Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.mis] | توميس

Definisi : sj masakan (sayur, ikan, dll) yg peren-cahnya direndang dgn minyak atau lemak terlebih dahulu; sambal ~ sambal yg dimasak dgn minyak dll (tidak mentah); bertumis dimasak (direndang dsb) perencahnya dgn minyak atau lemak; menumis memasak (lauk, sayuran, dll) dgn menggunakan minyak atau lemak: hari itu dia hendak ~ ikan bilis sama petai; menumiskan memasukkan sesuatu (lauk, sayuran, dll) ke dlm minyak atau lemak yg telah dipanaskan: jerangkan periuk ke api, taruhkan minyak kelapa ke dalamnya, apabila sudah panas tumiskan bawang; tumisan hasil menumis: apabila nasi hampir kering, masukkan ~ sayuran itu bersama-sama dgn udang dan dikacau rata-rata; penumis; minyak ~ minyak (lemak) yg di-gunakan utk menumis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.mis] | توميس

Definisi : masakan yg digoreng dgn minyak terlebih dahulu: sambal ~ sambal yg dimasak dgn minyak. bertumis di­­masak dgn minyak terlebih dahulu. menumis 1 memasak dgn menggunakan minyak atau lemak. 2 memasukkan sesuatu ke dlm minyak atau lemak yg telah dipanaskan: ~ bawang. menumiskan menumis utk. penumis, = minyak ~ minyak yg digunakan utk menumis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tumis

Puisi
 

Apa guna sambal tumis,
     Kalau tak campur asam belimbing;
Apa guna lama menangis,
     Tidakkan penuh telaga yang kering.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tugoo, *tugu* Tbsejenis alat menangkap udang berbentuk keruncut yg panjang.Tumis menghela nafas panjang. Dia kesal kerana ketua kampung cepat terpedaya dan memaksa penduduk kampung menukar nelayan tugoo kepada nelayan pukat tunda.Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
obar Bj, Tbkulit kayu yang digunakan untuk menguatkan benang.Aku takut tugoo ini sudah rapuh. Itu sebabnya aku rendam dengan obar, jawab Tumis. Dia memasukkan tugoo ke dalam perahu lalu ditekan-tekan ke dalam supaya tugoo itu terendam dalam air obar.Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bauh Bdikan haruan; Channa striatus; girak, popak, parua.Bagai mahu menangis juga dia melihat keadaan dan nasib suaminya, juga nasib dirinya. Pinggan berisi nasi dan daging ikan bauh serta kangkung tumis disua dekat suaminya.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas