Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.na] | تونا -

Definisi : (Sankrit) awalan asing tidak mem­punyai, mis tunakarya, tunanetra, dan tuna­susila. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuna-


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah pendapat pihak DBP mengenai nama menu produk makanan hasil gabungan perkataan Melayu dan Inggeris? Contoh: Keropok Seaweed, Popcorn Tuna, Popia Tuna Crispy?Untuk nama menu yang mempunyai padanan dalam bahasa Melayu, penggunaan bahasa Melayu perlulah diutamakan. Contoh: keropok rumpai laut, bertih jagung tuna, popia tuna rangup.Penyemakan dan penterjemahan27.07.2022
Assalamualaikum Tuan, saya mendapat pertanyaan daripada seorang kawan berkenaan kata "tunaaksara". Tuna membawa maksud kerosakan atau kecacatan. Tunaaksara pula membawa maksud buta huruf. Soalannya, adakah perkataan "tunaaksara" juga boleh membawa maksud "huruf rosak?" Memandangkan "tuna" itu kerosakan manakala "aksara" pula bermaksud huruf. Sekian, terima kasih.“Tunaaksara” merupakan perkataan yang berasal dari Jawa yang bermaksud tidak boleh membaca dan menulis atau buta huruf. Perkataan tersebut tidak membawa maksud huruf rosak.Makna14.06.2022
Saya sedang melakukan penulisan. terdapat perkataan yang saya kurang jelas maksud dan penggunaannya. bolehkah pihak tuna/puan perjelaskan perkataan diabawah dan penggunaannya. Rintis, Merintis? Rentis, ?Untuk mendapatkan makna kata, sila manfaatkan laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. Contoh: (i) Rintis - jalan kecil atau usaha awal (ii) Merintis - menebang pokok untuk membuat jalan atau mempelopori sesuatu usaha (iii) Merentis - tiada dalam data kamiMakna21.11.2016
kenapa photobomb dipanggil tunafoto dalam bahasa Melayu? ada penjelasan tak? Terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "tuna" ialah  "luka, cacat atau rosak". Maka terjemahan bagi photobomb ialah "tunafoto" yang bermaksud gambar foto yang terganggu atau rosak disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto.Makna10.06.2022
Salam hormat. Saya sedang mencari satu perkataan yang bermula dengan huruf P dan berakhir dengan huruf A dan mempunyai tiga suku kata. Perkataan ini perlu membawa maksud yang berkaitan dengan MODEN/TEKNOLOGI/MUTAKHIR/TERKINI/INOVASI. Walaupun maksud tidak betul-betul sama tidak mengapa, asalkan boleh dikaitkan. Terima kasih daun keladi.Waalaikumussalam,
Sila rujuk Kamus Dewan edisi keempat untuk mencari perkataan yang diingini oleh pihak tuna/puan.
Sekian terima kasih
Lain-lain20.07.2017

Kembali ke atas