Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.li.san] | توليسن

Definisi : 1. hasil drpd menulis, sesuatu yg di­tulis, cara menulis: rupa ~mu spt cakar ayam; 2. hasil sastera (dlm bentuk prosa atau puisi), karangan: pernahkah dia membaca ~ Bertrand Russell? 3. sl sesuatu yg digambar­kan, gambaran, lukisan; 4. kain yg dibatik (bukan dicetak), batik; 5. sesuatu yg ditakdir­kan, nasib, suratan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.li.san] | توليسن

Definisi : 1 hasil drpd menulis; sesuatu yg ditulis: ~nya cantik dan bersih. 2 hasil karangan dlm bentuk prosa atau puisi: ~ Enid Blyton sangat disukai oleh kanak-kanak. 3 kain yg dibatik (dgn tangan), bukan dicetak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulis
Kata Terbitan : bertulis, menulis, tulis-menulis, menuliskan, tertulis, tulisan, penulisan, penulis,

Peribahasa

Kasih sepantun tulisan pinggan.

Bermaksud :

Kasih yang tak hilang-hilang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EJAAN DAN TULISAN BAHASA MELAYUEJAAN DAN TULISAN BAHASA MELAYU, sistem ejaan yang telah wujud sejak abad ke-4 dan mendapat pengaruh dari India seperti Kawi (Kavi) dan Pallava, tulisan Bencong, tulisan Jawa, tulisan Arab atau yang keudiannya bertukar menjadi tulisan Jawi dan tulisan Rumi.
BAHASABahasa
EJAAN DAN TULISAN RENCONG

EJAAN DAN TULISAN RENCONG, sistem ejaan dan tulisan asli peribumi Asia Tenggara. Tulisan ini masih kontroversi dari segi tempat asal  dan namanya. Ada pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini berasal daripada tulisan India, iaitu daripada tulisan Devanagari atau Pallava yang diubahsuai, sehingga membentuk satu jenis tulisan baharu yang berlainan daripada tulisan yang asal. Terdapat juga pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini ialah tulisan asli peribumi Asia Tenggara, bukan pinjaman daripada tulisan India.

BAHASABahasa
SASTERA TULISAN

SASTERA TULISAN,  sastera yang disampaikan melalui tulisan lagi dinyatakan secara pertuturan seperti yang dilakukan pada sastera lisan.  Sastera tulisan memerlukan tulisan sebagai alat untuk merakam hasil karya.  Sastera ini sudah lama wujud dalam masyarakat Melayu. 

SASTERAKonsep
EJAAN DAN SISTEM EJAAN JAWIEJAAN DAN SISTEM EJAAN JAWI, sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu yang berhuruf Arab yang disebut juga sebagai tulisan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai orang Jawah (           ) atau Jawi (          ). Ini disebabkan, pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara ini terkenal dengan nama Javadwipa. Maka dengan itu dapatlah nama tulisan Jawi. Bahan bertulisan Jawi yang tertua bertarikh tahun 1303. (702 H) yang berupa sebuah batu bersurat atau prasasti. Bahan tulisan tangan atau manuskrip yang tertua yang dalam bentuk buku ialah naskhah ‘Aqa’id al-Nasafi bertarikh 1590 (998 H).
BAHASABahasa
TULISANsistem lambang dalam bentuk huruf, aksara atau gambar yang digunakan untuk mencatatkan atau merekodkan bahasa pertuturan.BAHASAKonsep
PROLOG

Prolog ialah pengenalan bagi lakonan atau tulisan-

tulisan lain. Istilah ini berasal daripada dua perkataan

Yunani yang bererti sebelum dan perbincangan .

Prolog menjelaskan keadaan pada waktu babak

pertama lakonan dimulakan atau mungkin

menjelaskan sesuatu lakonan secara umum.

UMUM 
SISTEM TULISAN DALAM BAHASA MELAYU

SISTEM TULISAN DALAM BAHASA MELAYU, jenis atau sistem tulisan dalam bahasa Melayu.  Bahasa Melayu wujud sejak abad ke-4 M. berdasarkan bukti pada prasasti atau batu bersurat yang ditemui di Dong Yen Chau, Vietnam.  Sistem tulisan pada prasasti tersebut menggunakan tulisan yang dipinjam dari India.  Terdapat satu lagi prasasti iaitu di Kutai, Kalimantan Timur yang bertarikh pada tahun 400 M.  Sistem tulisan pada prasasti ini menggunakan tulisan dalam bahasa Sanskrit, tetapi yang diceritakan ialah tentang seorang raja yang menggunakan nama Melayu.

BAHASAKonsep
EJAAN DAN TULISAN RUMI

EJAAN DAN TULSIAN RUMI, sistem ejaan dan tulisan bahasa Melayu yang berasal daripada huruf Latin (Roman) dan mempunyai sejarah lebih daripada 450 tahun. Huruf  Latin yang mula-mula digunakan untuk menulis bahasa Melayu ditemui dalam senarai pelayaran Pigafetta dari Itali pada tahun 1521. Bermula pada abad ke-16 itu, bahasa Melayu terus ditulis dengan huruf Roman oleh pedagang, pengembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara. Penggunaan huruf Roman untuk menulis kata-kata Melayu ini dapat dilihat dalam catatan dan tulisan yang dihasilkan dalam tempoh hingga akhir abad ke-17.

BAHASABahasa
EJAAN DAN TULISAN MELINDO

EJAAN DAN TULISAN MELINDO, sistem ejaan Rumi yang dipersetujui bersama untuk digunakan di Persekutuan Tanah Melayu dan di Republik Indonesia. Proses penyatuan ejaan tersebut bermula apabila perjanjian persahabatan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Republik Indonesia ditandatangani pada 17 April 1959.

BAHASABahasa
EJAAN DAN TULISAN KAWI

EJAAN DAN TULISAN KAWI, sistem ejaan yang berasal daripada bahasa Kawi, salah satu bahasa kuno yang ada kaitannya dengan sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu. Beberapa tinggalan sejarah menunjukkan bahawa bahasa Kawi pernah digunakan dengan agak meluas di kebanyakan pusat pemerintahan raja-raja rumpun Melayu dalam Gugusan Kepulauan Melayu atau Nusantara. Pengaruhnya telah bermula dan bertapak di beberapa buah istana raja seperti di Kutai, Tarumanegara, majapahit, Sriwijaya, Padjajaran, Singasari dan Mataram sejak abad pertama hingga abad ke-16, sebelum pengaruh agama Islam berkembang luas di rantau tersebut.

BAHASABahasa
12345678910...

Kembali ke atas