Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tulang yg melingkungi rongga dada; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bilah-bilah tulang dr tulang belakang ke tulang dada, iga: ~nya patah akibat jatuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tulang yg melengkungi rongga dada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : tulang yg melengkung dr tulang belakang hingga ke tulang dada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulang (kata nama)
1. Bersinonim dengan rangka: kerangka

2. Bersinonim dengan urat: bingkai, bagah,

Kata Terbitan : bertulang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flail chestdada flailPerubatanTiadaKetidakstabilan dinding dada akibat fraktur pada tulang-tulang rusuk.
bifid ribtulang rusuk bifidPerubatanTiadaTulang rusuk bercabang dua, salah satu ciri dalam sindrom nevus sel basal.
chondrocostalkondrokostalPerubatanTiadaBerkaitan dengan tulang rusuk atau rawan tulang rusuk.
false ribtulang rusuk sampinganPerubatanTiadaKelima-lima pasangan tulang rusuk yang bawah, yang dinamai demikian kerana tidak berhubung secara langsung dengan sternum.
intercostal musclesotot interkostaVeterinarPraklinikalOtot nipis yang terletak di antara tulang rusuk. Otot ini mempunyai dua lapisan; iaitu otot interkosta luaran dan otot interkosta dalaman. Otot interkosta berpunca daripada sempadan kaudal setiap tulang rusuk dan menyelit di sempadan kranial tulang rusuk di sebelahnya. Otot ini berfungsi dalam pernafasan.
costakostaBiologiHistologi dan Sitologi1. Tulang rusuk atau struktur yang menyerupai tulang rusuk, seperti permatang cangkerang, batu karang, dan lain-lain. 2. Vena anterior atau vena tepi kepak serangga. 3. Plat benang Ctenophora. 4. Struktur pada dasar membran yang beralun-alun, seperti pada protozoon.
true ribtulang rusuk asliPerubatanTiadaKetujuh-tujuh pasangan tulang rusuk yang atas, yang berhubung dengan tulang belakang dan sternum.
floating ribtulang rusuk terapungPerubatanTiadaKedua-dua pasang tulang rusuk yang terbawah sekali, yang hanya berhubung dengan tulang belakang.
thoraxtoraksPerubatanTiadaBahagian badan di antara leher dengan abdomen. Bahagian ini disempadani oleh diafragma di bahagian bawah, tulang rusuk dan sternum di bahagian depan, tulang rusuk dan tulang belakang di bahagian belakang dan leher di bahagian atas. Sin: dada
intercostal nerve blocksekatan saraf interkostalPerubatanTiadaSekatan saraf yang dilakukan dengan menyuntik anestetik setempat di sempadan inferior tulang rusuk. Prosedur ini dilakukan untuk melegakan kesakitan selepas pembedahan torasik atau kesakitan akibat patah tulang rusuk.
12345

Kembali ke atas