Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.puan] | تومڤوان

Definisi : 1. sesuatu yg dijadikan tempat utk menumpukan kaki dll (ketika hendak melompat dll), tempat bertumpu; 2. bantuan, sokongan, tunjangan: dia tahu bahawa dia menjadi ~ harapan ibunya; 3. pusat atau pangkalan (utk menyerang dll), tempat mengumpulkan kekuatan dll: Danang, 650 km dr sini, menjadi pusat ~ tentera Amerika; 4. bahagian bawah tempat tidur (tempat kakinya): maka Jekin itu dibangunkan oleh Seri Rama, maka ia pun terkejut lalu dilihatnya berdiri di ~nya; 5. orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu, berharap, dll): beliau sudah barang tentu akan menjadi tempat ~ apabila pulang ke kampung; 6. sesuatu yg menjadi sasaran (tujuan dll), sesuatu yg ditujui: jurutaip yg bernama Henry itulah jadi ~ kami berjenaka; kampung itu terletak tidak berapa jauh dr tempat ~ saudagar-saudagar dr Melaka; 7. tempat bertemunya atau bertembungnya jalan raya (sungai dll): Johor Bahru ialah pusat pentadbiran negeri Johor dan tempat ~ semua jalan raya dan jalan kereta api dr Tanah Melayu ke Singapura; 8. pusat tempat bertumpunya pancaran cahaya (setelah mela­lui sesuatu kanta): tempat semua pancaran itu bertumpu dinamakan ~ kanta itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.puan] | تومڤوان

Definisi : 1 sesuatu yg digunakan utk bertumpu ketika hendak melompat dll. 2 orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu dll): Beliaulah yg menjadi ~ orang-orang kampung. 3 pusat tempat ber­tumpu atau tempat berkumpul; pusat atau pangkalan utk menyerang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpu
Kata Terbitan : bertumpu, menumpukan, tumpuan, penumpuan, penumpu,

Peribahasa

Pusat jala pumpunan ikan.

Bermaksud :

Menjadi tempat tumpuan atau menjadi pusat berbagai-bagai hal. pumpunan = tempat berkumpul.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
abutmenttumpuantembok landas/tumpuantembok landas/tumpuanKejuruteraan
beacheadtumpuan pantaitumpuan pantaitumpuan pantaiSains Politik
airheadtumpuan udaratumpuan udaratumpuan udaraSains Politik
focal pointtumpuan perhatiantumpuan perhatiantumpuan perhatianPertanian
focal viewpandangan tumpuanpandangan tumpuanpandangan tumpuanPertanian
focal psychotherapypsikoterapi fokal/tumpuanpsikoterapi tumpuanpsikoterapi tumpuanPerubatan
point resourcesumber daya tumpuansumber tumpuansumber tumpuanPertanian
focal point parktaman tumpuan perhatiantaman tumpuan perhatiantaman tumpuan perhatianPertanian
focal point landscapelanskap tumpuan perhatianlanskap tumpuan perhatianlandskap tumpuan perhatianPertanian
abutment walldinding tumpuandinding tembok landas/ dinding tumpuandinding tembok landas/ dinding tumpuanKejuruteraan
123

Kembali ke atas