Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tun.ja.ngan] | تونجڠن

Definisi : bantuan (berupa wang dll) yg diberikan, pertolongan, sokongan: kaum penganggur di sini mendapat ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.ja.ngan] | تونجڠن

Definisi : bantuan atau pertolongan berupa wang dll yg diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunjang
Kata Terbitan : bertunjangkan, menunjang, tunjangan, penunjang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. Saya ingin bertanya kepada DBP tentang maksud bagi frasa nama khas ' Teras Insaniah' dan 'Teras Sokongan' dalam ayat 'Penyelesaian masalah sosial akan dapat diusahakan dengan membangunkan Teras Insaniah sebagai faktor dalaman dan Teras Sokongan sebagai faktor luaran.' Adakah Teras Insaniah yang dimaksudkan ialah sejenis kursus yang berkaitan dengan kemanusiaan dan juga Teras Sokongan ialah kursus kemahiran seperti kemahiran dalam bidang yang tertentu. Terima Kasih.Seperti yang dinyatakan sebelum ini, data kami memberikan maksud perkataan demi perkataan, bukan frasa. Teras dikiaskan kepada sesuatu yang terpenting, insaniah bersifat kemanusiaan dan sokongan ialah tunjangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kamus atau laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Makna04.12.2014
Penggunaan tunggak dan tonggak Wasatiyyah _________ kesatuan ummah. Apa perbezaan tunggak dan tonggak?Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, tonggak bermaksud 1 kayu yang panjang dan dipasang tegak (seperti tiang telegraf). 2 pangkal batang kayu yang masih tegak berdiri; tunggul. 3 asas atau dasar se­suatu kepercayaan, pegangan dll.

Manakala tunggak dalam Kamus Dewan Edisi Empat bermaksud 1. bahagian batang kayu yang masih tinggal dalam tanah sesudah ditebang atau patah, tunggul; 2. = tunggakan kerja yang masih belum dihabiskan; 3. ki asas, tunjangan, penunjang, pendukung.

Berdasarkan maksud tersebut, kedua-dua boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan yang lazim ialah tonggak.
Tatabahasa17.01.2014

Kembali ke atas