Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.lén] | تولين

Definisi : (tulén) tidak bercampur (dgn yg lain), bukan tiruan, asli, sejati: anak Melayu ~; emas ~ emas yg sejati (bukan campuran); ketulenan perihal tulen, keaslian, kesejati­an: duit ialah sj mata wang yg dibuat drpd logam yg mempunyai timbangan dan ~ yg diakui oleh pihak pengeluarnya; penulenan 1. proses menulenkan sesuatu unsur: proses ~ silikon; 2. alat utk menceria­kan sesuatu spt air, udara, dll: milikilah ~ air percuma yg istimewa ini apabila anda mem-beli mana-mana mesin basuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.lén] | تولين

Definisi : /tulén/ tidak bercampur dgn yg lain; bukan tiruan; sejati; asli: Melayu ~; emas ~. menulenkan menjadikan tulen; memproses supaya tulen. ke­tulenan keadaan atau sifat tulen; kese­jatian. penulenan perihal atau perbuatan menulenkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulen (adjektif)
Bersinonim dengan asli, jati, murni, ceria, asali;,
Kata Terbitan : ketulenan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pure seedbiji tulen/biji benih tulenPertanianAgronomi

Biji benih tanaman yang telah dibersihkan daripada bahan-bahan lain termasuk biji benih asing dan kotoran seperti daun, batang dan tanah. Seterusnya, biji benih akan dilabel dan disahkan kebersihannya mengikut piawai ketulenan. Sinonim biji benih tulen.

pure seedbiji tulen; biji benih tulenPertanianTiadaTiada
ice pointtakat aisFizikHabaTitik tetap pada skala suhu ketika udara, ais tulen, dan air tulen berada dalam keseimbangan pada tekanan piawai 1 atmosfera.
ratio of herbal substance to genuine herbal preparation (DER genuine)nisbah bahan herba dalam sediaan herba tulenHerbaTiadaNisbah kuantiti bahan herba dalam kuantiti sediaan herba tulen yang terhasil dan diungkapkan sebagai (a - b) : 1. Angka (dinyatakan sebagai julat sebenar) di sebelah kiri menyatakan kuantiti relatif bahan herba sementara angka di sebelah kanan menyatakan kuantiti relatif sediaan herba tulen yang terhasil. Contohnya, julat 10 -15 kg bahan herba menghasilkan 1 kg sediaan herba tulen memberikan nisbah penyediaan herba dalam herba tulen 10 - 15 : 1.
purified feedmakanan tulenVeterinarTiadaCampuran bahan makanan yang terdiri daripada bahan-bahan tulen seperti kanji dan albumin untuk membekalkan sesuatu nutrien bagi tujuan kajian penilaian makanan. Bahan-bahan ini mempunyai nilai daya cerna yang tinggi. Biasanya, bahan makanan ini digunakan sebagai kawalan dalam uji kaji pemakanan untuk membandingkan nilai bahan makanan lain. Bagi tujuan membekalkan sumber tenaga, bahan-bahan seperti glukosa, kanji dan gula digunakan. Untuk sumber protein pula, bahan-bahan seperti kasein, albumin dan ekstrak protein kacang soya digunakan. Manakala untuk membekalkan asid amino terhad, asid tulen yang terdiri daripada glisina, metionina dan sistina lazimnya digunakan.
pure riskrisiko tuleninsuransTiadaDalam keadaan risiko tulen, tidak terdapat kemungkinan untuk mendapat keuntungan. Risiko ini berbeza dengan risiko spekulatif.
pure riskrisiko tulenPentadbiran PerniagaanTiadaDalam keadaan risiko tulen, tidak terdapat kemungkinan untuk mendapat keuntungan. Risiko ini berbeza dengan risiko spekulatif.
pure lineketurunan tulenBiologiGenetikKeturunan yang dihasilkan oleh proses pembiakbakaan tulen bagi gen tertentu.
analytically puretulen analisisPerubatanTiadaBerkenaan bahan yang sudah ditentukan secara analisis sebagai tulen.
pure-bend losskehilangan lentur tulenKejuruteraanTiadaKehilangan tenaga pada mod tulen di dalam gentian yang terlentur.
12345678910...

Kembali ke atas