Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tun.tas] | تونتس

Definisi : 1. tidak mengalir lagi (kerana sudah habis dicurahkan), habis (air mata); 2. meliputi (hampir segala-galanya), menye­luruh, sempurna, komprehensif: saya saran­kan supaya dilakukan analisis kontrastif bahasa Melayu-bahasa Inggeris yg bersifat ~; penyelesaian yg ~; secara ~ secara menye­luruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja); 3. singkat dan tegas; menuntaskan 1. mencurahkan semua (habis-habisan), menghabiskan; 2. menyele­sai­kan semuanya atau segala-galanya; ketuntasan perihal (keadaan, sifat) tuntas; ketidaktuntasan keadaan yg tidak tuntas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.tas] | تونتس

Definisi : (bersifat) menyeluruh dan leng­­­kap. menuntaskan meng­usaha­kan supaya menjadi lengkap dan menyeluruh; men­jadikan tuntas. ketuntasan keadaan atau hal tuntas. penuntasan perbuatan (proses, usaha dsb) menuntaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuntas (adjektif)
Bersinonim dengan menyeluruh, sempurna, lengkap, segala-galanya, komprehensif.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hormann ezhausitive methylationpemetilan tuntas HofmannFarmasiTiadaKaedah untuk mendegradasikan amina yang digunakan dalam penentuan struktur alkaloid yang suatu amina ditukarkan kepada ammonium hidrkksida kuartenarinya. Ammonium hidroksida kuartenari tersebut disingkirkan dan menghasilkan suatu olefinyang kurang tertukar ganti sebagai hasil utama. bd. degradasi Hormann dan peraturan Hormann.
strategic thinkingpemikiran strategikPengurusanPerancanganCara seseorang berfikir untuk merancang kejayaan masa hadapan organisasi dengan mengambil kira faktor pengalaman lalu dan menganalisis persekitaran dan cabaran semasa. Pemikiran strategik boleh membantu pemimpin organisasi membuat keputusan secara tuntas dan berkesan bagi memastikan kejayaan organisasi dalam jangka masa panjang. Contohnya, keputusan yang dibuat oleh pemimpin yang berfikiran strategik untuk melabur dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi dan inovasi supaya lebih berdaya saing.
kinetic macerationmaserasi kinetikHerbaTiadaTeknik maserasi yang dilakukan pada suhu bilik. Campuran bahan herba dan pelarut digoncang secara berterusan dengan pelbagai kaedah mekanikal. Teknik ini biasanya digunakan pada skala industri bagi mengekstrak bahan herba secara tuntas.
bounded rationalityrasionaliti terikatPentadbiranPentadbiran Awam

Penghujahan atau penaakulan individu yang masih terbatas sebagai manusia biasa. Walaupun manusia selalu dikaitkan dengan memiliki daya fikir yang tinggi dan kebolehan berfikir secara rasional, namun keupayaan mereka masih terhad untuk memikirkan pelbagai perkara secara menyeluruh dan tuntas. Sarjana pentadbiran awam, Herbert Simon mengeluarkan idea bahawa rasionaliti manusia sebenarnya terikat atau terbatas dan mencabar bahawa konsep pilihan rasional itu masih mempunyai banyak kelemahannya. Menurutnya, manusia masih mempunyai unsur tidak rasional dan emosional dalam melakukan sesuatu atau membuat keputusan.

fatal errorralat mautTeknologi MaklumatPerisianKeadaan yang berlaku pada sistem atau atur cara, sehingga menyebabkannya terus tidak berfungsi atau gangguan pada keseluruhan sistem. Contohnya, atur cara yang membolot 100% masa UPP dan mengakibatkan sistem menjadi lahu. Keadaan ini biasanya berlaku kerana kesilapan pengekodan, pengujian yang tidak tuntas atau kehilangan fail yang diperlukan.
multinational corporationsyarikat multinasionalUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBadan perniagaan yang memiliki atau mengawal pengeluaran barangan atau perkhidmatan di sebuah atau lebih negara selain negara kerakyatannya. Sebuah syarikat multinasional mempunyai hanya satu kerakyatan, umumnya dari negara ia ditubuhkan. Syarikat multinasional tidak memiliki personaliti perundangan antarabangsa. Oleh sebab itu, syarikat ini tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pihak kepada triti antarabangsa dan tidak mempunyai hak untuk membuat tuntutan antarabangsa. Sekiranya harta sesebuah syarikat multinasional dirampas atau dirosakkan di negara selain negara kerakyatannya, negara kerakyatan boleh membuat tuntutan antarabangsa ke atas negara bersalah, dengan syarat syarikat berkenaan telah membuat tuntutan berhubung semua remedi tempatan di negara bersalah sehingga tuntas. Walaupun syarikat multinasional tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pihak kepada triti antarabangsa, ia boleh membuat kontrak antarabangsa dengan negara. Kontrak sebegini boleh memperuntukkan bahawa sebarang pertelingkahan antara pihak berkontrak diselesaikan menurut undang-undang antarabangsa melalui proses timbang tara antarabangsa.
biographical criticismkritikan biografiKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang menggunakan latar belakang pengarang sebagai kerangka rujukan untuk mentafsirkan makna teks. Kritikan biografi berasaskan pendapat bahawa pemahaman tentang kehidupan pengarang boleh memberikan pengertian yang lebih jelas tentang karyanya. Riwayat hidup pengarang memperlihatkan bagaimana faktor persekitaran, pengalaman dan pembacaan mempengaruhi penulis secara sedar dan tidak sedar dalam penciptaan karya. Membaca biografi penulis bukan sahaja mengubah tetapi mendalamkan pengamatan pembaca terhadap teks tersebut. Walau bagaimanapun, data biografi boleh mengelirukan pembaca. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah pengarang mengubah fakta sejarah dengan menyembunyikan perihal yang memalukan, dan menggembar-gemburkan perihal yang akan menyerlahkan lagi karya mereka. Penggunaan data biografi yang berlebih-lebihan dianggap sebagai kekeliruan biografi, dan situasi ini dicabar oleh kritikan sastera yang disebut kritikan baru. Sebaliknya, penggunaan data biografi yang bijak dapat menghasilkan interpretasi teks yang lebih tuntas. Umpamanya, novel Salina karya A. Samad Said pastinya dapat diinterpretasikan dengan lebih mendalam sekiranya penulisnya diketahui secara mendalam. Hal ini demikian kerana banyak pengalaman pahit zaman perang pengarang yang mendorong kepada penciptaan karyanya.

Kembali ke atas