Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) = ~ punggung Id = ~ ula-ula tulang yg beruas-ruas dr tengkuk hingga ke punggung; b) ki orang atau sesuatu yg menjadi sumber atau pusat kekuatan atau tenaga (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dll); c) bahagian jilidan buku yg kelihatan apabila buku disusun di rak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. tulang yg beruas-ruas dr tengkuk hingga ke punggung. b. ki sesuatu yg menjadi pusat kekuatan atau pusat tenaga dlm sesuatu kumpulan dsb. c. ki seseorang yg sangat diharapkan dlm sesuatu kumpulan dll. ~ (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulang (kata nama)
1. Bersinonim dengan rangka: kerangka

2. Bersinonim dengan urat: bingkai, bagah,

Kata Terbitan : bertulang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAKIT BELAKANG

Sakit belakang ialah kesakitan yang berlaku

di bahagian tulang belakang. Ia merupakan

gangguan biasa yang paling kerap menjejaskan

bahagian belakang sebelah bawah tetapi boleh

melibatkan mana-mana terus tulang belakang.

UMUM 
SKOLIOSIS

Skoliosis ialah lengkung ke sisi yang berlaku

pada tulang belakang. Dalam kebanyakan kes,

keadaan ini begitu ketara ketika remaja ataupun

ketika masih kanak-kanak lagi. Skoliosis lebih

banyak menjejaskan kanak-kanak perempuan

daripada laki-laki, tetapi para doktor belum dapat

menjelaskan sebabnya. Kes yang sudah teruk boleh

menyebabkan kecacatan bentuk yang parah yang

boleh mengganggu perjalanan jantung, paru-paru,

dan sistem saraf. Kecacatan bentuk yang sedemikian

boleh juga membawa kepada masalah psikologi.

Para doktor masih belum dapat mengetahui

puncanya yang menyebabkan kebanyakan kes

skoliosis ini, walaupun ada sesetengahnya

berpunca daripada penyakit otot atau kecacatan

sejak lahir.

UMUM 
PUNDI HEMPEDU

Pundi hempedu ialah kantung kecil yang

menyimpan hempedu. Sebilangan besar haiwan

yang mempunyai tulang belakang, mempunyai

pundi hempedu. Pundi hempedu bagi manusia

ialah kantung berbentuk buah pear yang terletak di

sebelah bawah bahagian kanan hati. Pundi

hempedu boleh menampung kira-kira 45 milimeter

hempedu pada suatu ketika . Pangkal pundi

hempedu disambungkan melalui sebuah tiub yang

dinamakan duktus sistik , yang memasuki duktus

hepatik dari hati. Kedua-dua tiub ini membentuk

duktus hempedu .

UMUM 
SENDI SAKROILIAK

Sendi sakroiliak menyambungkan tulang

belakang dengan pelvis. Tulang sakrum

berbentuk V berdekatan dengan bahagian bawah

tulang belakang muat seperti baji di antara kepak

lebat tulang ilium (tulang pinggul). Ligamen dan

plat daripada rawan menyambungkan tulang-

tulang tersebut. Keradangan atau ketegangan

pada sendi sering menyebabkan kesakitan di

belakang bahagian bawah belakang.

UMUM 
SEMBELITSembelit ialah keadaan apabila usus tidak

membuang bahan sisa semudah biasa.

Orang yang sembelit tidak dapat membuang air

besar dengan teratur, dan mungkin berasa sakit

atau usus besarnya lemah. Mereka mungkin

berasa pening kepala dan sakit tulang belakang.

Sembelit boleh disebabkan oleh otot usus yang

lemah atau kontraksi otot usus yang kuat tidak

tetap. Sembelit juga boleh berlaku apabila

seseorang sering mengambil julap atau tidak

mengambil jenis makanan tertentu secukupnya,

terutama makanan yang mengandungi serat.

Sembelit juga boleh menimbulkan sakit yang tisu

atau saraf usus, seperti ketumbuhan yang

menyekat menjejaskan sebahagian usus kecil.

UMUM 
BANJARAN TITIWANGSA

Banjaran Titiwangsa, banjaran besar yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
SPINA

Spina ialah bahagian rangka yang menganjur ke

bawah di tengah belakang. Ia terdiri daripada satu

turus tulang yang dikenali sebagai vertebra. Spina

memainkan peranan yang penting dalam postur

dan pergerakan, dan ia juga melindungi korda

spina. Spina juga dikenali sebagai turus spina,

turus vertebra, atau tulang belakang. Haiwan yang

mempunyai spina dinamakan vertebrat.

UMUM 
ORTOPEDIK

Ortopedik ialah cabang perubatan yang berkaitan

dengan gangguan tulang dan otot dan tisu-tisu yang

berkaitan dengannya. Doktor yang mengamalkan

ortopedik dinamakan pakar bedah ortopedik.

Mereka merawat pelbagai masalah perubatan,

termasuk tulang patah, kecederaan pada tendon

dan ligamen, dan kecacatan kaki dan tangan serta

tulang belakang.

UMUM 
SUKAN PARALIMPIKMerupakan sukan terbesar yang melibatkan penyertaan atlet kurang upaya dengan pelbagai acara yang dipertandingkan. Ia diadakan di tempat dan tahun yang sama berlangsungnya Sukan Olimpik. Sukan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 1948 oleh Sir Ludwig Guttman dan ia dikenali sebagai Stroke Mandeville Games. Sukan ini pada awalnya dinamai demikian kerana ia disertai oleh veteran Perang Dunia Kedua yang mengalami kecederaan pada tulang belakang. Badan antarabangsa yang mengawal selia sukan ini ialah International Paralympic Committee (IPC). Di Malaysia‚ ia dipertanggungjawabkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (Malaysian Paraliympic Council )SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
BUKIT BESI

BUKIT BESI, kawasan perlombongan bijih besi yang utama di Malaysia antara tahun 1930 hingga tahun 1970, terletak di daerah Dungun, Terengganu.  Bukit besi menjadi tulang belakang sumber ekonomi kerajaan negeri.  Pada tahun 1930-an, cukai pendapatan utama Terengganu adalah daripada cukai eksport bijih besi.  Pada tahun 1937, cukai eksport bijih besi merupakan lebih kurang 17 peratus daripada jumlah hasil yang diperoleh negeri Terengganu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGISumber/Bahan Alam
123

Kembali ke atas