Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.lang.tu.lang] | تولڠ٢

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), ten­tulang, Euphorbia tirucalli; 2. sj tumbuhan (pokok), gading-gading, Prismatomeris malayana; 3. sj tumbuhan (pokok), berom­bong, merombong, Timonius pendicularis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tulang-tulang

Puisi
 

Naik bukit menggali halia,
     Baik tergali tulang belut;
Kalau jadi kita berdua,
     Kita bergurau semalam suntuk.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Tinggal jangat pemalut tulang.

Bermaksud :

Kurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal kulit pemalut tulang, b. Tinggal tulang dengan kulit). jangat = kulit luar.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tinggal kulit pemalut tulang.Kurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal kulit pemalut tulang, b. Tinggal tulang dengan kulit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggal jangat pemalut tulang.Kurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal kulit pemalut tulang, b. Tinggal tulang dengan kulit). jangat = kulit luar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggal tulang dengan kulit.Kurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal jangat pemalut tulang, b. Tinggal kulit pemalut tulang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai tulang dalam rongkongan.Sangat musykil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hempas tulang tak berbalas jasa.Berpenat telah tetapi tidak ada hasilnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hempas tulang berisi perut.Rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Minta tulang kepada lintah (= lidah).Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu, e. Minta sisik pada limbat, f. Minta tanduk pada kuda).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menengah tulang punggung (= bubungan).Mahal tidak, murah pun tidak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membungkus tulang dengan daun talas.Menyembunyikan rahsia dengan kurang hati-hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Putih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.Budi bahasa yang baik akan tetap dikenang orang, walaupun kita telah lama meninggal dunia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas