Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tuan.ku] | توانکو

Definisi : tuan yg mulia (dlm percakapan dgn raja): tersebutlah konon sebuah negeri ber-nama Bandar Muar, rajanya bernama T~ Gombong Malim Dewa; baiklah ~ tiada lama patik pergi; ~ laras Mn kepala daerah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tuan.ku] | توانکو

Definisi : yg mulia (digunakan apabila bercakap dgn raja); kata ganti nama diri kedua bagi raja atau sultan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuanku

Puisi
 

Asah kapak tajam beliung,
     Tebang mari kayu berduri;
Tuanku umpama kemuncak payung,
     Patik di bawah berteduh diri.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kepada yang arif, Pertanyaan saya ialah: Bolehkah "tuanku" dirujukkan sebagai "tuan aku"? Aku sebatang pen, tuanku sayang akan aku. Betulkah penggunaan tuanku dalam ayat ini? Jika tuanku digunakan sebagai gelaran kepada raja, perlukah ditulis dengan huruf besar "Tuanku"? Terima kasih Yang benar, LauPerkataan tuanku boleh bermaksud tuan aku atau dipendekkan menjadi tuanku (tuan + ku). Tuanku dalam percakapan rakyat/hamba dengan raja ditulis dengan huruf besar.Tatabahasa03.04.2012
Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang kata ganti diri nama untuk tuanku, adakah tuanku hanya digunakan untuk raja? Bagaimana pula dengan putera? Contohnya, jika pembantu bercakap dengan putera, kata ganti nama diri adalah patik dan tuanku? Jika raja dan putera terlibat dalam perbualan, maka apakah kata ganti diri nama untuk membezakan kedua-duanya? Terima kasih.

Apabila Tuanku berdialog dengan anaknya, kata ganti diri untuk keluarga diraja biasanya menggunakan  sapaan anakanda  dan ayahanda.  Manakala kata ganti diri raja dan putera raja ketika berdialog dengan pembantu  ialah beta dan pembantu pula menggunakan kata ganti diri patik.

Istilah21.08.2017
Dalam jenis karangan autobiografi, bolehkah tuan aku diringkaskan menjadi tuanku.Contohnya, Tuanku menjaga aku dengan kasih sayang. Terima kasihUntuk makluman, tuan aku tidak boleh diringkaskan kepada tuanku kerana bermaksud tuan yang mulia (dalam percakapan dengan raja).Tatabahasa14.03.2017
Saya ingin bertanya tentang beberapa perkara: 1. Penggunaan 'almarhum' yang tepat Contoh: Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman atau al-marhum Tuanku Jaafar ibni al-marhum Tuanku Abdul Rahman 2. Penggunaan koma atau "spacing" untuk nombor Contoh: 2 000 atau 2,000 dan adakah ia sama sama ada untuk penggunaan harga atau jumlah orang? 3. penggunaan huruf besar untuk kata hubung Contoh: Senarai Negeri Yang Pernah menjadi Tuan Rumah Untuk Sukan Malaysia atau Senarai Negeri yang Pernah menjadi Tuan Rumah untuk Sukan Malaysia? Adakah penggunaan yang perta(huruf besar untuk awalan kata hubung dibenarkan di dalam penulisan?) Sekian sahaja soalan saya untuk kali ini. Terima kasih.

1. Ejaan yang betul ialah "Almarhum"

2. Kedua-duanya dibenarkan.

3. Awalan kata sendi nama hendaklah ditulis dengan huruf kecil, contohnya Senarai Negeri yang Pernah Menjadi Tuan Rumah untuk Sukan Malaysia.

 

Tatabahasa15.11.2011
Perkataan "Tuanku" adalah sesuai digunakan dalam karangan autobiografi? Contohnya, Aku sebuah computer riba. Tuanku menjaga aku dengan baik. "Tuanku" dalam ayat itu adakah betul? atau perkataan ini mesti dipisahkan menjadi "tuan aku"?Tuanku digunakan apabila kita bercakap dengan raja/sultan. Dalam konteks yang diceritakan, penggunaan yang betul ialah "tuan aku".Tatabahasa28.02.2014
Salam sejahtera, Ayat yang mana satu betul penggunaan tanda bacanya ? 1. Ampun tuanku. 2. Ampun, tuanku. Sekian, terima kasih.Contoh penulisan yang ada ialah "ampun tuanku".Tatabahasa25.02.2016
Salam sejahtera, Tuan. 1. Apakah perbezaan antara rama-rama dan kupu-kupu? 2. Serangga yg berwarna-warni hinggap pada bunga itu dipanggil rama-rama @ kupu-kupu? 3. catur Cina @ catur cina? Huruf c bagi perkataan "cina" sepatutnya huruf besar @ kecil? 4. Ampun, tuanku. Patik akan menurut perintah tuanku. @ Ampun tuanku. Patik akan menurut perintah tuanku. ( selepas perkataan ampun sepatutnya letakkan tanda koma atau tidak) Terima kasih atas penjelasan Tuan.1. Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, rama-rama ialah serangga bersayap empat yang lebih banyak terbang pada waktu malam dan tertarik pada cahaya, dan warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk daripada badan kupu-kupu. Kupu-kupu ialah serangga yang mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. 

2. Dalam konteks ini, nama yang lebih tepat ialah kupu-kupu.

3. Cina perlu dieja dengan huruf besar.

4. Ayat yang betul ialah: Ampun tuanku, patik akan menurut perintah tuanku. (koma selepas tuanku dan tidak perlu noktah)
Tatabahasa29.08.2020
salam sejahtera, sila beri tunjuk ajar berkenaan soalan di bawah, "........ berkenan menerima Datuk menghadap," kata pegawai istana itu kepada Datuk Temenggung. jawapannya, A. Patik B. Tuanku C. Beta D. Beliau jawapan yang diberi ialah B. Tuanku tetapi, mengikut definasi Kamus Dewan, tuanku bermaksud, " yang mulia (digunakan apabila bercakap dgn raja); kata ganti diri kedua bagi raja atau sultan." Pada pendapat saya, kata ganti diri ketiga patut diguna, yakni Baginda"Tuanku berkenan menerima Datuk menghadap," kata pegawai istana itu kepada Datuk Temenggung kerana tuanku ialah kata ganti nama diri ketiga dalam ayat tersebut. Pegawai istana - kata ganti nama diri pertama, Temenggung - kata ganti nama diri kedua dan Tuanku - kata ganti nama diri ketiga.Tatabahasa21.09.2012
1) kata ganti nama diri ringkas "ku" boleh digunakan di awal dan akhir perkataan. Contoh: Kubaca Ibuku Soalan saya: Bolehkah perkataan tuan aku menjadi tuanku dalam ayat?Tidakkah penggunaannya mengelirukan kita?Seperti kita ketahui tuanku ialah gelaran untuk raja.Tuanku bermaksud tuan yg mulia (dalam percakapan dengan raja), oleh itu kita tidak menggunakan tuanku untuk yang selain daripada raja dan boleh digantikan dengan majikanku, pegawaiku dan sebagainya.Tatabahasa20.12.2008
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera, Mohon pengesahan ejaan yang betul bagi ayat berikut: Dewan Agong Tuanku Canselor atau Dewan Agung Tuanku Canselor. Mohon penjelasan mengenai penggunaan 'Agong' dan 'Agung'. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Dewan Agung Tuanku Canselor, Agong khusus kepada Yang di-Pertuan Agong.Tatabahasa09.10.2012
123456789

Kembali ke atas