Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pemilik tanah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tuan punya: pemilik, empunya, pemunya, majikan, tauke,

2. Bersinonim dengan encik: saudara

Kata Terbitan : bertuankan, menuani, mempertuani, tuanan, ketuanan, pertuanan,

Puisi
 

Hujan ribut mencuci kain,
     Belum kering bertolak ke tanah;
Bila tuan sedang bermain,
     Kamilah pula kena fitnah


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

PantunSumberTema
Saya berkuda tuan berkuda, Sama berjalan di tanah rata; Tuan mengenang saya bercinta, Sama-sama menahan rasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bila bulan tidak bercahaya, Manakan ada orang ke tanah; Apabila tuan tidak percaya, Manakan hamba datang ke rumah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hujan ribut mencuci kain, Belum kering bertolak ke tanah; Bila tuan sedang bermain, Kamilah pula kena fitnahKurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rebah jatuh ke tanah merah, Kerana terhempas pada tanah; Inikan pula daging darah, Menjemput tuan naik ke rumah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kata tuan gula kundur, Tumpah tanah di atas papan; Lepas lari jangan undur, Tumpah darah di hadapan.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Merambat di tanah merah, Terambat pula ikan putihan; Tuan melihat buah rasau merah, Ketinggalan juga buah durian.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kerana terhempas padanya tanah, Lalu terhempas padanya pagar; Tuan dijemput naik ke rumah, Serta pula duduknya ke tikar.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pajak tanah di tepi gunung, Pukul rebana awan berarak; Sejak tadi tuan termenung, Cangkul di tangan tidak bergerak.Pantun Melayu SarawakNasihat
Pulau Pinang tanah seberang, Selat Melaka jadi sempadan; Kalau dikenang tuan seorang, Mungkin celaka nasib badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tuan menggulai belut, Menggulai mari dengan pengatan; Kalau hati sudah susut, Tanah di Benut kutinggalkan.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
12

Kembali ke atas