Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.puan] | تومڤوان

Definisi : 1. sesuatu yg dijadikan tempat utk menumpukan kaki dll (ketika hendak melompat dll), tempat bertumpu; 2. bantuan, sokongan, tunjangan: dia tahu bahawa dia menjadi ~ harapan ibunya; 3. pusat atau pangkalan (utk menyerang dll), tempat mengumpulkan kekuatan dll: Danang, 650 km dr sini, menjadi pusat ~ tentera Amerika; 4. bahagian bawah tempat tidur (tempat kakinya): maka Jekin itu dibangunkan oleh Seri Rama, maka ia pun terkejut lalu dilihatnya berdiri di ~nya; 5. orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu, berharap, dll): beliau sudah barang tentu akan menjadi tempat ~ apabila pulang ke kampung; 6. sesuatu yg menjadi sasaran (tujuan dll), sesuatu yg ditujui: jurutaip yg bernama Henry itulah jadi ~ kami berjenaka; kampung itu terletak tidak berapa jauh dr tempat ~ saudagar-saudagar dr Melaka; 7. tempat bertemunya atau bertembungnya jalan raya (sungai dll): Johor Bahru ialah pusat pentadbiran negeri Johor dan tempat ~ semua jalan raya dan jalan kereta api dr Tanah Melayu ke Singapura; 8. pusat tempat bertumpunya pancaran cahaya (setelah mela­lui sesuatu kanta): tempat semua pancaran itu bertumpu dinamakan ~ kanta itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.puan] | تومڤوان

Definisi : 1 sesuatu yg digunakan utk bertumpu ketika hendak melompat dll. 2 orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu dll): Beliaulah yg menjadi ~ orang-orang kampung. 3 pusat tempat ber­tumpu atau tempat berkumpul; pusat atau pangkalan utk menyerang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpu
Kata Terbitan : bertumpu, menumpukan, tumpuan, penumpuan, penumpu,

Peribahasa

Pusat jala pumpunan ikan.

Bermaksud :

Menjadi tempat tumpuan atau menjadi pusat berbagai-bagai hal. pumpunan = tempat berkumpul.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
catchment areakawasan tumpuanPerpustakaanTiadaKawasan tumpuan: Dalam perancangan perpustakaan, satu kawasan yang ditandakan sebagai ruang perkhidmatan perpustakaan yang dijangka menjadi tumpuan para pengguna.
point of focustitik tumpuanKomunikasiTiadaTumpuan utama dalam sudut pandangan kamera atau pelakon.
control placepusat tumpuanLandskapTiadaTempat yang menjadi tumpuan utama aktiviti dalam sebuah taman dan digunakan sebagai titik kawalan dalam reka bentuk.
fixation axispaksi tumpuanSains KesihatanTiadaGarisan yang menyambungkan titik tumpuan penglihatan dengan pusat putaran mata.
point of view (drawing)titik tumpuan (lukisan)KesenianTiadaTitik atau bahagian yang menjadi tumpuan pada lukisan.
hot productsbarang tumpuanKriminologiKeadilan JenayahBarangan yang menjadi sasaran pencuri. Antara ciri-ciri barangan tumpuan ialah barangan yang bernilai, barangan mudah alih, mudah ditanggalkan, mudah disembunyikan dan barangan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Contohnya, kenderaan, barang kemas dan peranti elektronik seperti telefon pintar, komputer riba dan kamera.
focal pointtitik fokus; tumpuan utamaKesenianTiada1. Bahagian yang paling menarik perhatian pemerhati.,2. Tumpuan utama yang diberikan khas semasa proses mengubah reka bentuk.
market and route centrepusat pasar dan tumpuan jalanGeografiTiadaKawasan pasaran yang menjadi tumpuan jual beli dan juga pertemuan sistem pengangkutan.
focuspemusatanKesusasteraanPuisiTumpuan penyair terhadap sesuatu situasi atau gagasan, dan menarik penghayatan pembaca terhadap tumpuan tersebut. Dalam puisi ini taman yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga melambangkan pelbagai kaum. Contohnya, daripada puisi "Titisan Darah di Tanah Indah" karya A. Samad Said. Sinonim focus. Dalam taman hak kami berkembang puspa yang wangi aneka ragam jenisnya menghiasi persada Bunda biar bersatu segala-galanya erat berpadu sejiwa biar semerbak baunya mengharumi seluruh benua!
focal point landscapelandskap tumpuan perhatianLandskapTiadaBahagian taman yang direka bentuk khas dengan ciri-c iri yang menonjol. Contohnya, pemandangan dalam satu ruang taman yang direka bentuk dengan ciri-ciri menarik seperti arca dan mercu tanda yang menjadi tumpuan dalam taman tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas