Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tur.bin] | توربين

Definisi : mesin atau enjin yg menggunakan arus gas, air, udara atau stim utk memutar roda bagi menghasilkan tenaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tur.bin] | توربين

Definisi : enjin atau motor yg kincirnya dipusingkan (digerakkan) oleh aliran air, wap dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata turbin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pumped storagesimpanan terpamKejuruteraanTiadaPengepaman air ke simpanan aras tinggi semasa luar tempoh puncak penjanaan kuasa elektrik, untuk dikembalikan ke punca melalui turbin-turbin semasa permintaan tinggi.
turbin efficiencykecekapan turbinKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah kerja aci sebenar Ws terhadap kerja aci seentropi, Ws,isen yang diungkapkan sebagai dengan h = kecekapan turbin. Kecekapan ini juga ditakrifkan sebagai nisbah perubahan entalpi DH sebenar terhadap perubahan entalpi pada keadaan seentropi DHs sebagai h = DH/DHs,
wind-driven turbineturbin pandu anginKejuruteraanKejuruteraan MekanikTurbin yang menggunakan kuasa angin untuk memutarkan bilah-bilahnya. Turbin ini digandingkan dengan penjana untuk menghasilkan kuasa elektrik. Turbin pacuan angin ini boleh dibina atau didirikan secara kelompok yang lebih dikenali sebagai ladang turbin angin untuk menghasilkan kuasa elektrik yang lebih tinggi untuk kegunaan sesebuah kampung, daerah atau disambung terus ke grid voltan tinggi.
reaction turbineturbin tindak balasKejuruteraanKejuruteraan Mekanik1) Turbin dengan sebahagian kecil sahaja tenaga tersedia ditukarkan menjadi tenaga kinetik di bahagian masuk ke bilah penggerak. Sebahagian besar tenaga tekanan yang selebihnya akan dibawa oleh bendalir ke bilah penggerak. Oleh itu, keseluruhan aliran dari air hulu ke air ekor mengalir ke dalam saluran tertutup. Contoh turbin tindak balas ialah turbin Kaplan dan turbin Francis yang digunakan untuk menjana kuasa elektrik. 2) Turbin dengan gas hasil pembakaran atau stim yang disalurkan ke dalamnya mengembang apabila melalui barisan berselang bilah stator dan bilah rotor. Selepas setiap pengembangan melalui satu set bilah stator, tenaga kinetik akan diserap oleh bilah rotor. Turbin ini biasanya digunakan dalam enjin turbo jet dan turbin stim Parson
reaction wheelroda tindak balasKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat yang terdiri daripada roda dan bilah di dalam bekas tertutup yang berputar akibat tindakan aliran bendalir bertekanan. Roda ini digunakan dalam turbin air, turbin stim atau turbin gas untuk menjana kuasa.
turbine blade rootspangkal bilah turbinKejuruteraan Kapal TerbangTiadaBahagian bilah turbin yang dipasang pada cakera turbin.
impulse wheelroda dedenyutKejuruteraanKejuruteraan MekanikRoda pemutar turbin yang terdapat pada turbin dedenyut. Roda ini biasanya dilengkapi bilah berbentuk sauk.
impulse turbineturbin dedenyutKejuruteraanKejuruteraan MekanikTurbin dengan keseluruhan susutan tekanan hanya berlaku di muncung melalui pengembangan bendalir kerja (stim, gas, air). Aliran jet akan terhasil dan tenaga dipindahkan melalui hentaman jet bendalir kerja pada bilah atau sauk. Contohnya, roda Pelton dan turbin stim De Laval yang digunakan untuk stesen penjana kuasa kecil.
inlet screentapis salurKejuruteraan Kapal TerbangTiadaTapis anti-KOBA yang digunakan dalam pesawat putar kuasa turbin dan pada kebanyakan turbin pemegun.
Wicket gateget WicketKejuruteraanKejuruteraan MekanikPengatur bekalan air ke turbin yang mempunyai bilah pandu yang dipangsi pada bahagian tengah turbin. Bilah pandu ini boleh dilaras secara automatik mengikut laju putaran roda turbin. Sudut bilah diatur oleh pengawal imbang jenis bandul yang bertindak melalui servomotor.
12345678910...

Kembali ke atas