Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.nai] | توناي

Definisi : 1. tidak bertangguh, tidak mengansur, tidak berhutang (bayaran dll), kontan; ~ runcit sejumlah wang yg disimpan di pejabat dsb, yg sedia digunakan utk beberapa perbelanjaan kecil apabila diperlukan; membayar ~ mem­bayar dgn wang pd ketika itu juga (tidak ber­hutang dll); wang ~ wang yg dapat digunakan dgn segera; 2. tidak bertangguh (dlm menger­jakan sesuatu), pd ketika itu juga: sahaja aku sembahyang fardu zuhur empat rakaat ~ kerana Allah taala; menunaikan 1. membayar dgn tunai (tidak mengansur atau berhutang), menjelaskan (dgn tunai), mengontan: ~ hutang; 2. mengerjakan tugas (kewajiban dll), melaksanakan (perintah dll), mengamalkan (ajaran dll): manusia wajib ~ apa yg diperintahkan oleh Allah dan menjauhkan apa yg dilarang-Nya; ~ rukun Islam mengerjakan rukun Islam; ~ tugas (kewajiban) menjalankan tugas (kewajiban); 3. memenuhi (janji, hajat, permintaan, dll): Yusof juga berucap pd majlis tersebut sbg ~ per­mintaan Pegawai Daerah; ~ ajaran (perin­tah, pesanan) mengerjakan ajaran (perin­tah, pesanan); ~ cita-cita berusaha men­capaikan cita-cita; 4. menukarkan sesuatu (cek, kiriman wang dsb) dgn wang tunai: kami tidak dapat ~ cek di bank pd hari itu disebabkan kerosakan sistem komputer; tertunai (sudah) ditunaikan, dilaksanakan, dikerjakan, dipenuhi (janji, kewajiban, dll); penunaian perihal menunaikan, pelaksana-an, pengamalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.nai] | توناي

Definisi : 1 tidak bertangguh (ttg bayar­an); tidak berhutang: mem­bayar ~ membayar pd ketika itu juga; wang ~ wang yg dpt di­gunakan dgn segera (wang kertas atau syiling). 2 pd ketika itu juga; tidak bertangguh (melakukan se­suatu): Sahaja aku sembahyang fardu maghrib, tiga rakaat, ~ kerana Allah Taala. ~ runcit sejumlah wang yg disimpan di pejabat dsb, yg sedia digunakan apabila perlu, utk perbelanjaan kecil atau yg sedikit. menunaikan 1 membayar semasa itu juga; membayar tunai. 2 menjalankan sesuatu tugas atau janji; mengamalkan ajaran, perintah dll: Ia sudah ~ rukun Islam yg kelima. 3 menukarkan cek, kiriman wang dsb dgn wang tunai: Mereka ke bank utk ~ cek yg diterima itu. penunaian perbuatan atau hal me­nunaikan; pelaksanaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunai
Kata Terbitan : menunaikan,

Puisi
 

Hendak mangkuk kuberi mangkuk,
     Hendak serunai kuberi serunai;
Hendak masuk kuberi masuk,
     Aku bayar wang tunai.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
cashtunaitunaitunaiEkonomi
cash earningspendapatan tunaiTiadaperolehan tunai/pendapatan tunaiEkonomi
vault cashtunai bersandartunai bersadartunai bersandarEkonomi
cash disbursementpencairan tunaipembelanjaan tunaipembelanjaan tunaiEkonomi
cash creditkredit tunaikredit tunaikredit tunaiEkonomi
cash balancebaki tunaibaki tunaibaki tunaiEkonomi
cash advancependahuluan tunaipendahuluan tunaipendahuluan tunaiEkonomi
negative cash flowaliran tunai negatifaliran tunai negatifaliran tunai negatifEkonomi
real cash balancenilai tunai riilbaki tunai benarbaki tunai benarEkonomi
cash basis of accountingperakaunan tunaiperakaunan tunaiperakaunan tunaiEkonomi
12345

Kembali ke atas