Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.ding] | توديڠ

Definisi : 1. tidak mendatar atau lurus tegak (menikam, menombak, dll), senget ke bawah, condong, miring; 2. meruncing dan tajam, lancip (bentuk mata pisau, mata pedang, dll); tubing I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ding] | توديڠ

Definisi : Jw tunjuk, penunjuk; menuding 1. menunjuk ke sesuatu arah (dgn jari telunjuk, tongkat, dll): telunjuk ibu tua itu ~ ke puncak tugu; 2. menuduh: mereka akan ~ tuan sbg orang yg bertanggungjawab atas pembunuhan itu; menudingkan menunjukkan sesuatu ke arah: isterinya ~ jarinya ke arah seluar yg ter­gantung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ding] | توديڠ

Definisi : ; menuding 1 menunjuk dgn hujung jari telunjuk (dgn tongkat dsb): Dia ~ ke arah tempat kemalangan itu. 2 menuduh dsb. menudingkan mengarahkan (jari dsb ke): Dia ~ ibu jarinya utk menunjuk sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuding (adjektif)
1. Bersinonim dengan condong: miring, senget, tubing,
Berantonim dengan tegak

2. Bersinonim dengan runcing: lancip, tirus, rancap, rancung,
Berantonim dengan pepat.



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian mengenai penggunaan kata " dan kemudian" yang merujuk kepada "and then", adakah penggunaan "dan kemudian" bersifat lewah dan penggunaan "kemudian" sudah memadai untuk merujuk "and then"? Saya juga ingin mengetahui tentang penggunaan tanda baca koma "," sebelum perkataan "kemudian", adakah penggunaan tanda baca ini perlu? Contohnya: Tuding ke sudut bawah kiri skrin, gerakkan stilus ke imej buku, kemudian ketik imej tersebut. atau Tuding ke sudut bawah kiri skrin, gerakkan stilus ke imej buku kemudian ketik imej tersebut. Harap pihak anda dapat membantu. Terima kasihFrasa and then diterjemahkan kepada kemudian. Dalam hal ini perlu juga melihat fungsi kata hubung "dan" di dalam konteks tersebut. Kata hubung "dan" merangkaikan unsur yang sama tara sifatnya. Adakah unsur yang sama antara kemudian dengan kata sebelumnya?
Tanda koma sebelum kemudian boleh diletak ataupun ditiadakan.
Tatabahasa29.05.2015

Kembali ke atas