Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.lang.tu.lang] | تولڠ٢

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), ten­tulang, Euphorbia tirucalli; 2. sj tumbuhan (pokok), gading-gading, Prismatomeris malayana; 3. sj tumbuhan (pokok), berom­bong, merombong, Timonius pendicularis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tulang-tulang

Puisi
 

Naik bukit menggali halia,
     Baik tergali tulang belut;
Kalau jadi kita berdua,
     Kita bergurau semalam suntuk.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Tinggal jangat pemalut tulang.

Bermaksud :

Kurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal kulit pemalut tulang, b. Tinggal tulang dengan kulit). jangat = kulit luar.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ligamenligamentTisu penghubung bergentian yang menghubungkan satu tulang dengan tulang yang lain pada sendi.Menengah Atas
pelvispelvis1. Bahagian paling bawah abdomen vertebrat di kawasan lengkungan pelvis. Pelvis juga merupakan rongga bertulang yang terletak di bahagian bawah tulang belakang dan tulang paha bersambung dengannya.2. Bahagian ureter yang melebar, iaitu bahagian tempat pertemuan ureter dengan ginjal. Lihat RajahMenengah Rendah
tulangboneStruktur yang membentuk rangka kebanyakan vertebrat.Menengah Rendah
osteoporosisosteoporosisPenyakit yang berlaku apabila ketumpatan dan kualiti tulang berkurangan akibat kekurangan kalsium dalam diet. Tulang menjadi lebih berliang dan rapuh. Lihat RajahMenengah Atas
tisu tulangbone tissueTisu yang membentuk rangka untuk menyokong badan.Menengah Rendah
ekortailBahagian tulang belakang yang menganjur keluar dari punggung dan dapat digerak-gerakkan. Lihat RajahSekolah Rendah
artropodarthropodHaiwan tanpa tulang belakang yang dicirikan oleh anggota bersendi, badan bersegmen dan rangka luar. Contohnya, udang, semut, labah-labah dan lipan. Lihat RajahMenengah Rendah
riketricketsPenyakit kecacatan tulang pada manusia atau haiwan muda, akibat kekurangan vitamin D. Lihat RajahMenengah Atas
vertebratvertebrateKumpulan haiwan yang mempunyai tulang belakang. Contohnya, ikan dan burung.Menengah Rendah
lengkungan pelvispelvic girdleStruktur daripada tulang atau rawan, tempat anggota belakang atau anggota bawah melekat.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas