Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tun.tu.tan] | تونتوتن

Definisi : sesuatu yg dituntut, permintaan dgn mendesak (supaya dilakukan sesuatu dll), dakwaan, gugatan: badan itu seharusnya ber­hak berunding terus dgn kerajaan mengenai semua ~ drpd persatuan tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.tu.tan] | تونتوتن

Definisi : sesuatu yg dituntut; permintaan dgn mendesak; dakwaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuntut
Kata Terbitan : menuntut, tuntutan, penuntut,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
direct actiontindakan langsungSosiologiTiada1. Tindakan untuk mencapai sesuatu maksud secara terus dengan menggunakan cara yang paling berkesan.,2. Tindakan mogok yang diambil oleh pekerja sebagai cara untuk mendapatkan layanan terhadap tuntutan-tuntutan mereka.
unallocated claimbelanja tuntutanPentadbiran PerniagaanTiadaPerbelanjaan penyelarasan tuntutan yang tidak boleh dicaj secara khususnya kepada sebarang tuntutan. Contoh: gaji pekerja dan belanja pejabat bagi Jabatan Tuntutan tidak boleh diambil kira.
runoff statementkenyataan terus tanggungPentadbiran PerniagaanTiadaPenyata berhubung dengan tuntutan belum dibayar yang membandingkan jumlah yang dirizab untuk penyelesaian tuntutan dengan kos penyelesaian tuntutan sebenar.
claims cooperation clausefasal kerjasama tuntutanPentadbiran PerniagaanTiadaFasal dalam triti reinsurans yang menyediakan notis awal tentang kemungkinan tuntutan dan kerjasama dalam pembelaan tuntutan yang memberi kesan kepada reinsurer serta menetapkan bahawa insurer tidak boleh menerima liabiliti tuntutan tersebut tanpa persetujuan reinsurer.
premature claimstuntutan pramatangUndang-undangTiadaTuntutan yang dibuat oleh seseorang sebelum hak untuk membuat tuntutan itu wujud dengan jangkaan bahawa haknya akan tergugat.
claim expensebelanja tuntutaninsuransTiadaPerbelanjaan bagi menyelaras tuntutan untuk mengambil kira kos siasatan dan fi guaman. Ini tidak termasuk kos tuntutan berkenaan.
claim expensebelanja tuntutanPentadbiran PerniagaanTiadaPerbelanjaan bagi menyelaraskan tuntutan untuk mengambil kira kos siasatan dan fi guaman. Ini tidak termasuk kos tuntutan berkenaan.
claim sharing agreementperjanjian kongsi tuntutanPentadbiran PerniagaanTiadaPerjanjian di antara dua insurer harta dan liabiliti yang menetapkan bahawa jika terdapat tuntutan yang melibatkan kedua-dua insurer yang mewakili pihak yang berlainan maka tuntutan sedemikian boleh dibahagikan di antara mereka atas asas tertentu yang ditetapkan tanpa mengambil kira tahap tanggungjawab dari segi undang-undang untuk pemegang polisi yang berkaitan.
maximum disability policypolisi hilang upaya maksimuminsuransTiadaInsurans pendapatan hilang upaya tidak boleh batal yang mengehadkan liabiliti insurer bagi setiap tuntutan, tetapi tidak mengehadkan amaun agregat bagi semua tuntutan. Dalam lain perkataan, bagi setiap satu tuntutan terdapat satu amaun maksimum, tetapi mungkin terdapat banyak bilangan tuntutan yang berasingan bagi setiap keadaan hilang upaya.
maximum disability policypolisi hilang upaya maksimumPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans pendapatan hilang upaya tidak boleh batal yang mengehadkan liabiliti insurer bagi setiap tuntutan, tetapi tidak mengehadkan amaun agregat bagi semua tuntutan. Dalam lain perkataan, bagi setiap satu tuntutan terdapat satu amaun maksimum, tetapi mungkin terdapat banyak bilangan tuntutan yang berasingan bagi setiap keadaan hilang upaya.
12345678910...

Kembali ke atas