Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.ja.han] | توجهن

Definisi : hasil menujah, tusukan: harimau itu langsung tidak menghiraukan ~ lidi sum-pitan yg bertali arus memacak pd tubuhnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ja.han] | توجهن

Definisi : tusuk­an dgn benda tajam spt lembing, tom­bak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tujahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Says terjumpa rangkaian kata 'bidang tujahan pertahanan dan keselamatan' dalam majalah Dewan Masyarakat edisi Julai 2015 di muka Surat 11. Setelah merujuk kamus dewan saya dapati ada ketidaksesuaian penggunaan perkataan ' tujahan'. Apakah sebenarnya maksud perkataan ini? Terima kasih.Bidang tujahan ialah bidang kepakaran utama atau bidang pengkhususan. Kata bahasa Inggeris yang sama erti ialah "niche" atau dalam konteks semasa selalu dituliskan sebagai "niche area".Penyemakan dan penterjemahan14.07.2015
Saya ingin bertanya mengenai perbezaan atau persamaan istilah "strategic thrust", "core strategy", "teras strategik" dan "tujahan strategik".

Berdasarkan rujukan kami, terdapat istilah strategic thrust yang dipadankan sebagai asakan strategik. Untuk maklumat istilah yang lain, sila rujuk kepada pihak yang lebih arif atau bidang yang berkaitan.

Istilah18.05.2022
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai daftar kata berikut untuk diterjemahkan ke dalam Bahawa Malaysia: 1. Managerialist contoh ayat: Selain itu, perdebatan tentang pengurusan kes secara amnya dalam bidang kerja sosial berpegang kepada ideologi managerialist 2. Sanction Contoh Ayat: Rajah 2.6. menerangkan Model Praktis Profesion Kerja Sosial. Siporin (1975) mendefinisikan praktis kerja sosial sebagai kumpulan nilai, tujuan, persetujuan(sanction), pengetahuan dan kaedah. 3. Burnout Contoh Ayat: Pekerja kes kanak-kanak memang mengalami tekanan dan burnout akibat pertambahan kes kanak-kanak berdasarkan hasil kajian penyelidik terdahulu 4. Deinstitutionalize 5. Residual Approach 6. Egalitarian 7. Niche Sekian, terima kasih atas kerjasama dan bantuan. SOPIAN 0194892464Cadangan terjemahan kami adalah seperti yang berikut:
1. managerialist - tatacara pengurusan.
2. sanction - isbat.
3. burnout - tekanan luar biasa.
4. Deinstitutionalize - pembebasan.
5. residual approach - *konsep perkataan ini tidak dijelaskan. Cadangan umum kami ialah pendekatan sisa/baki.
6. egalitarian - egalitarian.
7. niche - tujahan.
Penyemakan dan penterjemahan27.11.2015

Kembali ke atas