Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuk

Puisi
 

Tetak tebu betung,
     Sandar pokokinai;
Selawat gajah Tuk Dong,
     Saya nampak Tuk Nai.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Zaman puntung berasap.

Bermaksud :

Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Zaman Tuk Nadur berkajang kain).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TUK MINDUK BUDAYAJawatan/Gelaran
TUK KU PALUHTUK KU PALUH (1817-1917), ulama.  Dia dipercayai lahir pada tahun 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu.  Nama sebenarnya ialah Sayid Abdul Rahman bin Sayid Muhammad.  Bapanya Sayid Muhammad bin Zainal Abidin al-Idrus yang lebih dikenali dengan panggilan Tuk Ku Tuan Besar adalah generasi kedua daripada keturunan al-Idrus di Terengganu, yang dipercayai berasal dari Hadramaut.  Tuk Ku Paluh adalah anak kedua daripada lima orang adik-beradik seibu sebapa.  Pada awalnya Tuk Ku Paluh mendapat pendidikan daripada bapanya.  Dia juga telah berguru dengan Haji Wan Abdullah bin Mohd. Amin atau Tuk Syekh Duyung, ulama yang menjadi mufti Baginda Omar.  Setelah dewasa, Tuk Ku Paluh meneruskan pengajiannya di Makkah dengan mendalami ilmu tafsir, hadis, tauhid dan tasawuf.  SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUK SYEKH BUKIT BAYASTUK SYEKH BUKIT BAYAS ( ?  -1864), ulama.  Nama sebenarnya ialah Wan Abdul Kadir bin Wan Abdul Rahim.  Dia juga dikenal dengan panggilan Syekh Abdul Kadir Bukit Bayas.  Tuk Syekh Bukit Bayas berasal dari Patani.  Dia berhijrah ke Terengganu bersama-sama rombongan Tuk Syekh Qadhi yang mengundurkan diri dari Patani berikutan serangan Siam yang menakluki kerajaan Islam Patani pada tahun 1832.  Tuk Syekh Bukit Bayas adalah saudara Tuk Syekh Qadhi.  Dia juga adalah keturunan daripada Faqih Ali Malbari, putera Raja Bugis yang mengembara menuntut ilmu sampai ke Malabar, India.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUK SELAMPITTUK SELAMPIT, tukang cerita atau penglipur lara di Kelantan.  Di tempat-tempat tertentu ia dikenal juga dengan panggilan raja dera, kerana kebanyakan tuk selampit gemar membawa cerita sedih tentang seorang raja yang didera.  Cerita yang disampaikan oleh tuk selampit kadangkala merupakan adunan cerita makyung dan menora.  Ada juga cerita yang dipetik daripada main peteri.  Malah penceritaan tuk selampit memperlihatkan gaya yang merupakan campuran gaya penyampaian makyung, menora, wayang kulit dan main peteri.  Hal ini tidak dapat dielak memandangkan semua seni pentas tradisi ini berasal dari kawasan yang sama dan berkembang.BUDAYAJawatan/Gelaran
TUK PULAU UBITUK PULAU UBI (1881-1955), ulama.  Dia lahir di Kampung Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Haji Yusof bin Abdul Rahman bin Abdul Ghani.  Dia digelar Tuk Pulau Ubi sempena nama pondoknya di Pulau Ubi, dekat Geting, Tumpat.  Di samping mendapat asuhan dan didikan daripada keluarganya, dia belajar di pondok Haji Abdul Malek, seorang tuk guru ternama di Kelantan pada suku terakhir abad ke-19, yang kebetulan membuka pondok di kampungnya.  Selepas itu, Tuk Pulau Ubi belajar di Patani dengan Haji Abdul Latiff, sepupu bapanya yang kemudian menghantarnya ke Makkah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUK BACHOKTUK BACHOK (1868-1953), ulama dan pendakwah.  Dia lahir di Kampung Tuk Burung, Bachok, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Haji Othman bin Haji Muhammad bin Haji Abdul Wahab.  Dia menerima pendidikan awal daripada ayahnya.  Sewaktu umurnya meningkat belasan tahun, dia dihantar belajar di Kota Baharu, berguru kepada Pak Cik Musa dan Haji Daud Husin Kampung Menuang (Haji Daud Kechik).  Selepas beberapa tahun di Kota Baharu, dia menyambung pengajian agamanya di Pondok Kuala Bekah, Patani.  Semasa di sini, dia bertemu dan bersahabat dengan Tuk Selehor yang kemudiannya menjadi ulama terkenal.  Guru mereka di pondok ini bernama Haji Abdul Rashid.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUK SYEKH DUYUNGTUK SYEKH DUYUNG (1802-1889), ulama.  Dia lahir di Patani.  Nama sebenarnya ialah Haji Wan Abdullah bin Haji Mohamad Amin.  Tuk Syekh Duyung adalah daripada keluarga ulama.  Bapanya terkenal dengan gelaran Tuk Syekh Qadhi, seorang ulama dan pemimpin masyarakat.  Dia berketurunan Faqih Ali Malbari, putera raja Bugis yang mendapat pendidikan Islam di Malabar, India dan kemudiannya menetap di Patani.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUK BAGIH

TUK BAGIH, orang yang memainkan peranan penting dalam upacara bagih.  Tuk bagih biasanya terdiri daripada seorang lelaki yang berusia sekitar 50-an atau 60-an.  Tuk bagih mewarisi ilmu bagihnya daripada keluarga.  Ilmu bagih tidak diajar atau diturunkan kepada sembarang orang, kecuali ahli keluarga yang didapati layak dan sesuai mengamalkan ilmu tersebut.  Tuk bagih juga terdiri daripada orang kampung yang berpendapatan rendah dan tidak berpelajaran kecuali sekadar tahu menulis dan membaca, malah terdapat tuk bagih yang buta huruf.

BUDAYAJawatan/Gelaran
TUK PULAI CHONDONGTUK PULAI CHONDONG (1792-1874), ulama.  Dia lahir di Kampung Bukit, Pulai Chondong, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Syekh Haji Abdush Shamad bin Haji Abdullah bin Imam Bira Patani.  Tuk Pulai Chondong merupakan saudara dua pupu Syekh Daud bin Abdullah al-Fatani.  Ayahnya Faqih Haji Abdullah bin Imam Haji Hasyim adalah imam di Kampung Bukit Pulai Chondong.  Dia belajar di Pulai Chondong serta tempat lain di Kelantan dan sekali-sekala belajar di Patani.  Ayahnya adalah ulama yang pakar dalam ilmu fikah, demikian juga dua orang saudara ayahnya iaitu Faqih Deramat dan Faqih Ali merupakan tokoh agama yang terkenal.  Datuknya, Imam Haji Hashim merupakan pakar dalam bidang ilmu saraf, sehingga dia bergelar Tuk Saraf.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUK PETERITUK PETERI, orang yang memainkan peranan penting dalam upacara main peteri.  Tuk peteri menjadi ketua dalam kumpulan yang terdiri daripada empat hingga lapan orang.  Biasanya tuk peteri terdiri daripada seorang lelaki yang berusia 50 tahun ke atas.BUDAYAJawatan/Gelaran
1234

Kembali ke atas