anecdote | anekdot | Kesusasteraan | Tiada | Naratif ringkas tentang sesuatu perkara yang dianggap benar-benar berlaku dalam sejarah kehidupan seseorang tokoh. Anekdot biasanya wujud dalam penulisan biografi, esei, dan ucapan tertentu. Anekdot bertujuan untuk memperincikan perwatakan seseorang dan memberikan penekanan kepada sesuatu idea yang abstrak agar lebih konkrit dan mudah difahami. Tema dan plot sesuatu anekdot biasanya ringkas dan mudah. Kebanyakannya mengandungi mesej yang bersifat didaktik, ironi, dan sindiran. Ada kalanya anekdot penuh dengan kisah lucu dan menghiburkan hati pembaca. Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat anekdot tentang tokoh sejarah tertentu dalam karya sastera bercorak sejarah. Contohnya dalam Sejarah Melayu terdapat anekdot tentang Tun Perak, Tun Mutahir, Tun Fatimah, sultan, pembesar, dan watak lain. Kisah �Tun Mai Ulat Bulu� belajar mengaji dengan Makhdum Sadar Jahan merupakan salah satu anekdot lucu yang menarik. Anekdot lucu juga boleh ditemui dalam cerita �Pak Kaduk� dan �Lebai Malang�. |
Look East Policy | Dasar Pandang ke Timur | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Dasar yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada tahun 1982. Dasar ini bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran negara. Dasar ini dilaksanakan dengan mencontohi etika kerja, teknik dan strategi pembangunan negara Jepun, Korea Selatan dan Taiwan. Rakyat Malaysia telah dihantar ke negara tersebut untuk mengikuti pelbagai program bagi mendapatkan pengetahuan dalam bidang perniagaan dan perindustrian. |
heroic drama | drama wira | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang mengangkat ketokohan seseorang perwira atau srikandi negara. Contohnya, drama Tun Fatimahkarya Shaharum Hussain. |
wirawati | wirawati | Kesusasteraan | Tiada | Pelaku wanita yang menjadi tumpuan dalam sesebuah karya sastera klasik dan memiliki kebolehan luar biasa. Contoh watak Tun Fatimah dalam novel 1515 karya Faisal Tehrani. |
epic | epik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi panjang yang bersifat naratif atau penceritaan tentang seseorang pahlawan, Iazimnya berdasarkan peristiwa dalam sejarah. Contohnya, puisi "Balada Tun Fatimah'' karya Zaihasra. |
antonomasia | antonomasia | Kesusasteraan | Puisi | Gaya unsur yang menggunakan gelaran rasmi atau dikenal umum sebagai pengganti nama diri. Contohnya, Bendahara Seri Maharaja merujuk kepada Tun Mutahir,dan Bapa Kemerdekaan merujuk kepada Tunku Abdul Rahman Putra. |
ballad sheets | lembar naskhah balada | Kesusasteraan | Puisi | Helaian naskhah atau skrip yang mengandungi sesuatu cerita yang bersifat epik yang diungkapkan dalam bentuk puisi, Contohnya, Iembar naskhah Balada Tun Fatimah karya Zaihasra dan Balada Orang-orang Tercinta, karya W.S. Rendra. |
chair | kursi | Pendidikan | Tiada | Jawatan dalam pengajaran dan penyelidikan yang cemerlang di sesebuah universiti atau di institusi pengajian yang lain. Contohnya Kursi ZaÆba di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Kursi Tun Abdul Razak di Universiti Ohio, Athens. |
honorific | hormatan | Kesusasteraan | Tiada | Ucapan, gelaran, sebutan kehormatan yang diberikan kepada sesuatu tokoh. Contoh: dalam sastera lama gelaran Shah Alam di Rimba untuk Sang Kancil dan gelaran-gelaran orang-orang besar seperti Tun Perak bergelar Bendahara Paduka Raja. |
electronic library | perpustakaan elektronik | Teknologi Maklumat | Tiada | Perkhidmatan perpustakaan yang diuruskan secara elektronik iaitu perkhidmatan pinjaman/pemulangan, pencarian maklumat, rujukan dan bimbingan pengguna, katalog awam dalam talian, dan sistem pembekalan penerbitan elektronik. Contohnya perpustakaan Tun Seri Lanang UKM (melalui sistem GEMILANG), perpustakaan Sultan Abdul Aziz Shah UPM (melalui sistem ….), perpustakaan Sultanah Zanariah UTM (melalui sistem ORBIT) dan perpustakaan DBP. Banding perpustakaan digital dan perpustakaan maya. |