Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.nas] | تونس

Definisi : bahagian tumbuhan yg mulai tumbuh (pd batang, dahan yg diparas, dll), bakal cabang (dahan, ranting), kecambah, taruk; ~ baka tunas yg menjadi baka bagi sesuatu pokok yg dicantumkan; ~ celah = ~ ketiak tunas yg letaknya di antara daun dgn dahan (ranting dll); ~ hujung = ~ pucuk tunas yg terdapat pd bahagian hujung ranting; ~ padi batang padi yg tumbuh sesudah dituai; ~ rasa (Bio) sel di permukaan lidah yg membolehkan seseorang dapat mengetahui rasa makanan atau minuman, spt rasa pahit, masin, manis atau masam; ~ sulung tunas yg mula-mula sekali bercambah pd biji; tidak berasak ~ dr tunggul prb pangkat dll yg diwarisi oleh anak atau keluarga sendiri (di situ-situ juga); bertunas 1. tumbuh tunasnya (pokok dll): kacang soya yg ~ atau bercambah itu banyak mengandungi kalsium; 2. ki mem-punyai anak cucu, menurunkan zuriat, ber-keturunan; 3. ki tumbuh atau timbul, hidup, muncul, terbit: dlm tahun dua dan tiga puluhan, kesedaran kebangsaan mula ~; baru hendak ~ sudah dipetik, lama-lama matilah pokoknya prb baru sedikit mendapat keuntungan sudah memboros-boros; menunas 1. cambah atau timbul sbg tunas (tumbuh-tumbuhan); 2. = menunasi membuang (memangkas, memotong) tunas; menunaskan menjadikan bertunas, menim-bulkan, menerbitkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.nas] | تونس

Definisi : , = mata ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yg baru tumbuh pd batang (dahan yg diparas dll); bakal dahan atau bakal ranting yg baru tumbuh. ~ baka tunas yg menjadi baka bagi sesuatu pokok yg dicantumkan. ~ celah (ketiak) tunas yg tumbuh di antara daun dgn dahan atau di antara daun dgn ranting. ~ hujung (pucuk) tunas yg terdapat di hujung ranting atau di hujung dahan. ~ padi batang padi yg tumbuh sesudah padi dituai. ~ rasa bintil-bintil pd lidah yg memungkinkan kita merasa sesuatu (manis, masin dll). ~ sulung tunas yg mula-mula sekali tumbuh dr biji. ber­tunas 1 mempunyai tunas; baru tumbuh tunasnya. 2 ki mempunyai keturunan; me­nurunkan baka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunas (kata nama)
Bersinonim dengan pucuk, taruk, kecambah, sulur, mata, putih, kudup, bakal cabang, semi;,
Kata Terbitan : bertunas,

Peribahasa

Apabila tumbuh-nyiur itu patah,
     tumbuh-nyiur juga akan gantinya.

Bermaksud :

Ganti yang hilang mestilah yang sama pula. tumbuh-nyiur = tunas bibit kelapa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
BudletTunas kuncupPertanianAgronomi

Anak tunas kecil yang dihasilkan oleh tunas induk. Sering dikaitkan dengan kultur tisu yang menggunakan tunas sebagai eksplan. Tunas yang dikultur akan menghasilkan sebilangan tunas kuncup atau anak tunas yang lain.

water sproutsulur airLandskapTiadaTunas yang keluar dengan ban yak pada dahan tumbuhan yang tidak memberi sebarang faedah kepada tumbuhan tersebut. Tunas-tunas ini perlu dibuang bagi mengelakkan kecacatan pada pokok induk.
multiparousmultiparusBotaniTiadaBatang simpodial yang terdiri daripada banyak cabang sisi yang dihasilkan serentak oleh tunas-tunas sisi atau jambak bunga jenis sima dengan paksi utamanya berakhir dengan satu bunga dan mengeluarkan banyak bunga di sekeliling paksinya. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga membentuk rimbunan pokok atau jambak bunga yang sempurna. Contohnya, pokok mangga atau jambak bunga mangga. Sinonim polikasial.
Bud selectionPemilihan mata tunasPertanianAgronomi

Prosedur yang perlu dilakukan sebelum membuat cantuman mata tunas. Mata tunas pada pokok yang hendak dibiakkan mesti dipilih daripada batang yang sama peringkat perkembangannya dengan pokok penanti. Sekiranya pokok penanti mempunyai kulit matang berwarna perang, maka mata tunas mesti daripada cabang matang. Sebaliknya, sekiranya pokok penanti berbatang hijau, mata tunas mesti dipilih daripada cabang yang masih hijau. Selain itu, mata tunas yang dipilih mesti berada dalam keadaan rehat dan belum aktif.

bulbbebawangBotaniTiadaBatang yang menjadi pendek dan mempunyai pangkal daun yang menebal dan tersusun rapat. Biasanya, bebawang berbentuk kon dan di bahagian pangkal bawahnya terdapat akar serabut. Di celah-celah susunan daun terdapat tunas-tunas ketiak yang disebut bulbil. Contohnya, pada bawang.
Bud restTunas rehatPertanianAgronomi

Tunas yang dalam keadaan dorman atau tidak berkembang disebabkan faktor dalaman atau faktor persekitaran. Beberapa jenis hormon seperti asid absisik (ABA) dan giberelin mempengaruhi keadaan tunas sama ada membuat tunas dalam keadaan rehat atau aktif. Faktor luaran seperti suhu juga mempengaruhi keadaan tunas, suhu yang rendah membuat tunas dalam keadaan rehat.

scion woodkayu sionPertanianAgronomi

 Cabang yang mengandungi mata tunas untuk dijadikan sumber sion bagi kaedah cantuman tunas. Kayu tunas boleh diambil daripada cabang kayu perang yang matang atau cabang muda yang hijau.

scionsionHerbaBotani dan BioteknologiMata tunas atau tunas hujung yang diambil daripada pokok induk terpilih dan dicantumkan dengan pokok penanti.
axillary budmata tunas aksilPertanianAgronomi

Mata tunas yang tumbuh pada aksil. Mata tunas ini kadangkala dikenali sebagai mata tunas sisi dan akan membesar menjadi dahan atau bunga.

Bud graftingCantuman mata tunasPertanianAgronomi

Kaedah melekatkan mata tunas yang diambil daripada pokok yang dipilih kepada pokok penanti. Sekiranya cantuman berjaya, cabang yang tumbuh daripada mata tunas mempunyai sifat yang sama dengan pokok yang mengeluarkan mata tunas. Semua cabang daripada pokok penanti akan dibuang, melainkan pangkal batang dan akarnya. Cantuman mata tunas bertujuan menghasilkan anak pokok yang mempunyai baka yang baik dan terjamin.

12345678910...

Kembali ke atas