Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perbuatan menyatakan pendapat (bantahan dsb) dgn perarakan atau rapat umum dsb, demonstrasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perbuatan me-nyatakan bantahan beramai-ramai, demonstrasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : per­­buatan menyatakan pendapat dgn mengadakan perarakan, rapat umum dll; demonstrasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
demonstrationtunjuk perasaanSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
civil commotionkekacauan awamUndang-undangTiadaKekecohan di kalangan penduduk sesebuah negara yang mungkin melibatkan pemberontakan, tunjuk perasaan dan rusuhan.
civil disorderkekacauan awamSejarahTiadaKeadaan kekacauan dan huru-hara disebabkan pelanggaran peraturan yang ditetapkan oleh orang awam melalui tunjuk perasaan dan demonstrasi.
bannerkain rentang; tajuk rentangUndang-undangTiada1. Sekeping kain atau kertas, biasanya empat segi bujur besar yang mempunyai cogan kata atau corak yang dibawa dalam satu tunjuk perasaan atau perarakan.,2. Tajuk utama di muka hadapan akhbar.,3. Jaluran kain yang panjang, yang direntang melintang atau sepanjang jalan.,4. Bendera yang mempunyai lambang sesuatu pasukan tentera, polis dan sebagainya.
non-violencetanpa kekerasanSains PolitikHubungan AntarabangsaStrategi politik yang digunakan oleh pihak tertentu bertujuan untuk membangkang penggunaan kekerasan oleh kerajaan. Strategi ini biasanya melibatkan demonstrasi atau tunjuk perasaan secara aman. Mahatma Gandhi terkenal dengan strategi tanpa kekerasan dalam pergerakan kebangsaan India. Ramai ahli politik mendapat inspirasi daripada perjuangan Gandhi dan menggunakan cara tanpa kekerasan dalam bangkangan politik mereka.
agitationagitasi; pengocakan; penggoncangan; acumanSejarahTiada1. Keadaan resah yang berlebihan, peningkatan aktiviti mental dan fisikal. 2. Perbuatan menggoncangan bekas supaya kandungannya bergerak dan bercampur dengan cepat. 3. Acuman: Usaha yang bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh individu atau kumpulan untuk merangsang, mempengaruhi dan melahirkan perasaan kurang senang awam terhadap sesuatu hal, seperti mengadakan tunjuk perasaan atau mogok.
non-governmental organizationorganisasi bukan kerajaanSains PolitikPolitik PerbandinganPertubuhan sukarela yang dibentuk untuk memperjuangkan kepentingan sesuatu kelompok. Pertubuhan ini sering disebut sebagai kumpulan pendesak yang bergerak dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang mewakili kepentingan masing-masing. Sifat utama pertubuhan ini adalah untuk mempengaruhi dasar kerajaan tetapi tidak bertujuan menyertai persaingan merebut kuasa pemerintahan, dan ini membezakannya dengan parti politik. Kumpulan ini menggunakan pelbagai cara untuk mempengaruhi keputusan kerajaan seperti melobi, menggunakan media, menulis surat kepada pihak berkuasa, membuat petisyen atau melancarkan tunjuk perasaan. Walau bagaimanapun, pertubuhan ini tidak melaksanakan gerakan secara keganasan. Contohnya, pertubuhan alam sekitar seperti Sahabat Alam dan Pertubuhan Alam Semula Jadi Malaysia (MMS), pertubuhan pengguna seperti Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan pertubuhan buruh pula seperti Persatuan Pekerja Kerajaan Awam (Ceupacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
tell-show-do methodkaedah terang-tunjuk-buatPergigianTiadaKaedah pengendalian perlakuan yang digunakan kepada pesakit kanak-kanak supaya memberi kerjasama semasa prosedur rawatan dilakukan. Kaedah ini melibatkan penerangan prosedur rawatan yang akan dijalankan diikuti dengan tunjuk ajar prosedur rawatan dan seterusnya dilakukan terhadap pesakit. Kaedah ini bertujuan mengurangkan perasaan takut, membentuk gerak balas serta menjangka kelakuan pesakit.
dental behaviour managementpengurusan tingkah laku pergigianPergigianTiadaPengendalian sikap pesakit kanak-kanak yang takut dan tidak bekerjasama terhadap rawatan pergigian melalui beberapa kaedah. Kaedah ini melibatkan pembentukan sikap dan penyahpekaan perasaan takut, melalui teknik terang-tunjuk-buat, teknik alih perhatian, model tingkah laku pergigian dan penggunaan ubat bagi menenangkan pesakit tersebut. Penggunaan ubat dilakukan secara pramedikasi, sedasi nitrus oksida atau bius am. Melalui kaedah ini, pesakit dapat memberikan kerjasama semasa rawatan dijalankan.

Kembali ke atas