Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.mis] | توميس

Definisi : sj masakan (sayur, ikan, dll) yg peren-cahnya direndang dgn minyak atau lemak terlebih dahulu; sambal ~ sambal yg dimasak dgn minyak dll (tidak mentah); bertumis dimasak (direndang dsb) perencahnya dgn minyak atau lemak; menumis memasak (lauk, sayuran, dll) dgn menggunakan minyak atau lemak: hari itu dia hendak ~ ikan bilis sama petai; menumiskan memasukkan sesuatu (lauk, sayuran, dll) ke dlm minyak atau lemak yg telah dipanaskan: jerangkan periuk ke api, taruhkan minyak kelapa ke dalamnya, apabila sudah panas tumiskan bawang; tumisan hasil menumis: apabila nasi hampir kering, masukkan ~ sayuran itu bersama-sama dgn udang dan dikacau rata-rata; penumis; minyak ~ minyak (lemak) yg di-gunakan utk menumis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.mis] | توميس

Definisi : masakan yg digoreng dgn minyak terlebih dahulu: sambal ~ sambal yg dimasak dgn minyak. bertumis di­­masak dgn minyak terlebih dahulu. menumis 1 memasak dgn menggunakan minyak atau lemak. 2 memasukkan sesuatu ke dlm minyak atau lemak yg telah dipanaskan: ~ bawang. menumiskan menumis utk. penumis, = minyak ~ minyak yg digunakan utk menumis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tumis

Puisi
 

Apa guna sambal tumis,
     Kalau tak campur asam belimbing;
Apa guna lama menangis,
     Tidakkan penuh telaga yang kering.


Lihat selanjutnya...(5)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAKANAN GORENG

MAKANAN GORENG, makanan yang dimasak dengan menggunakan minyak. Ada dua cara menggoreng; menggoreng dengan minyak yang sedikit atau menggoreng dengan minyak yang banyak. Menggoreng dengan minyak sedikit disebut tumis. Makanan yang dimasak begini antaranya ialah sayur-sayuran, sambal dan lauk-pauk.

BUDAYAMakanan
SAMBAL

SAMBAL,  makanan pembuka selera yang diperbuat daripada cili.  Terdapat banyak jenis sambal, ada yang dimasak dan ada yang disediakan secara mentah.  Sambal yang dimasak seperti sambal tumis, sambal sate, sambal ketupat,  sambal lumat dan sambal goreng boleh disimpan berhari-hari.  Sambal mentah seperti sambal belacan, sambal kelapa dan sambal tempoyak adalah makanan pembuka selera yang mengiringi makanan lain seperti ulam-ulam, ikan bakar dan ikan goreng.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas