Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.buh] | توبوه

Definisi : 1. = ~ badan keseluruhan jasad manusia atau binatang yg kelihatan (terdiri drpd kepala, badan dan anggota): makanan yg banyak mengandungi zat perlu utk membina dan menjaga kesihatan ~; direbahkan ~nya; bekas ~ pakaian yg sudah dipakai; 2. badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota): peluru itu kena ~nya terus ke jantung; ber­peluk (memeluk) ~; batang ~ a) = tubuh badan keseluruhan jasad; b) badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota); c) diri (sendiri); 3. = batang ~ diri (sendiri), peribadi; tuan ~ tuan sendiri (bukan wakil dll); 4. baha­gian sesuatu yg terpenting, awak: ~ perahu; ~ kapal terbang; 5. ark = pertubuhan; 6. jisim, jasad benda; ~ halus roh, jiwa (lwn jasad); ~ kasar jasad; tolak tangan berayun kaki peluk ~ mengajar diri prb membuang kehidupan yg senang-lenang; setubuh 1. satu badan, sebadan; 2. ark se-cocok, sejodoh benar, seia sekata; 3. = persetubuhan seketiduran, jimak, sanggama; bersetubuh melakukan perhubungan jenis, berjimak, bersanggama, berseketiduran; menyetubuhi melakukan perhubungan jenis (hubungan seks) dgn, menjimak, meniduri; bertubuh bp berbadan sihat, gemuk, tambun: anak dia itu ~ benar; menubuhkan 1. mendirikan (persatuan dll), membentuk (jawatankuasa, badan, dll): beliau berazam hendak ~ sebuah Bank Rakyat pd tahun hadapan; 2. mewujudkan, mengada­kan, menjelmakan, menyatukan (dgn): bagi keperluan mereka yg tidak mampu membeli buku saya mengesyorkan kerajaan ~ per­pustakaan di kampung-kampung dan di pekan-pekan kecil; tertubuh sudah ditubuh­kan (diwujudkan dll), terwujud, terbentuk: dgn ~nya Universiti Kebangsaan maka kesem­patan utk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih luas kpd rakyat bumiputera; pertubuhan badan yg ditubuhkan utk me­nger­jakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan: P~ Bangsa-Bangsa Bersatu badan antara­bangsa yg bertujuan menegakkan keamanan dan keselamatan dunia; ~ bukan kerajaan badan atau pertubuhan sukarela yg bergiat dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsinya yg tertentu; ~ sukarela pertubuhan yg diwujudkan dgn kehendak atau kerelaan anggota-anggotanya utk berkhidmat kpd masyarakat (bukan kerana mata pencarian atau utk memperoleh keuntungan dsb); penubuhan perihal menubuhkan (syarikat, persatuan, dll): ~ syarikat ini memberi peluang kpd orang Melayu utk memiliki rumah sendiri melalui syarikat ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.buh] | توبوه

Definisi : 1 = ~ badan seluruh jasad manusia atau binatang (terdiri drpd kepala, badan dan anggota-anggota lain): ~nya besar dan tegap. 2 badan saja (tidak termasuk kepala dan anggota lain). 3 bahagian drpd sesuatu yg terpenting: ~ kapal. ~ halus roh atau jiwa bagi seseorang yg hidup. ~ kasar jasad. bertubuh 1 mempunyai tubuh; berbadan: ~ tegap; ~ kecil. 2 sihat serta segar badannya; subur: Bayi yg ~ itu memenangi peraduan kanak-kanak sihat. menubuhkan 1 men­­­­­­­dirikan se­­suatu per­satuan dll; mem­bentuk (jawatankuasa dll): Mereka telah ~ pasukan penentang Jepun secara sulit. 2 mengadakan; membina: Kerajaan telah ~ balai raya di kampung-kampung. tertubuh sudah ditubuhkan: Hu­bung­an ekonomi antara Malaysia dgn negara-negara Islam dikukuhkan dgn ~nya Bank Pembangunan Islam. pertubuhan badan yg ditubuhkan utk mengerjakan (menjalankan) sesuatu; persatuan: ~ peniaga-peniaga Melayu. ~ bukan kerajaan badan atau pertubuhan sukarela yg bergerak dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsi­nya yg tertentu. penubuhan perbuatan atau hal menubuhkan sesuatu (persatuan, syarikat dll): ~ persatuan murid tua itu telah dirasmikan. setubuh; ber­setubuh bersatu tubuh dgn; melakukan hubungan jenis; berjimak; berseketiduran. menye­tubuhi ber­setubuh dgn; meniduri. persetubuhan perbuatan atau hal ber­setubuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tubuh (kata nama)
Bersinonim dengan badan, jasad, jasmani, jisim, diri, rangka, bentuk, sarira;,
Kata Terbitan : bersetubuh, menyetubuhi, persetubuhan, bertubuh, menubuhkan, tertubuh, pertubuhan, penubuhan,

Puisi
 

Tubuh lengkung gelegak lengkung,
     Tanam lada di busut tinggi;
Riuh sekampung gelak sekampung,
     Sementara ada saya di sini.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Sejiwa dua tubuh.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, d. Selauk senasi, e. Seperti dua senyawa, f. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(21)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
appalledadj 1. horrified, (berasa) gerun; (by brutality, gruesome sight), (berasa) ngeri: she stood ~ when she saw how high up we were, dia berdiri gerun melihat betapa tinggi kami berada; they were ~ at the sight of the mutilated bodies, mereka berasa ngeri melihat tubuh-tubuh yg telah dicencang-cencang itu; 2. shocked, terkejut, terperanjat: I was quite ~ to hear that he had been sacked, saya agak terkejut mendengar (bahawa) dia telah dibuang kerja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slightness n quality of being slender and delicate, (tubuh badan yg) kurus dan kecil: he found his ~ an advantage in acrobatics, dia mendapati tubuh badannya yg kurus dan kecil itu sesuai bagi akrobatik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
figure6.a. person vaguely discerned, susuk tubuh, lembaga: he could see two dark ~s standing near the wall, dia dapat melihat dua susuk tubuh hitam yg berdiri dekat tembok itu; b. person of particular shape, (orang yg) berbadan [adj], (orang yg) /bentuk, susuk/ /badannya, tubuhnya/ [adj]: John Doraisamy was a lean ~ of a man with grey hair, John Doraisamy lelaki yg berbadan langsing or bentuk badannya langsing dan rambutnya beruban; 7.a. personality, tokoh: the great ~s in politics, tokoh-tokoh besar dlm politik; a public ~, tokoh masyarakat; b. person fulfilling role mentioned, tokoh: the ageing king became the father ~ for his people, raja yg semakin tua itu menjadi tokoh bapa kpd rakyatnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stand ~ by, a. observe without doing anything to help, berpeluk tubuh: you surely are not going to ~ by and watch a man being beaten up, takkanlah kamu sanggup berpeluk tubuh dan melihat sahaja orang dipukul;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
anatomyn 1. (the science) anatomi; 2. bodily structure of (part of) organism, anatomi; 3. dissection, pembedahan; 4. detailed analysis, penganalisisan: the ~ of a murder, penganalisisan suatu pembunuhan; 5. (humorous) human body, tubuh, badan, tubuh badan: the female ~, tubuh badan wanita.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
physiquen susuk /tubuh, badan/: he has an athlete’s ~, susuk badannya spt susuk badan atlit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clean-limbedadj /bersusuk badan, mempunyai bangun tubuh/ yg kemas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
step ~ped back in shock, apabila ternampak sekujur tubuh itu, dia terundur ke belakang krn begitu terkejut; b. stop a while to assess a situation, menilai sejenak:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ganglingadj kurus melempai: a ~ figure, tubuh yg kurus melempai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frame3. human or animal body, tubuh, badan: a man of stalwart ~, lelaki yg tubuhnya tegap; her whole ~ shook with sobs, seluruh tubuhnya bergegar krn menangis teresak-esak; 4. system, rangka: the ~ of government, rangka kerajaan; 5. (cinemat) gambar; 6. (snooker) pusingan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas