Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.lang.tu.lang] | تولڠ٢

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), ten­tulang, Euphorbia tirucalli; 2. sj tumbuhan (pokok), gading-gading, Prismatomeris malayana; 3. sj tumbuhan (pokok), berom­bong, merombong, Timonius pendicularis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tulang-tulang

Puisi
 

Naik bukit menggali halia,
     Baik tergali tulang belut;
Kalau jadi kita berdua,
     Kita bergurau semalam suntuk.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Tinggal jangat pemalut tulang.

Bermaksud :

Kurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal kulit pemalut tulang, b. Tinggal tulang dengan kulit). jangat = kulit luar.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Pantun

PantunSumberTema
Bersenam pagi mengukuh tulang, Kegiatan khusus ahli sukan; Tanam padi tumbuh lalang, Gila menyusu kera di hutan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Bagaimana kita hendak melangkah, Tulang sendi terasa goyang; Bagaimana hamba hendak menikah, Abanglah menjadi laki orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ikan kukus tulangnya lembut, Tulang lembut jarang-jarang; Kami belayar jangan disebut, Takut dilanggar batu karang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Apabila meratah salai, Ingat terkena tulang; Apabila di tengah balai, Ingatlah petuah orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sungguh gagah bergigi utuh, Mengunyah tulang tidak bererti; Sungguh tabah hati si lumpuh, Dilapah orang tidakkan lari.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang beradat rajin bekerja, Membanting tulang mencari rezeki; Membuang adat bersalin lembaga, Puting beliung menimpa negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Minyak tanah minyak urat, Abang mengurut tulang belakang; Banyak tipu banyak muslihat, Terang bulan disangka siang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Anak rusa jalan merapah, Hari senja tulang pun letih; Awak hina bangsa pun rendah, Pada siapa menumpang kasih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Naik bukit menggali halia, Baik tergali tulang belut; Kalau jadi kita berdua, Kita bergurau semalam suntuk.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa lebih kepada belida, Sisik ada tulang pun ada; Tak dak lebih darimu dinda, Bahasa ada rupa pun ada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1234567

Kembali ke atas