAN, DIALOG RASMI, DIALOG TIDAK RASMI, DIALOG BAKU DAN DIALOG KOLOKIAL

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dialog bermaksud: 1. kata-kata yg dituturkan oleh watak-watak dlm drama atau fiksyen: pengucapan ~ sesetengah pelakonnya masih lemah; 2. karya sastera dlm bentuk perbualan; 3. perbincangan atau perundingan antara dua pihak yg bertelingkah kepentingannya: satu majlis ~ diadakan antara penduduk kam­pung dgn wakil rakyat mereka; kami mengadakan ~ dgn pengusaha hotel, pe­mandu-pemandu teksi, malah tuan-tuan punya kedai emas juga; berdialog mengadakan dialog, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka: mereka ~ dgn wakil-wakil dr Kementerian Perdagangan mengenai masalah harga minyak petrol. Dalam konteks soalan yang dikemukakan, dialog dalam tulisan bermaksud tulisan yang berkaitan dengan perbualan atau percakapan yang ditulis dalam skrip, novel dan cerpen. Dialog rasmi ialah perbincangan atau perundingan rasmi antara dua pihak  yang berkisar hal-hal rasmi. Dialog tidak rasmi: perbincangan atau perundingan  tidak rasmi yang berkisar pada perkara-perkara tidak rasmi   seperti perbualan di warung, kedai kopi dll. Dialog baku: perbualan atau percakapan yang menggunakan sebutan yang betul mengikut sistem tatabahasa yang betul. Dialog kolokial: perbualan/percakapan yang menggunakan laras bahasa basahan/bahasa pasar/slanga/bahasa daerah.  

Tatabahasa28.09.2010
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.. saya ada beberapa persoalan.. perkataan "mempunyai" boleh dinilai sebagai imbuhan apitan atau tidak? atau ada pengeculian pada imbuhan "mem" dan "i"? jika boleh, adakah perkataan "punya" merupakan perkataan yang boleh digunakan dalam penulisan?Kata mempunyai terhasil daripada apitan meN_i dengan kata dasar punya. Kata punya boleh digunakan dalam konteks yang sesuai dengan makna dan fungsinya. Contoh, Baju itu tuan punya.Tatabahasa13.11.2020
kata pemeri apakah yang paling sesuai untuk ayat berikut... Rumah agam itu ________ kepunyaan Tuan Mansor. Perkataan 'punya' tergolong dalam kata nama atau kata adjektif atau lain-lain ? sila jelaskan.Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.  Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Walau bagaimanapun, penggunaan kata pemeri amat terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. 'Kepunyaan' ialah kata nama dan 'punya' ialah kata kerja. Kata pemeri ialah tidak diperlukan dalam ayat yang diberikan.Tatabahasa29.05.2011
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang penghasilan manuskrip. 1.Apakah yang perlu ada dalam sesebuah manuskrip yang ingin dihantar dan bagaimanakah untuk mendapatkan lampiran yang pihak DBP kehendaki? 2. Jika karya dalam manuskrip yang ingin dihantar pernah disiarkan, adakah saya perlu sertakan kredit (di mana karya itu pernah disiarkan) dan adakah untuk menerbitkannya saya perlu mendapatkan kebenaran penerbit asal? 3. Jika perlu disertakan kredit, bagaimana pula dengan karya saya yang pernah tersiar dalam sisipan Tunas Cipta dalam Dewan Sastera? Adakah saya perlu menyertakan kredit Dewan Sastera atau Tunas Cipta? 4. Bagaimana pula dengan karya siber yang ingin dihantar sebagai manuskrip, adakah perlukan sumber? Diharap soalan-soalan ini dapat dijawab kerana saya sedikit jahil tentang penyediaan manuskrip. Wassalam.

Persoalan sdr. adalah tentang harta intelek dan penghasilan sesebuah karya. Dalam harta intelek, ada disebut idea dan pernyataan idea. Idea boleh diambil daripada mana-mana sumber, tetapi pernyataan idea seperti sesebuah karya orang lain, tidak boleh ditiru kerana dilindungi oleh undang-undang hak cipta.

 Sesebuah manuskrip adalah pernyataan idea, dan pernyataan idea ini mestilah lahir daripada pengarang itu sendiri, bukan dicedok daripada mana-mana karya orang lain.

Tentang karya sendiri yang pernah terbit, tidak perlulah dinyatakan sumbernya kerana itu karya sendiri, bukan karya orang lain.

Tentang kredit atau penghargaan kepada pengarang yang karyanya diambil, itu hanyalah setakat pemakluman, tetapi bukan remedi terhadap pelanggaran undang-undang hak cipta.

Karya yang pernah tersiar dalam Internet pasti ada penulisnya, dan penulis itulah tuan punya hak ciptanya. Karya sedemikian adala seperti karya-karya lain, dilindungi oleh undang-undang harta intelek.

Lain-lain08.11.2008
Dalam karangan autobiografi, bolehkah kita sebut tuan aku menjadi tuanku? Terima kasih.Sila kenal pasti maksud "tuan aku" dalam konteks tersebut. Tuan ialah orang tempat menghambakan diri atau punya pemilik, manakala "tuanku" ialah tuan yang mulia (dalam percakapan dgn raja).Tatabahasa22.10.2014
12

Kembali ke atas