Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.na] | تونا -

Definisi : (Sankrit) awalan asing tidak mem­punyai, mis tunakarya, tunanetra, dan tuna­susila. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuna-


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALBACORE

Albacore lihat Tuna.

UMUM 
MACKEREL

Mackerel ialah nama beberapa spesies ikan yang

boleh dimakan yang ada kaitannya dengan tuna.

Semua jenis mackerel kuat berenang. Mackerel

mempunyai isi yang gelap dan berminyak. Ikan ini

banyak ditangkap untuk makanan. Kebanyakannya

ditinkan dan yang lainnya dimakan sebagai ikan

segar.

UMUM 
PERIKANAN

Perikanan ialah kawasan yang membekalkan

banyak ikan untuk tujuan komersial. Perikanan

pedalaman termasuk tasik, sungai dan penternakan

ikan. Kebanyakan tangkapan ikan di dunia datang

daripada perikanan laut. Spesies kod, ikan sebelah,

hering, sardin dan tuna menyumbang kepada

sebahagian besar sumber perikanan dunia yang

terpenting di dunia. Banyak negara mengamalkan

pengurusan perikanan untuk memulihara ikan.

Terdapat peraturan yang mengehadkan saiz dan

amaun ikan yang boleh ditangkap, dan juga musim

penangkapan ikan.

UMUM 
DIAH HADANING

DIAH HADANING, (1940-    ) penulis Indonesia. Dia lahir pada 4 Mei 1940 di Jepara, Jawa Tengah, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Sinaryu Indiah Hadaning, dan nama penanya yang lain ialah Diha. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Pekerjaan Sosial Atas, Semarang pada tahun 1960. Selepas itu, dia bekerja di Bahagian Bimbingan dan Penyuluhan Sosial, Kanwil Departemen Sosial, Semarang (1960-1965). Dari tahun 1962 hingga tahun 1963, dia mengajar di Sekolah Tuna Netra ‘Dristarastra’ cawangan Semarang.

SASTERATokoh

Kembali ke atas