Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.mit] | توميت

Definisi : 1. bahagian yg di belakang sekali drpd tapak kaki (di bawah buku lali); ~ bagai leng­kuas muda = ~ spt pauh dilarik = ~ telur burung tumit (perempuan) yg cantik; 2. bahagi­an drpd sesuatu yg menyerupai tumit: dia menghentakkan ~ sepatunya di lantai; cakap berdegar-degar, ~ di keting prb orang yg bercakap besar tetapi penakut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.mit] | توميت

Definisi : 1 bahagian tapak kaki yg di bela­kang sekali. 2 bahagian drpd sesuatu yg menyerupai tumit 1: ~ kasut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tumit

Puisi
 

Panjang rambut Siti Rumilah,
     Panjang melilit ke tumit kaki;
Intan jemara intan terserlah,
     Intan sebuku jantung hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENDON ACHILLES

Tendon Achilles ialah tendon di belakang

pergelangan kaki. Ia melekatkan otot betis pada

tulang tumit. Jika terluka, seseorang tidak dapat

berlari, dan sukar berjalan, dan tidak dapat berjengket.

Namanya berasal daripada legenda Yunani tentang

Achilles. Lihat juga Achilles; Tendon.

UMUM 
KASUT

Kasut ialah perlindungan luar untuk kaki. Kasut

mempunyai tapak dan kebanyakan kasut juga

mempunyai tumit. Bahagian atas kebanyakan kasut

lebih tinggi daripada pergelangan kaki. But ialah

kasut yang menjangkaui pergelangan kaki.

UMUM 
MOKASIN

Mokasin ialah kasut lembut yang berbentuk

seperti selipar. Mokasin dipakai oleh Orang Asli

Amerika Utara. Mereka membuat mokasin daripada

kulit rusa dan haiwan lain, dan menghiasinya

dengan manik atau duri landak. Kasut ini tidak

mempunyai tumit dan muat-muat dipakai.

Kebanyakannya menutup buku lali. Sesetengahnya

memanjang hingga ke lutut.

UMUM 
KIROPODI

Kiropodi yang juga dinamakan podiatri,

ialah cabang perubatan yang berkaitan dengan

pemeriksaan, diagnosis, rawatan, dan pencegahan

penyakit kaki, pergelangan kaki dan tumit manusia.

UMUM 

Kembali ke atas